brim tak lulus - ramai yang buat status - sayidahnapisahdotcom brim tak lulus - ramai yang buat status
LightBlog

brim tak lulus - ramai yang buat status

Pagi tadi selepas post gambar Biobax di Facebook, skrol la kejap timeline (home). Satu-satu-satu-satu-satu-satu status tentang brim tak lulus den baca. Eh banyak rupanya orang up status tentang tu haha. Ramai yang tak puas hati brim tak lulus, tapi tak kurang juga ada yang 'back up'. Tapi, ada juga yang status brim dah lulus, tapi duit tak dimasukkan lagi ke dalam akaun. haha macam-macam. 
**pada sesiapa yang nak semak status permohonan brim 2017 lulus ke idok, boleh check it out kat SINI.


brim tak lulus, kenapa?


Apa yang dapat saya simpulkan dari status-status Facebook di timeline saya, brim mereka-mereka tak lulus sebab:

1. SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)

--lagi tepat "tak declare kewangan kita pada SSM".
Saya pun baru tahu, rupaya kita kena declare berapa-berapa kewangan kita sebulan kepada bahagian SSM. Maksudnya, kena la beritahu bulan ni dapat berapa (eventhough SSM Enterprise), even RM10 pun kita boleh bagi report kat SSM. Supaya SSM tahu.

Itu yang saya faham la dari status-status fb tersebut. 

Then, kalau mak atau ayah ada SSM pun, brim tak lulus. Kalau pasangan suami isteri.. salah sorang ada SSM pun, tak lulus.

Tapi.. ada je orang yang SSM tapi dia lulus br1m. Tu mungkin dia declare kot dia dapat berapa bulanbulan. ATAU tu memang rejeki dia :)

2. terima tawaran sambung study

brim tak lulus - ramai yang buat status
status brim tak lulus
Sorang kawan saya ni (Samawiyah) bila semak status permohonan brim, tertulis 'tak lulus'. Alasan tidak lulus BR1M 2016 -  pemohon disenaraikan sebagai penerima Kad Debit Belajar. Walhal kawan saya ni tak dapat pun kad debit belajar, yelah dia bukan tengah study pun. Dia berkerja sekarang. Tapi mungkin dia ada terima offer degree dari pihak UKM. So, kerajaan misunderstood kawan saya ni tengah study? Maybe. Walaupun kedengaran macam tak logik, tapi itu je lah alasan yang boleh diterima pakai sekarang ni untuk menyedapkan hati haha.

3. Tak buat pengesahan pernikahan
--tak hantar dokumen sokongan

brim tak lulus - ramai yang buat status
semakan status permohonan brim
Tapi sebab yang pertama (SSM) tu lah paling ramai yang kena. Ramai yang tak lulus brim sebab yang pertama itu.

Dan, nampaknya tahun depan saya tak dapat la kot brim. Sebab, saya rancang pada masa terdekat ni saya nak daftar SSM haha.

Takpela, bak kata beberapa orang - mungkin ada yang lebih layak lagi dari kita untuk terima brim.
Tapi, ada juga yang counter attack - ada yang duit banyak pun, dapat je brim.
Tak apa lah, anggap la tiada rezeki untuk terima brim. Moga masing-masing dilapangkan hati & dimurahkan rezeki, Amin :)

Yang pasti, duit brim saya dah habis dah dibelanjakan hahaha. Alhamdulillah rejeki~

Yang tak lulus brim tu jangan sedih sedih tau, rezeki Allah tu luas. Jom baca entri tentang rezeki pula jom! Ehe.

Post a Comment

10 Comments

  1. hehe daftar ssm pun susah. tak daftar pun susah. adehh

    ReplyDelete
  2. Akak pun tak dapat brim tapi takpelah..Rezeki ada di mana-mana jea, mungkin Allah nak bagi yang lebih baik lagi.. =)

    ReplyDelete
  3. Yup...kene declare pendapatan... LeYa setiap bln declare gaji keje hakiki n part time.. kalau dah memang sikit, kenapa tak lulus kan.. Declare je walaupun bulan tu RM '0' mcm leya..hehe..

    ReplyDelete
  4. IQ tak dapat brim sbb xhntar dokumen sokongan, nak pergi hntar bukan senang, beratur panjang, lotih den.

    ReplyDelete
  5. Suami sis pun x dapat sbb SSM. Tak apa lah diaorg tak nak bagi nak buat macamana

    ReplyDelete
  6. lepastu tadi balik, abah terus pekik dekat elsa "long kamu jangan daftar ssm nanti tak dapat brim!" hahaha

    wahh blog awak ada dalam entry kita! http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/my-boyfriends-girlfriends-bloglist.html

    ReplyDelete
  7. ada kt ssm tu suruhanjya sumpah malaysia. mn satu ni. huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. ari ni dpt brim, petang da abis. kena pula masa kreta buat hal, nasib juga la masa brim masuk.. kereta pun mmahami, pndai nak rosak masa ada duit sja =)

    ReplyDelete
  9. tengah tunggu bulan 4..nak try buat rayuan..sebab system kita cepat ..baru menikah ja..depa dah tau..kita kahwin ..hahhaha...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p