April 2017 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Sunday, April 30, 2017

April 30, 2017

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!


Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 30 April 2017 @ 11:59 p.m.

Nyatakan kenapa anda mahu berada di dalam bloglist Seorang Syed dan tulis short review tentang blog Seorang Syed.

Kenapa nak berada di dalam bloglist Seorang Syed? Sebab saya nak peroleh ketiga-tiga kelebihan berada di dalam bloglist Seorang Syed seperti yang dinyatakan oleh Syed.

Kelebihan berada di dalam blog list Seorang Syed?
- Aku akan sentiasa terjah blog korang. Disebabkan aku ni memang jenis yang suka membaca blog orang dan tinggal komen sekali, so I'll definitely to the same to the blogs in my blog list.
- Mungkin aku tak dapat menjanjikan trafik daripada blog aku ke blog kau, haha tapi mungkin ada lah yang click blog kau bila tengok blog list aku kot? Salah sorangnya aku lah (lol)
- Dapat merapatkan silaturrahim antara kita. Dunia blog ni kecil sahaja, pergi mana-mana pun nanti akan jumpa orang yang sama juga. Apa salahnya nak tambah kawan-kawan blog kan? 


P/s: ada typo satu word kat kelebihan pertama tu hehehe.

lagipun alaaaa. Siapa laa yang taknak kan? Mesti la nak. Lagi-lagi Seorang Syed ni famous dalam kalangan blogger kerana beliau rajin komen di entri entri blogger lain. So, kalau dah famous, mesti ramai yang singgah kat blog Seorang Syed. Kot kot laa kalau saya tersenarai kat bloglist, boleh la mereka mereka yang singgah di blog beliau singgah juga di blog saya hehe. 

Short review tentang blog Seorang Syed:

+ kemas, teratur, simple, sedap mata memandang, tak semak
+ not sure why, but I feel like best, selesas & seronok sangat bila duduk kat blog dia ni #bodek. Maybe sebab dari segi penulisan dia yang boleh masuk dalam kepala den dengan mudah, tanpa dipaksa paksa & muka dia yang tersenyum lebar kat sidebar tu wakakaka.
+ walaupun tak ada la update selalu tapi bila dia update, haaaa ambik ko. Panjang berjela dia 'membebel' hahaha. Panjang + ikhlas. Thats why tak jemu bila baca. #bodeklagi #silacair
+ saya sama umur dengan dia. So feeling dengan blogger yang sama umur special sikit tau hahaha (saya tahu beberapa blog yang umur sama dengan saya & mereka semua special di hati saya). So, dengan blog dia tak terkecuali la speselnyaa :P #bodekberganda #kalautakmeltingtaktahulaa

In a nutshell, I like blog Seorang Syed ni :)

Kbai.

Saturday, April 29, 2017

April 29, 2017

Review Movie Fast & Furious 8 ~ 5 OH(sem) saya beri!

Truthfully saya tak pernah berminat pun nak tengok movie Fast & Furious, dari season 1 hingga la season 7. Tak pernah tengok cerita tu dari awal hingga akhir. Kalau tengok sekilas tu ada la haha. Tak tahu la kenapa minat tu tak ada padahal ramai gilos kot tengok filem bersiri fast and furious tu. Maybe sebab kereta kot so saya rasa tak berapa nak gemar.

Tapi.. entah tiba tiba for the first time rasa nak tengok fast and furious 8 membuak buak. Sebab ramai gilosss yang puji best, bagi review mantop, bagi 5 bintang kat fast furious 8. So, I really really want to watch it!

Movie Fast & Furious 8
Movie Fast & Furious 8 ~ 5 OH(sem) saya beri!
and finally! Haritu 22/4 pergi tengok wayang cerita F8 di GSC, Palm Mall, Seremban. Dan memang ternyata, best gilosss!

memang layak la fast furious 8 ni dikatakan pecah kutipan jutaan ringgit sejak hari pertama ditayangkan di panggung, 12 April 2017.


Review Movie Fast & Furious 8 ~ 5 OH(sem) saya beri!


