Search This Blog

tanda penyakit melibatkan pundi kencing

By 5:00:00 PM , ,

tanda penyakit melibatkan pundi kencing


tanda penyakit melibatkan pundi kencing
tanda penyakit melibatkan pundi kencing
credit image: xxhighriskxx.blogspot.my
Soalan: Baru sudah kencing, rasa nak kencing pula. Bila ambil wuduk, rasa nak kencing pulak. Bila nak sembahyang, rasa nak kencing pulak. Bila kencing, keluar sikit. Nak buat macam mana?

Jawapan: (Ustaz Azhar Idrus)

Ini masalah pundi pundi kencing ni. Kena berubat (jumpa doktor). Kadang-kadang kuman dalam pundi-pundi kencing. Penyakit ni kalau kita nak tahu.. dia akan rasa sakit di bahagian belakang (bahagian bawah belakang). Haa kalau sakit tu maknanya melibatkan pundi kencing. Sebab dari pundi kencing, dia akan pergi ke buah pinggang. 

Kalau kencing sikit sikit sikit, ada tak berasa sakit kat bahagian belakang? Jangan urut. Kena berubat. Pergi beli ubat di hospital atau farmasi. Ataupun kena minum air bersih yang banyak

Sebabnya banyak sebab (faktor penyakit melibatkan pundi kencing). Antaranya, sebab kita tahan kencing. Rasa nak kencing, tahan. Rasa nak kencing, tahan.

Jangan tahan. Kalau rasa nak kencing, pergi kencing. Jangan kencing kat luar, pergi kencing kat tandas (hahahaha). 

Kalau duk tahan, nanti rosak. Sebab pintu yang berada di antara hujung air kencing dengan pundi kencing (simpanan air kencing) nak pergi ke kemaluan tu, ada satu pintu kecil. Pintu tu bila kita kencing, dia akan buka. Bila kita dah selesai kencing, pintu tutup. Dia sensor. Automatik. So, pintu ni bila kita tahan tahan nak kencing, dia akan longgar. Haaa bila longgar, air menitik. Air kencing tak banyak. 

Tapii hok yang ni (soalan tersebut), kuman ni. (kuman) Duduk dalam pundi kencing. So, kena banyak minum air masak atau makan ubat.


p/s: ni nak beri peringatan pada semua orang (terutamanya saya) untuk tak selalu sangat tahan kencing. Bila rasa nak kencng tu, terus zuppppp masuk tandas haha.

You Might Also Like

2 comments

  1. Kalu tak jumpa tandas kena jugak tahan kencing kan? He he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah terpaksa tahan takpe, jangan sengaja tahan hehehe.

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

Newsletter

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.