tak semua benda kita boleh kawal

by - January 20, 2017

tak semua benda kita boleh kawal

"tak semua benda kita boleh kawal.."

Iye, saya setuju. Tak semua benda kita boleh kawal 
-Perasaan manusia. 
-Perangai, sikap manusia. 
-Pandangan manusia terhadap kita.

Kita tak boleh nak kawal. Tak boleh nak ubah.

tak semua benda kita boleh kawal

Nasihat lah sebanyak mana pun,
beri lah sejuta cadangan pun,
berharaplah setinggi langit pun,
perli lah sebanyak mana pun...

Jika Allah tak menghendakinya berlaku, ianya takkan berlaku. Never. Ever.

tak semua benda kita boleh kawal

Ada satu masa.. kita rasa sangat kecewa dengan diri sendiri.
Ada satu masa kita rasa sedih sangat dengan perkara yang berlaku di sekeliling.
Ada satu masa.. kita tak faham dan tak mengerti kesusahan yang melanda.
Ada satu masa.. sesak dan lelah menguasai diri.
Ada satu masa.. kita berfikir dan berfikir dan berfikir, tetapi bukan noktah yang dijumpa 
tetapi hanya koma.

Da
Jikalau masa itu berlaku, letaklah tangan di hati. Menghayati.

"Ya Allah.. berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini.
Ya Allah.. tetapkanlah hatiku di jalan-Mu.
Ya Allah.. pimpinlah aku. Beri lah aku jalan.
Tunjukilah aku ke jalan yang lurus.
Beri lah aku dan orang di sekeliling ku hidayah.
Ya Allah.. tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan-Mu ya Allah"

You May Also Like

2 comments

  1. Bila situasi tidak terkawal lagi, hanya mampu berserah. Dan berbaik sangka dengan Allah.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p