I tell you.. korang tak akan boring punya lah tengok cerita ni. Walaupun saya tak pernah tengok fast furious dari season 1, tapi yang saya faham fast&furious season 8 ni memaparkan hero, Dom (Vin Diesel) betray team dia. Betray his family. Because of only ONE reason. Anak kandung dia diculik dan diugut bunuh oleh watak jahat cerita Fast&Furious 8 ni, Cipher(Charlize Theron). Den memang bengang dengan si Cipher ni. Memang tak ada hati perut! Tak berperikemanusiaan! Insane! *okay sabar sayidah sabar hahaha*

Dua part/scene dalam cerita ni saya mengalirkan air mata T.T haha.

First: Dom nangis tengok exgirlfriend dia, Elena (Elsa Pataky) & anak dia dikurung oleh Cipher. Dom tak mampu nak selamatkan dorang melainkan kena ikut kata si Cipher ni. Dom kena tolong Cipher curi kod nuklear & kapal selam, baru Cipher lepaskan Elena& anak dia dengan selamat.

Second: part Letty (Michelle Rodriguez) curi briefcase dari Dom yang berisi kod nuklear. Okay part Letti rampas briefcase tu tak leleh air mata tapi part yang Letti terpaksa serahkan briefcase pada laki jahat, Rhodes (Kristofer) then Letty nangis sebab Dom still 'turn on' his back towards his family.

Dua scene ni la yang den tangkap leleh haha. But most of the time, saya ternganga la. Lagi lagi part nak ending tu, yang dorang nak selamatkan kapal selam dari dicuri oleh Cipher. Memang my jaws drop! Hahaha.

Fast & Furious 8
Fast & Furious 8
Paling best juga time plot twist cerita ni. Plot twist di mana Dom sebenarnya tak khianat pun kat team dia. Instead, Dom rancang senyap senyap & dengan teliti untuk jatuhkan plan si Cipher. Dom jumpa mak Deckard. & paling tak sangka tu ingatnya si Deckard Shaw (Jason Statham) tu dah mati rupanya =.= Penat tau den sedih time tahu Deckard tu 'mati' kena tembak dengan Dom haha.

Paling best nya lagi (berapa banyak paling best daaa) yang part Deckard main main dengan baby (anak kandung Dom) time Deckard selamatkan baby tu dalam aeroplane. Comel gilos baby tuuuu adoiiii. Pandai pula dia senyum senyum. Bila part baby tu semua tergelak haha.

Fast & furious 8 ni happy ending tapi Cipher still tak tertangkap. Okay nampak tak maksudnya lepas ni ada fast furious 9? Hahaha. Ingatnya f8 ni yang last season, rupanya ada lagi kekeke.

filem fast and furious 8
FAST&FURIOUS 8
Oh.. part ending lasttt sekali menjadi perhatian ramai juga sebab Dom namakan baby dia --> Brian. Okay firstly saya biasa je la bila Dom tu beri nama baby dia Brian. Tapi lepastu, time saya search lagu-lagu soundtrack fast & furious 8.. baru lah saya dapat tahu rupanya nama Brian tu adalah nama watak Paul Walker dalam Fast and Furious, yang meninggal dunia pada tahun 2013. So, ramai yang touching dan suka la director selitkan nama Brian tu bagi mengingati Paul Walker.

Overall, memang 5 OH(sem) saya beri movie Fast and Furious 8 ni! Tak ada satu scene pun yang saya rasa tak best or rasa mengantuk ke or rasa boring ke. Okay memang saya ada nguap tapi tu sebab saya baru lepas makan haha. Tapi tak ngantuk pun. Segar bugar je mata hehe.

In a nutshell.. Saya memang syorkan korang tonton movie ni. Tak rugi punya keluar duit sikit untuk tengok cerita ni kat wayang. Worth it. Recommended indeed ;)

Adios!

