Perlukah Beritahu Apa Yang Diumpat Bila Minta Maaf Dengan Orang Yang Diumpat? - sayidahnapisahdotcom Perlukah Beritahu Apa Yang Diumpat Bila Minta Maaf Dengan Orang Yang Diumpat?
LightBlog

Perlukah Beritahu Apa Yang Diumpat Bila Minta Maaf Dengan Orang Yang Diumpat?

Perlukah Beritahu Apa Yang Diumpat Bila Minta Maaf Dengan Orang Yang Diumpat?


Soalan: Kalau kita mengumpat pada seseorang, bila kita minta maaf.. perlukah kita cerita apa yang kita kata?

Perlukah Beritahu Apa Yang Diumpat Bila Minta Maaf Dengan Orang Yang Diumpat?
Perlukah Beritahu Apa Yang Diumpat Bila Minta Maaf Dengan Orang Yang Diumpat?
Jawapan: (Ustaz Azhar Idrus)

Dia umpat kawan dia, lepastu kena minta maaf. Memang lah. Sebab.. kalau berzina, taubat Allah ampun. Tapi mengumpat Allah tak ampun. Melainkan kita pergi minta maaf.

Sebab tu Nabi kata "mengumpat itu lebih dahsyat daripada berzina". Terkejut sahabat (sahabat Nabi). "Aik macam mana tu?"

Nabi pun cerita.. orang yang berzina, walaupun dia dah berzina 40 tahun siang malam berzina, dia sekali minta ampun pada Allah, Allah akan ampunkan dia. Sebab tak terlibat dah dengan orang lain. Dosa dia dengan Allah.

Begitu juga dengan orang minum arak. Dia minum sudah 17 kontena arak. Sekali bertaubat, Allah ampunkan dosa.

Begitu juga dengan dia makan pil kuda 40,000 biji. Pil labi-labi 30,000 biji. Pil arnab 2,000 biji. Banyaknya pil ni. Lepastu heroin lagi, syabu, ais, kokkain, kret, marijuana, candu, minyak tina, hidu gam. Tapi sekali taubat pada Allah, Allah ampun.

Tapi mengumpat? Tak bolehh. Begitu juga kalau ambil harta orang. Tipu harta orang. Kena pulangkan balik, minta halal. Baru Allah terima taubat.

Mengumpat? Kena pergi jumpa tuan dia. "Saya minta maaf".

Adakah kena cerita point yang kita umpat? Jika tidak ada mudarat kembali pada kita, kena cerita.

"Minta maaf la Cik Dijahhh. Kelmarin saya duk umpat kat hang"
"Hang kata apa kat aku?"
"Aku kata hang punggung tonggek"

Haaa kena sebut macam tu. TAPI kalau sebut gitu, dia jadi marah / fitnah / tak mahu kawan dengan kita.. tak payah sebut (apa yang diumpat).

Perlukah Beritahu Apa Yang Diumpat Bila Minta Maaf Dengan Orang Yang Diumpat?
forgive people #1
Semoga kita dijauhkan daripada dosa mengumpat Amin~

Post a Comment

4 Comments

  1. terimakasih dgn prkongsian..

    huhu..bnyk naw dosa mulut nie

    ReplyDelete
  2. takut jugak nak bagitau apa yang kita umpatkan, tapi kalau dia pun ikhlas je maafkan tanpa bertanya, buat apa nak cerita ye tak? tak tau itu lagi baik...hehe

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang bagus. kalau rasa apa yg kita umpat tu macam susah sangat utk dia terima better tak payah bagitau. nanti lebih mengeruhkan keadaan ja hehe.

    ReplyDelete
  4. Most of the case memang takut nak mengaku sebab apa pun sebab umpatan tu mesti sedikit sebanyak akan melukakan hati orang tu.

    Kesimpulannya, kena tahan diri selalu dari bercakap psaal orang lain ni. huhuhu.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p