Hukum Pakai Inai Bercorak-Corak

by - March 17, 2017
Assalamualaikum semua ~! Persoalan yang takkan pernah lapuk den zaman Apa hukum pakai inai bercorak-corak ye? Haruskah? Haramkah? Dibolehkah? Ermm setiap kali ditanya hukum pakai inai bercorak-corak itu juga lah, macam-macam jawapan yang dapat + jawapan yang tak pasti + jawapan yang tak tahu dari sumber mana + jawapan yang hanya ikut majoriti orang kata. So, that's why I write this entry. For confirmation. To solve these doubts.

Hukum Pakai Inai Bercorak-Corak
Hukum Pakai Inai Bercorak-Corak


Hukum Pakai Inai Bercorak-Corak


Soalan: Ada ustaz kabo (beritahu) tak apa pakai inai corak corak. Boleh ke? Saya dengar ustaz kata tak boleh. Sebab ia menyerupai macam tatoo.

Jawapan: (Ustaz Azhar Idrus)

Inai ini perhiasan jari. Bila perhiasan jari, maka kita tengok kuku dimerahkan. Orang perempuan bubuh kuku ni merah. Maka, tujuannya cantik kita tengok. Suami tengok ohoo sexy nampak. Maka hukumnya harus.

Sebab tu ulama kata - memerahkan jari ini harus bagi perempuan. Jadi, haram atas laki laki. Sebab tu ulama dulu-dulu kata takpe pakai inai (bagi wanita).

Tapi kalau kita buat corak/bentuk-bentuk (inai) semua tu... sebaiknya JANGAN. Kerana ada yang kata menyerupai tattoo & ada yang menjadi menyerupai orang kafir.

Pakai inai ni dibenarkan untuk pengantin perempuan kerana berkahwin. Tapi, jangan sampai ikut budaya kaum lain. Kalau sampai berakar umbi atas lengan ni macam Undertacker (WWF) .. jadi haram.

Jangan banyak-banyak sangat (pakai inai). Jari sudah la. Jangan lebih-lebih sangat. Jangan sampai ke lengan.

Hukum Pakai Inai Bercorak-Corak
hukum pakai inai bercorak-corak
Hukum lukisan inai di tangan

Soalan: Saya mahu bertanya apakah hukum lukisan inai pada tangan? Saya akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi dan  merancang untuk dibuatkan lukisan inai tu. Bagaimanapun, saya bingung kerana ada rakan mengatakan ia haram.

Jawapan: (surat khabar)

Inai adalah perhiasan dan cara solekan yang diharuskan bagi wanita dalam Islam. Inai diguna sebagai pewarna rambut dan muka serta hiasan kuku dan jari.

Rasulullah SAW pernah menegur tangan seorang wanita kenapa dia tidak berinani. Tidak salah untuk melukis inai pada tangan asalkan bukan corak atau imej yang dilarang dan menyerupai tatu. Inai harus dilukis dengan corak seperti bunga dan daun.

Hukum Pakai Inai Bercorak-Corak
Hukum Pakai Inai Bercorak-Corak

Kesimpulannya,

+ boleh nak pakai inai bercorak-corak, tapi jangan over sampai ke lengan corak nya. cukup la di jari & tapak tangan
+ boleh nak pakai inai bercorak-corak, tapi pastikan corak tu tidak dilukis dengan corak/imej yang dilarang & menyerupai tatu.
+ digalakkan corak inai itu dilukis dengan corak seperti bunga & daun. jangan lukis corak yang menyerupai kaum lain + kafir & imej yang bernyawa (manusia, binatang)

Itu lah final answer yang saya dapat dan kesimpulan yang saya dapat simpulkan setelah mengkaji jawapan-jawapan yang dipercayai sumbernya. InshaaAllah :)

No more doubt ya lepas ni ;)

Adios! Daaa~wassalam.

You May Also Like

7 comments

  1. pernah dengar jugak lukis inai di tngn ni xboleh. tapi tak pernah pulak cari dalil dia. tq sis bgi pencerahan atas hukum ini.

    jemput singgah di blog saya http://dotneeda.blogspot.my/2017/03/cara-mengatasi-masalah-kulit-kusam-dan.html

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni macam-macam corak inai. dah maju.. kalau dulu yang hujung2 jari je ada.

    Dengar2 kena pakai inai yang sesuai. Sebab ada kes alahan yang teruk lagi2 inai tak kualiti

    ReplyDelete
  3. mmg skrng ni trend lukis inai kan.. mcm2 jenis skrng ni. huhu

    ReplyDelete
  4. Sekarang nie memang dah trend pakai inai corak-corak bunga tapi akak tetap suka pakai inai yang tradisi punya, hanya keliling jari dan pada kuku saja.. =)

    ReplyDelete
  5. Trend pakai inai corak2 ni..cuma jangan over sangat..bersederhana lebih elok...

    ReplyDelete
  6. haritu time airah kahwin pun ada sedikit konfius. bila dh baca semua benda akhirnya tau jugak

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p