Novel 'Penunggu Rimba' TOMBIRUO - Ramlee Awang Murshid - sayidahnapisahdotcom Novel 'Penunggu Rimba' TOMBIRUO - Ramlee Awang Murshid
LightBlog

Novel 'Penunggu Rimba' TOMBIRUO - Ramlee Awang Murshid

Cetakan pertama novel Tombiruo (penulis Ramlee Awang Murshid (RAM)) ni adalah pada tahun 1998. Yeap dah berabad kan sejak novel ni diterbitkan? Tapi jangan terkejut, novel Tombiruo ni so far dah 15 cetakan. Cetakan ke-15 pada tahun 2015. Betapa lakunya novel ni sampai 15 cetakan kan haha.


Novel 'Penunggu Rimba' TOMBIRUO - Ramlee Awang Murshid


Satu kecelakaan di hutan
Keningau Sabah rupa-rupanya ada
kaitan dengan kes pembunuhan
di Chow Kit Kuala Lumpur

Novel 'Penunggu Rimba' TOMBIRUO - Ramlee Awang Murshid
Novel 'Penunggu Rimba' TOMBIRUO - Ramlee Awang Murshid

Novel 'Penunggu Rimba' TOMBIRUO - Ramlee Awang Murshid
sinopsis TOMBIRUO

Sinopsis 'Penunggu Rimba' TOMBIRUO


Tiga kali surat wasiat itu dipinda.
Empat nama telah disenaraikan.
Nama kelima telah disingkirkan.
Dua belas pembunuhan kemudian dilakukan.
Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam!
Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.

Siapa TOMBIRUO ?

tombiruo
'Penunggu Rimba' Tombiruo
Tombiruo wujud dalam lagenda hutan tebal di daerah pedalaman. Cerita ini sering menjadi mitos, malah ada yang mendongengkannya supaya lebih menarik dalam bentuk penceritaan. Dalam bahasa suku kaum Kadazan-Dusun, Tombiruo membawa maksud roh atau hantu, yang dipercayai wujud secara halus dan nyata. Kewujudannya juga dipanggil Rogon.

Suku kaum Murut memanggilnya Alingu atau Adah. Mangat - panggilan dalam bahasa suku kaum Bajau. Suku kaum Brunai mempercayai kewujudannya sebagai Ranggau, manakala orang-orang Cina memanggilnya Kui.

Malah bermacam-macam tafsiran menceritakan kewujudannya. Orang-orang yang telah menemui Tombiruo di hutan tebal daerah pedalaman, seringkali hilang semangat apabila iman di dada terlalu cetek. Bagimereka yang tabah pula, pertemuan yang tidak disengajakan itu merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Namun jauh di dalam hutan, tersimpan rahsia sebenar kewujudan Tombiruo. Dia cuma manusia biasa yang menjaga ketenteraman hutan daripada pencerobohan manusia yang tamak. Malah dia sendiri tidak mengetahui panggilan penduduk-penduduk daerah terhadap dirinya. Kelahirannya yang bukan berwajah manusia itu seringkali disalah tafsir dengan berbagai andaian.

[sumber: novel Tombiruo]

Review TOMBIRUO a.k.a [SPOILER]

review tombiruo
review cerita Tombiruo
Best ke tak best Tombiruo ni?

Saya dah baca dua kali dah novel ni. Saya baca untuk kali kedua sebab saya tak ingat ending dia haha. Personally, best cerita tombiruo ni. Menarik. Banyak konflik. Tak ada la boring saja. Plus, siapa yang suka Bahasa Kadazan-Dusun, ada lah diselitkan juga dalam novel ni hehe.

Ejim + Amiruddin. Dua watak yang sangat berbeza. Perwatakan yang berbeza walaupun mereka kembar tak seiras. Memang sangat-sangat tak seiras. Tapi, kelainan mereka ni lah buat cerita Tombiruo jadi menarik dan bertambah menarik.

Ejim ni lah orang gelarkannya Tombiruo. Ejim special sikit sebab dia dilahirkan dengan wajah bukan manusia. Jadi, ayah Ejim, Pondolou buat satu topeng khas untuk Ejim. Ejim terrpaksa pakai topeng tu untuk elakkan orang terkejut (a.k.a pengsan) tengok wajah dia. Kekadang saya teringin sangat nak tengok wajah Ejim. Menggerunkan sangat ke sampai ramai yang boleh pengsan/trauma tengok dia. Tapi bak kata Ejim tu lah, orang gerun tengok dia sebab ingat dia hantu kat hutan Keningau tu. Padahal, dia hanyalah manusia. Manusia luar biasa.

