budak cakap sorang sorang.. bercakap dengan kawan imaginasi kah?

by - February 07, 2017

budak cakap sorang sorang.. bercakap dengan kawan imaginasi kah?


Benda ni berlaku dah lama dah tapi tiba tiba je teringat. Saya pernah nampak anak buah saya cakap sorang-sorang. Masa tu di ruang tamu. Mula-mula saya pelik laa, kenapa dengar macam ada orang cakap-cakap. Rupanya tengok anak buah tengah cakap-cakap + main dengan 'someone'. Tapi kat sebelah kanan kiri tak ada orang pun. Tapi anak buah seolah olah tengah bercakap a.k.a berbual dengan 'orang' sebelah.

budak cakap sorang sorang.. bercakap dengan kawan imaginasi kah?
budak cakap sorang sorang.. bercakap dengan kawan imaginasi kah?
Den dah pelik. Saya tenung jela, perhati. Mungkin anak buah sedar saya pandang. Dia pandang saya balik. Saya tanya "buat apa tu cakap sorang-sorang". Dia pun sengih sengih kata "tak ada apa". Saya pun stop la tenung dia. Lepastu, dengar lagi dia cakap-cakap. Saya pandang lagi. Dia still cakap dengan 'orang' sebelah dia yang kosong tu.

Tapi saya anggap benda tu tak ada pape pun. Mungkin dia tengah BERLAKON je. Well, dia memang suka ber'drama' haha.

Bukan apa. Saya teringat masa saya kecil-kecil dulu pun, saya suka berlakon. Berlakon seolah-olah ada orang kat sebelah. Tapi sebenarnya tak ada orang pun. Tapi berlakon macam ada orang, then berbual-bual dengan dia. Berborak-borak macam 'orang' tu response dengan soalan-soalan saya. Walhal ianya hanyalah response dalam kepala saya sendiri je. 

Tapi tak ada lah perbuatan tu dianggap GILA atau mempunyai KAWAN IMAGINASI. Its just, yelah sebab saya tak ada orang nak bermain. Anak bongsu. So, main dengan diri sendiri + berlakon macam ada kawan. 

Bagi saya, kalau kes budak tu ada kawan imaginasi ni bila kita tanya budak tu "cakap dengan siapa tu kat sebelah?"

Budak tu jawab "ni dengan AINA(contoh)". 

Tapi bila kita menafikan kata "tak ada pun" atau "tak nampak pun" 'orang' sebelah, budak tu still insist ada orang kat sebelah dia. Haaa tu baru scary dan perlu buat tindakan sepatutnya.

budak cakap sorang sorang.. bercakap dengan kawan imaginasi kah?

Tapi, kalau sekadar berlakon ada 'orang'.. its okay. Tak perlu risau. Kerana ianya hanya satu lakonan yang tidak merbahaya pada mana-mana pihak. 

Mungkin kalau perkara ini berlaku, ianya tanda budak tu 
+ bosan
+ sunyi
+ tiada kawan nak bermain
+ tak ada orang faham apa yang dia nak, so dia berlakon mengikut skrip dia sendiri

When it happens, maybe orang di sekelilingnya selalu la bermain-main dengan dia, layan apa yang dia nak, selami hati dia dan selalu berbual dengan dia. InshaaAllah it helps.

Itu sahaja, ni hanya pendapat dan pandangan saya. So, what do you think? :)

You May Also Like

4 comments

  1. kadang2 bahaya juga yang jenis cakap sorang2 ni, sy ada kawan memang sy pernah nampak dia cakap sorang2. Dan dia cakap dia ada kawan imaginari. Tak tahu samada tu benda yang baik ataupun tidak.

    ReplyDelete
  2. Anak akak selalu je gini..
    Masa belum dapat adik or masa tak de kawan nak main..
    Dia akan berdialog seolah-olah tengah main dengan kawan..

    ReplyDelete
  3. Anak sis pun sama. Especially sebelum dia nak tido. Jenuh nak dengar. Hehe

    ReplyDelete
  4. teringat masa saya kecik-kecik dulu pun cakap sorang-sorang jugak , bila org tengok saya diam jap, lepas tu sambung balik , nasib lah tak berpanjangan cakap sorang-sorang tu

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p