Friday, April 28, 2017

April 28, 2017

GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR



GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR 



SOALAN UNTUK GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR

1. Berikan nama karakter POWERPUFF GIRLS
Jawapan: Blossom, Buttercup, dan Bubbles

2. Siapakah idola cilik (Malaysia) kepada POWFACTOR - POWERPUFF GIRLs?
Jawapan: chef cilik Danish Harraz Abd Hafiz (dikenali sebagai Abang Danish). Berumur 10 tahun, pandai baking dan cooking business online.

3.Bilakah program POWFACTOR ini di tayangkan dan di mana akan di tayangkan?
Jawapan: Setiap Jumaat 14, 21 dan 28 April 2017 dari jam 4 petang. di Cartoon Network (Astro Channel 616).

4. Lengkapkan slogan ini "Saya ingin memenangi GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR kerana ............................" (tidak melebihi 50 patah perkataan)
Jawapan: Saya ingin memenangi GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWERFACTOR kerana saya nak beri plush toys tu pada anak-anak buah saya yang comel comel belaka & juga teringin nak powerpuff girls notebook. Mesti cute :)

klik BANNER untuk SERTAI



SYARAT-SYARAT GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR


1. Warganegara Malaysia

2. Jawab semua soalan diatas.

3. Buat satu entri blog yang bertajuk GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR dan jangan lupa sertakan jawapan di entri blog masing-masing ye.

4. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.

5. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube

6. Penyertaan GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR akan di tutup pada 28 April 2017 jam 11.59 malam (Jumaat)


HADIAH UNTUK GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR





2 pemenang dari FACEBOOK dan 2 pemenang dari BLOG ini di cari. Nak tahu ke apakah hadiah untuk KEMPEN POWFACTOR ini? Ha...hadiahnya agak ekslusif juga tau.

*4 set of Powerpuff Girls plush toys (Blossom, Bubbles, Buttercup)
*4 sets of UBS (Blossom, Bubbles, Buttercup)
*4 Powerpuff Girls notebook
*4 Powerpuff Girls stickers

Jom sertai ! Semoga Berjaya !

Selanjutnya untuk informasi, keterangan lanjut dan lain-lain pertandingan. Boleh lawati ke : Astro Circle website., www.PowerpuffYourself.com , CartoonNetworkAsia.com atau facebook.com/Asia.CartoonNetwork.

April 28, 2017

TANGGUH QADHA PUASA SEHINGGA SAMPAI KE RAMADHAN SETERUSNYA?

Baik ngaku.. Siapa yang tak habis lagi puasa ganti Ramadhan yang lepas? Thats why orang tua-tua nasihat jangan tangguh qadha puasa Ramadhan yang lepas lepas sehingga sampai ke Ramadhan yang seterusnya. Nanti payah. Plus, tak baik tangguh-tangguh perkara wajib ni. Because death is anytime. Tapi, kalau kes yang sakit or ada masalah yang tak dapat dielakkan sampai kena tangguh qadha puasa tu.. lain cerita le. 

Haaa di bawah ni ada persoalan berkaitan dengan tangguh qadha puasa sehingga sampai ke ramadhan seterusnya & juga bayaran fidyahnya. Lets check it out~!


TANGGUH QADHA PUASA SEHINGGA SAMPAI KE RAMADHAN SETERUSNYA


TANGGUH QADHA PUASA SEHINGGA SAMPAI KE RAMADHAN SETERUSNYA
TANGGUH QADHA PUASA SEHINGGA SAMPAI KE RAMADHAN SETERUSNYA
SOALAN:

Assalamualaikum...

Nak tanya, boleh kah menangguhkn qada' puasa tahun lepas pada tahun-tahun seterusnya & berapa bayaran fidiyahnya?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Mengqadhakan puasa merentasi tahun sehingga sampai kepada Ramadhan seterusnya tidak dibolehkan. Inilah yang dilakukan oleh generasi sahabat Radhiallahuanhum, mereka akan mengqadhakan puasa sebelum datangnya bulan puasa seterusnya seperti Aisyah dan lain-lain. Dengan sebab itu, asas dalam mazhab kita menyatakan kalau ditangguhkan ke Ramadhan seterusnya, dia hendaklah membayar fidyah sebanyak satu cupak bagi setiap hari di samping dia qadha’.