Satu perkara saya suka tentang Ejim ni... Dia gagah. Sado hahaha. Cekap berlawan. Miliki skill kemahiran yang tinggi. Deria pendengaran dan penglihatan yang kuat. Dia tak takut pada orang. Dia menjaga ketenteraman hutan Keningau yang selalu dicemar oleh pembalak haram. Tapi, disebabkan Ejim ni diasuh dengan tiada agama.. so dia bunuh je any pembalak haram yang buat onar di Hutan tu. Dia penggal je kepala orang jahat tanpa belas kasihan.

Amiruddin pula seorang lelaki normal. Punya isteri, anak, family. Tetapi isteri dan ayah mertua dia meninggal di Hutan Keningau Sabah. Dan selepas itu lah bermulanya segala konflik. Disebabkan peristiwa itu lah yang membuatkan Amiruddin berjumpa dengan Ejim di Hutan Keningau. Disebabkan pembunuhan yang 'dirancang' itu juga lah membawa Wan Suraya (heroin) dari KL ke Sabah - untuk menyelesaikan pembunuhan tersebut kerana dilihatnya ada kaitan dengan pembunuhan di KL. Oh, Wan Suraya ni kerja nya adalah reporter crime. Wartawan jenayah.

Siapa yang jahat dalam cerita Tombiruo ni?

Mula-mula nya memang kita tak akan boleh nak agak dengan tepat siapa dalang bagi semua pembunuhan tu. Omar & Ondu. Dua orang ni calon terkuat bagi ketua yang merancang segala perbuatan jahat & pembunuhan di KL & Sabah.

Tapi mungkin ada yang tak sangka bahawa dia adalah yang jahat selama ni. Sebab pada sepanjang cerita, watak dia tak adalah muncul/penting sangat. (rasanya memang watak jahat macam tu kot. jenis tak muncul sangat dalam cerita hahaha). Rupa-rupanyaa.. orang yang Bonda (mak Amiruddin) sangat percayai tu lah yang jahat!
Siapakah gerangannya? - Omar.

Banyak lagi watak lain yang menyumbang peranan penting dalam cerita ni - Baizura, Rickey Leung, Nancy, Tauke Wong, Bakar, Afandi, Encik Khalid, Datuk Karim, Nik Hussin, Jamiah, Nenek Monsiroi (Odu), Norlida, Amirul, Hidayah. Salmah, ASP Johari.

Apa ending cerita Tombiruo?

Perlukah saya menjadi spoiler sehingga ke ending nya? Wekkk takmo hahaha. Cukup lah saya reveal kan siapa yang jahat. 

Ending nya? Baca lah novel ni sendiri atau boleh tengok filem Tombiruo yang bakal keluar di panggung wayang pada tahun 2017 ni (tak sure bulan berapa).

Oh, dengar berita.. Zul Ariffin bawa watak Ejim dalam filem Tombiruo. Siap ado six pack lagi. Yela.. Kan saya cakap tadi Ejim ni seorang yang gagah perkasa. So, in real life (dalam filem) pun kena la pelakon yang gagah perkasa juga kan hehe.

Okay, that's all! 

Saya recommend korang semua baca Novel Tombiruo ni. Tak rugi punya lah. Malahan, Tombiruo ni ada series. Ada 3 novel dalam series Tombiruo. InshaaAllah kalau rajin, saya akan review lagi dua novel Tombiruo di mana saya tak baca lagi haha.

Post a Comment

4 Comments

  1. I'm a big fan of RAM. Buku ni buku RAM yang pertama yg kak ana baca tahun 2003 time study di Uitm. Terus suka dgn penulisan beliau. Tapi siri yg kak ana plg suka ialah Laksamana Sunan. So far semua koleksi LS tu kak ana dah ada. Gigih beli dan baca. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Ramai betul peminat penulis ni.. Termasuk kawan akak.. Siap buat koleksi lagi...

    ReplyDelete
  3. done baca ketiga buku ni...dahlah time marathon baca tu tengah malam....memang hidup giler semangat hutan tu...sampai rasa macam ada yang memerhati...huhuhuhuhu..

    memang terbaiklah dan tak rugi miliki karya RAM!

    ReplyDelete
  4. Lama xbc novel....mcm menarik novel ni

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p