when the last time you did for the first time? - sayidahnapisahdotcom when the last time you did for the first time?
LightBlog

when the last time you did for the first time?

Saya dengar ceramah di radio haritu, terdengar soalan yang first time saya dengar ni.

when the last time you did for the first time?

bila kali terakhir anda buat untuk kali pertama?


Saya pun terfikir. Bila eh kali terakhir saya buat perkara atau benda for the first time? Apa yang saya buat untuk kali pertama ye baru-baru ni?

Haaa! Bulan lepas! Bulan lepas saya naik KTM dari Seremban hingga ke KL Central dengan kawan. Yeap tu kali pertama saya naik KTM dari Seremban ke KL. Dan tu juga lah kali pertama abi beri keizinan saya naik KTM dari Seremban ke KL. Sebelum sebelum tu, memang jangan harap la nak kasi haha.

Ermm ada lagi ke yang saya lakukan untuk kali pertama selepas perkara di atas ni berlaku?

Oh! Ada ada! Dua minggu lepas! For the first time, saya masuk ke dalam UKM, Bangi. Hehehe. Tapi masuk pusing-pusing jela, ambil kawan di Blok Zaa'ba then terus keluar. Tak ada lah masuk ke dalam blok ke atau lawat cafe dia ke apa. Tak cukup masa nak buat tu semua.

Haa tu jelah rasanya yang paling recent yang saya buat untuk kali pertama dalam hidup saya. Yeap dua minggu yang lepas :)

Korang pula? 

when the last time you did for the first time?

Ohh.. Penceramah tu kata kenapa nak kena soal soalan tu selalu pada diri sendiri? - supaya kita tak mudah give up dalam hidup. supaya kita selalu bersemangat. supaya kita tak lupa bahawa banyak lagi benda yang kita tak buat lagi dalam hidup ni, so don't ever give up easily. supaya kita kekal positif dalam setiap dugaan cabaran yang mendatang.
InshaaAllah.

when the last time you did for the first time?
when the last time you did for the first time?

Post a Comment

2 Comments

  1. Hmmm. Apa ye?
    Semalam pegi makan dekat kafe UIA yg seblum ni tak pernah cuba lagi. Haha, yang tu jgk terlintas mula2. :P

    ReplyDelete
  2. Menarik sangat topik ni. Kadang2 memang rasa hidup kita ibarat kitaran yang bosan tapi sebenarnya kalau kita tengok balik betul2, banyak benda yang sebenarnya kita tak pernah encounter pun sebelum ni (it can be so small we don't even realise)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p