SOALAN: Adakah digandakan fidyah jika ditangguh bayar fidyah bertahun-tahun?

JAWAPAN:

Pandangan yang masyhur dalam mazhab ialah digandakan juga fidyah manakala dalam pandangan lain menyatakan tidak perlu digandakan.

Pembayaran fidyah dan penggandaan fidyah ini ialah taghliz (pemberatan) dan peringatan terhadap mereka yang memandang enteng terhadap ibadat puasa sehingga buat main-main atau tinggalkan begitu sahaja.

Wallahua’lam.

----Mufti Wilayah Persekutuan, Sahib Al-Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri-----

qadha puasa fidyah
credit image: geniusquotes.org
So, better elakkan tangguh-tangguh ganti puasa Ramadhan sehingga sampai ke Ramadhan seterusnya. Kalau tak boleh nak elak juga, kena bayar fidyah 1 cupak 1 hari yang dia tidak berpuasa di bulan Ramadhan tersebut. Tapi, qadha puasa still buat ye. Jangan bayar fidyah je, tapi tak qadha puasa. Cuma hari qadha puasa tu tak ada lah digandakan. Just ganti berapa hari yang tak berpuasa tu je.

Lagi satu, saya pernah dengar Ustaz sorang ni ceramah.. bayaran fidyah tidak perlu digandakan. So, ikut la mana satu pendapat nak pakai.

Sekian, wallahu'alam :)


Baca juga:

April 28, 2017

Segmen Blogwalking & Bloglist By Miss BaNu

Segmen Blogwalking & Bloglist By Miss BaNu


Segmen Blogwalking & Bloglist By Miss BaNu
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 28 April 2017, 11:59 P.M.

Ucapan beday untuk Miss Banu: Selamat hari lahir MissBanu yang ke ehem ehem :P Semoga panjang umur dan umur itu dihabiskan dengan membuat amalan kebaikan, murah rezeki dan rezeki itu digunakan sebaik yang mungkin & hidup sentiasa diberkati dan diredhai-Nya ~! AMIN <3 font="">

Wednesday, April 26, 2017

April 26, 2017

NetKL renew domain sayidahnapisah.com for one more year

Sesungguhnya seorang Sayidah Napisah tengah sangat sangat malas nak mengupdate entri blog sekarang ni sebab mood dia tengah ke benda lain, adehhhh. Rasa nak ketuk kemalasan update blog ni pergi jauh jauh shuh shuh shuhhhh! Hahaaha. Mana tak nya, last update entri adalah 18 April 2017. Hampir 10 hari tak update. Lama tu! Sobsobsobsob. 


Okay abaikan Sayidah yang malas.


NetKL renew domain sayidahnapisah.com


Yeayyy! NetKL done renew my domain untuk setahun lagi! Sepatutnya renew pada bulan Mei nanti, tapi saya renew awal beberapa minggu dari tarikh yang sepatutnya. Takut terlupa pula nanti atau internet buat hal ke, lagi parah. So, sementara ingat.. saya pun transfer RM45 ke akaun CIMB NetKL for renew domain & then email Netkl bukti payment. 

Successful!

NetKL renew domain
NetKL renew domain sayidahnapisah.com
NetKL
NetKL renew domain sayidahnapisah.com


Baik la NetKL ni. Dia wish kita Selamat maju jaya! Hahaha. 

Terima kasih juga NetKL renew domain ai. Terima kasih juga servis awak tiptop tak pernah mengecewakan ;)

Okay, adios!


Baca juga:

Tuesday, April 18, 2017

April 18, 2017

senang je edit gambar pelangi guna picsart + focusnfilters

Okay tajuk atas tu tak habis ayat sebenarnya. Actually, ada empat patah perkataan yang tertinggal di belakang tajuk atas ni. Tajuk lengkap: senang je edit gambar pelangi guna picsart + focusnfilters bagi orang yang expert. Haa tu lah tajuk yang sebenar. Tapi disebabkan panjang sangat, tu yang cut sikit tu jadi senang je edit gambar pelangi guna picsart + focusnfilters. hahaha

Bagi manusia yang lemah bab mengedit-gambar-dengan-cantiknya ni memang payah benau rasanya nak buat gambar berasaskan pelangi (rainbow) by using picsart & focusnfilters apps ni. Tu yang suruh kak yana yang baik hati tolong buatkan hahaha. Yela sejak kebelakangan ni kan, makin famous amous popular hot trending viral gambar pelangi ni. Merata ada. So, saya pun nak merasa la juga ada gambar pelangi ni hihi. 


gambar pelangi by using picsart + focusnfilters apps


Di bawah ni adalah tiga gambar pelangi yang telah diedit oleh kak yana dengan menggunakan application piscart dan focusnfilters. ((Thankyouu kak yanaa tolong buatkan untuk aiii! Muahhhh~!))

gambar pelangi
edit gambar pelangi guna picsart + focusnfilters

picture
gambar asal sebelum diedit menjadi gambar pelangi

sayidahnapisah
gambar sebelum




gambar pelangi
gambar selepas diedit guna picsart + focusnfilters

blog sayidahnapisah
gambar original

edit gambar
gambar pelangi
Cantik kan? Kreatif kan? Bukan senang nak edit gambar pelangi dengan cun nya tau. Orang yang pakar dan terror je boleh buat cenggitu. 

Haaa siapa yang nak buat sendiri tu tapi tak tahu cara edit macam mana? Dont worry. Kak yana yang baik hati dah beri panduan dan tutorial step by step acamno nak edit gambar pelangi untuk korang : (klik)

Goodluck! :)

Monday, April 17, 2017

April 17, 2017

Susunan Dokumen/Sijil Untuk Temuduga Kerajaan/SPA

Sebelum ni saya pernah kena tegur dengan ayah saudara yang expert tentang temuduga. Beliau kata susunan dokumen/sijil untuk temuduga saya salah dan kurang tepat. Ohhh.. ada juga ye susunan dokumen/sijil untuk temuduga? Ingatnya penemuduga tak kisah pun. Bak kata bapa saudara saya, ramai yang tak tahu betapa pentingnya dokumen/sijil disusun dengan betul dan tepat. Kadang-kadang aspek ni pun diambil kira oleh penemuduga. Mempengaruhi their first impression towards us dan mempengaruhi  juga 'mood' penemuduga ketika temuduga dijalankan.


Susunan Dokumen/Sijil Untuk Temuduga Kerajaan/SPA





Perlu diingat, terdapat DUA jenis dokumen/sijil yang perlu dibawa ketika temuduga. Dokumen/sijil ASAL & SALINAN FOTOSTAT. Jangan bawa yang sijil asal je, nanti pihak penemuduga/syarikat nak simpan sijil kita untuk rujukan macam mana? Takkan kita nak beri sijil asal kita? Hahaha. So please take note.. bring both ye. asal & salinan fotostat.


Susunan Dokumen/Sijil Asal & Fotostat Untuk Temuduga


DOKUMEN ASAL

1. kad pengenalan
2. sijil kelahiran
3. sijil berhenti sekolah
4. sijil SPM
5. sijil STPM (jika ada)
6. trankrip matrikulasi (jika ada)
7. ijazah sarjana muda (sijil akuan tamat belajar ijazah dari pihak Universiti)(jika ada)
8. transkrip sarjana muda/ijazah (results ijazah)(jika ada)
9. sijil kepujian dekan (jika ada)
10. sijil kokurikulum (tingkatan 4 ke atas)
11. dokumen-dokumen lain yang berkaitan
12. resume
13. cover letter

Semua dokumen asal ni masukkan dalam clear folder. Supaya tersusun dan kemas. Sejuk mata penemuduga dan memudahkan penemuduga untuk baca. Mana tahu, untung-untung dapat extra bonus points daripada interviewer.

Susunan Dokumen/Sijil Untuk Temuduga
Susunan Dokumen/Sijil Untuk Temuduga Kerajaan/SPA

clear folder temuduga
clear folder


SALINAN FOTOSTAT




1. dapatkan pengesahan : penghulu/ ketua kampung/ ketua balai/ guru besar/ pengetua sekolah/ pegawai kerajaan Bahagian 1 seperti pensyarah maktab, guru-guru berijazah.

2. susun ikut seperti susunan dokumen asal

3. staple


Dan apa yang saya pernah baca, untuk interview jawatan SPA (or kerajaan generally), susunan sijil-sijil fotostat ni akan dicheck/disemak oleh pegawai di situ. Kalau salah, dia suruh kita betulkan. So, kalau rasa tak sure susunan kita betul or tidak, jangan lah pergi binding pula sijil-sijil yang difotostat tu. Daripada niat kita nak kemas dan lawa, nanti payah pula nak kena buka balik kalau susunan kita salah. It takes time and buang masa.

So, better staple. Kalau kita nak tukar susunan pun, senang je.

biobax interview
sebelum pergi temuduga, kalau sakit-sakit or lenguh-lenguh.. spray dulu Biobax. biar rasa lega! :)
Kalau untuk temuduga swasta, mungkin susunan ni tak penting sangat kot kan. Tapi boleh je nak ikut susunan-susunan di atas untuk memudahkan penemuduga. Tak rugi apa pun.

Okay thats all. Moga beri manfaat. Adios!

Baca juga entri yang related dengan temuduga:
12 Soalan Lazim Temuduga & Contoh Jawapan
Teknik dan Tips Lulus Temuduga
Faktor Calon Gagal Temuduga

Friday, April 14, 2017

April 14, 2017

Kekeliruan Fidyah Puasa.. Boleh Pilih Ganti Puasa atau Bayar Fidyah?

Memandangkan kita dah nak dekat dengan bulan Ramadhan. Lagi sebulan lebih kan? So, mesti ramai yang tengah berusaha melunaskan hutang puasa. Mesti ramai yang tengah kejar ganti puasa every week before Ramadhan tahun 2017 tiba. And ramai je yang mungkin masih keliru tentang persoalan ganti puasa + bayar fidyah. Kena ganti puasa sahajakah atau kena sekali bayar fidyah?  Siapa je yang perlu fidyah puasa? Jika perlu bayar fidyah puasa.. Apakah cara bayar fidyah puasa yang sebenar? Macam mana cara bayar fidyah?

Kekeliruan Fidyah Puasa.. Boleh Pilih Ganti Puasa atau Bayar Fidyah?


Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Kalau kita tinggal puasa, apa sebab? Sebabnya dulu kita lagha sangat, maka tinggal puasa. Bukan uzur. Maka, kita kena qadha. Tapi dah lama dah, langkau tahun. Tidak ada uzur, kita lambatkan qadha.. maka wajib qadha dan fidyah.

Yang kata boleh pilih antara ganti puasa atau bayar fidyah saja ni bila..

+ mak kita mati tinggal puasa. Maka, waris/anak-anak boleh pilih nak tolong qadha atau bayar fidyah. Tu baru boleh pilih.

orang tua yang tak mampu untuk puasa. Allah kata: dan atas orang-orang yang tua bangka maka tak larat nak puasa.. boleh lah mereka bayar fidyah sahaja. tak payah qadha.

fidyah puasa
ganti puasa atau bayar fidyah puasa? credit image: ceriteracintabalqis.blogspot.com
Okay bak kata UAI kan, kena tanya dulu kita tinggal puasa sebab apa? Orang tak puasa banyak sebabnya. Ada yang ada sebab dan ada yang tak ada sebab pun. So, first of all kena kenalpasti dulu tinggal puasa sebab apa. Bila dah tahu sebab apa dan tahu tergolong dalam golongan yang mana, baru boleh tahu adakah kena qada puasa sahaja, atau dikenakan bayar fidyah juga, atau boleh pilih salah satu.

Berdasarkan maklumat yang saya kumpul dari ceramah dan penulisan beberapa ustaz (Ustadz M. Abduh Tuasikal, Ustaz Azhar Idrus, Mufti), ini adalah nota ringkas dan lengkap berkaitan dengan persoalan bagaiman cara membayar hutang puasa yang betul. Let's get to know!


Cara Membayar Hutang Puasa - Qadha Puasa, Fidyah Puasa



1. Wanita yang hamil dan ibu yang menyusu

-wanita yang hamil yang bimbang tentang dirinya kalau dia mengandung nanti takut dia tak larat untuk berpuasa, or khuatir jika dia berpuasa semasa hamil akan membahayakan kandungan/takut keguguran

ataupun

-wanita yang menyusukan anak yang takut nanti bila dia berpuasa dia tak cukup/kekurangan susunya dan seumpamanya.

jika kes ibu hamil & ibu menyusu ini adakah perlu qada' puasa atau bayar fidyah sahaja?
jawapannya: perlu ganti puasa & bayar fidyah.

Untuk menguatkan hujah lagi, saya petik satu soalan dari laman web Mufti Negeri Selangor berkaitan dengan kes satu ini.

Soalan: Apakah hukum seorang perempuan mengandung yang meninggalkan puasa di bulan Ramadhan kerana dikhuatiri memudaratkan diri dan anak di dalam kandungannya?

Jawapan:  Seorang perempuan yang sedang mengandung harus berbuka puasa jika dikhuatiri dengan sebab puasa tersebut akan menjejaskan diri dan anak di dalam kandungannya. Begitu juga keadaannya adalah harus meninggalkan puasa bagi perempuan yang sedang menyusukan anak sekiranya dikhuatiri akan menjejaskan kandungan air susu tersebut. Ini berdasarkan keterangan sebuah hadis :

Maksudnya : Dari Anas r.a. Rasulullah S.A.W. telah berkata “Sesungguhnya Allah telah memaafkan setengah solat dari orang musafir, dan memaafkan pula puasanya, dan Dia memberikan (kemurahan) kepada wanita yang sedang hamil dan yang sedang menyusui". -Riwayat Bukhari dan Muslim-

Walau bagaimanapun puasa yang ditinggalkan itu hendaklah diqada’ atau digantikan pada hari yang lain serta fidyah.


2. Orang yang sudah tua, orang yang sakit tiada harapan untuk sembuh (contoh: kanser)

Untuk kes ni, mereka tidak dikenakan kewajipan untuk ganti puasa tapi dikenakan kewajipan fidyah.

Dalil (firman Allah): ..dan bagi orang yang berat (susah) menjalani puasa, maka hendaklah dia memberi makan fidyah kepada orang miskin.


3. Orang yang berhutang puasa tetapi tak sempat atau tangguh-tangguh walau ada kesempatan nak qada tanpa uzur syar'i sehingga masuk ke next bulan Ramadhan

Both. Kena ganti puasa & bayar fidyah.


4. Orang yang ada kesempatan dan berkemampuan untuk puasa selepas bulan Ramadhan tapi tangguh-tangguh sehingga meninggal dunia

Jika orang tersebut meninggal dunia tetapi masih ada hutang puasa,
[first option] - ahli waris/keluarga/saudara jauh tolong ganti puasa
[second option] - ahli waris/keluarga bayar fidyah

boleh pilih mana-mana option.


5. Orang yang tiada kesempatan waktu untuk menunaikan qada' puasa sehingga lah dia meninggal dunia

Contoh: orang tu tak puasa 5 hari sebab sakit. Lepas Ramadhan, dia still sakit so tak mampu nak ganti puasa. Then, dia sakit sehingga lah dia mati.

So, orang tu tiada kewajipan apa-apa untuk qadha puasa atau bayar fidyah.


Notapenting: for those yang kena bayar fidyah...

cara bayar fidyah
cara bayar fidyah puasa. credit image: siraplimau.com
cara bayar fidyah puasa - 1 hari 1 cupak beras. Sehari kita tinggal puasa, secupak beras kena beri pada orang miskin. Apakah yang dimaksudkan dengan secupak? Berapa banyak? Hampir 1 kilogram which is 750g


Boleh ke kalau tak nak bayar fidyah dengan beras? Boleh ke kalau kita nak bayar fidyah dengan duit?

Ustaz kata.. hadis dhaif mengatakan boleh je nak bayar fidyah dengan nilai (duit). Tapi iyela kan nama pun hadish dhoif (lemah), so better utamakan pendapat yang utama iaitu bayar fidyah dengan beras/makanan.


Okay itu sahaja perkongsian berkaitan dengan ganti puasa & fidyah puasa. Semoga mendapat manfaat. Adios~! wassalam :)

Thursday, April 13, 2017

April 13, 2017

HCube Shop: "Your Halal and Healthy Hub"

Zaman la ni sana sini jual produk. Produk kesihatan ada. Produk kecantikan pun banyak. Kadang-kadang tu naik risau sebab tak tahu mana satu yang boleh dipercayai, mana satu yang harus dibeli. Plus, dengan banyak kes pelanggan yang telah tertipu dengan helah fake 'seller' membuatkan saya lebih berhati-hati bila shopping certain produk. Nasib baik la saya ada jumpa satu website ni ~ babiesblinkbeauty.blogspot.com, HCube Shop - pengedar/pemborong/dropship/stokis/agen Produk Kecantikan Kesihatan Kosmetik! Tertarik dengan slogan HCube Shop: "Your Halal and Healthy Hub", saya pun explore dengan lebih mendalam.

hcube shop
HCube Shop: "Your Halal and Healthy Hub"

HCube Shop: "Your Halal and Healthy Hub"


Di babiesblinkbeauty.blogspot.com ni, kita mempunyai kelebihan untuk membeli pelbagai produk hanya dari satu laman web e-dagang. Beritahu je what kind of product we want. Semua ada di HCube Shop. Produk mencerah, memutih, melembab, merawat wajah, menghilangkan jerawat, parut, produk kurus/slimming/detox, produk tambah berat badan, produk skincare (single, set lengkap), produk kosmetik/makeup/solekan, produk supplement (candy/jelly/lain-lain), produk supplement (serbuk/minum/kapsul/tablet), hcube car rental dan banyak lagi!

Antara produk hot yang dijual di HCube Shop:


hcube shop workstation

Okay so, right now we know the fact that HCube Shop adalah satu kedai yang menjual pelbagai produk kecantikan kesihatan terkini dengan harga murah dan original kan? Tapi the question is.. apakah website HCube Shop boleh dipercayai? Mengapa kita perlu beli produk di HCube Shop? Apakah kelebihan dan keistimewaan HCube Shop?

++ babiesblinkbeauty.blogspot.com (blog HCube Shop) adalah laman web yang dimiliki oleh syarikat  HCUBE RESOURCES (AS0354878-P), sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan entiti e-dagang yang menjalankan perniagaan runcit secara online dan beroperasi di Kuala Lumpur, Malaysia.

++ Produk-produk yang terdapat di HCube Shop mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) & dijamin HALAL

++ HCube Shop menjual produk kecantikan kesihatan dengan HARGA MURAH, ORIGINAL & BERKUALITI

++ HCube Shop amat menitikberatkan kualiti dan keselesaan pelanggan ketika berurusan kerana kepuasan pelanggan adalah keutamaan HCuba Shop

++ Order dengan MUDAH & CEPAT (penghantaran ke seluruh Malaysia)

++ Jaminan wang dikembalikan

++ Terdapat banyak FEEDBACK POSITIF daripada pelanggan HCube Shop setelah berurusan dengan HCube Shop. It means servis perkhidmatan HCube Shop selamat dan boleh dipercayai.

hcube shop feedback
feedback hcube shop #1

produk kecantikan
Feedback Hcube Shop #2

product shop
feedback hcube shop #3

produk kesihatan halal
feedback hcube shop #4
Bukan itu sahaja, di laman web HCube Shop ni juga, kita boleh tahu semua info lengkap mengenai sesuatu produk yang dijual tersebut. Kelebihan, kebaikan, cara penggunaan, testimoni, review customer dan sebagainya. 

Best kan?


Have fun and enjoy! :)