Kekeliruan Fidyah Puasa.. Boleh Pilih Ganti Puasa atau Bayar Fidyah? - sayidahnapisahdotcom Kekeliruan Fidyah Puasa.. Boleh Pilih Ganti Puasa atau Bayar Fidyah?
LightBlog

Kekeliruan Fidyah Puasa.. Boleh Pilih Ganti Puasa atau Bayar Fidyah?

Memandangkan kita dah nak dekat dengan bulan Ramadhan. Lagi sebulan lebih kan? So, mesti ramai yang tengah berusaha melunaskan hutang puasa. Mesti ramai yang tengah kejar ganti puasa every week before Ramadhan tahun 2017 tiba. And ramai je yang mungkin masih keliru tentang persoalan ganti puasa + bayar fidyah. Kena ganti puasa sahajakah atau kena sekali bayar fidyah?  Siapa je yang perlu fidyah puasa? Jika perlu bayar fidyah puasa.. Apakah cara bayar fidyah puasa yang sebenar? Macam mana cara bayar fidyah?

Kekeliruan Fidyah Puasa.. Boleh Pilih Ganti Puasa atau Bayar Fidyah?


Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Kalau kita tinggal puasa, apa sebab? Sebabnya dulu kita lagha sangat, maka tinggal puasa. Bukan uzur. Maka, kita kena qadha. Tapi dah lama dah, langkau tahun. Tidak ada uzur, kita lambatkan qadha.. maka wajib qadha dan fidyah.

Yang kata boleh pilih antara ganti puasa atau bayar fidyah saja ni bila..

+ mak kita mati tinggal puasa. Maka, waris/anak-anak boleh pilih nak tolong qadha atau bayar fidyah. Tu baru boleh pilih.

orang tua yang tak mampu untuk puasa. Allah kata: dan atas orang-orang yang tua bangka maka tak larat nak puasa.. boleh lah mereka bayar fidyah sahaja. tak payah qadha.

fidyah puasa
ganti puasa atau bayar fidyah puasa? credit image: ceriteracintabalqis.blogspot.com
Okay bak kata UAI kan, kena tanya dulu kita tinggal puasa sebab apa? Orang tak puasa banyak sebabnya. Ada yang ada sebab dan ada yang tak ada sebab pun. So, first of all kena kenalpasti dulu tinggal puasa sebab apa. Bila dah tahu sebab apa dan tahu tergolong dalam golongan yang mana, baru boleh tahu adakah kena qada puasa sahaja, atau dikenakan bayar fidyah juga, atau boleh pilih salah satu.

Berdasarkan maklumat yang saya kumpul dari ceramah dan penulisan beberapa ustaz (Ustadz M. Abduh Tuasikal, Ustaz Azhar Idrus, Mufti), ini adalah nota ringkas dan lengkap berkaitan dengan persoalan bagaiman cara membayar hutang puasa yang betul. Let's get to know!


Cara Membayar Hutang Puasa - Qadha Puasa, Fidyah Puasa



1. Wanita yang hamil dan ibu yang menyusu

-wanita yang hamil yang bimbang tentang dirinya kalau dia mengandung nanti takut dia tak larat untuk berpuasa, or khuatir jika dia berpuasa semasa hamil akan membahayakan kandungan/takut keguguran

ataupun

-wanita yang menyusukan anak yang takut nanti bila dia berpuasa dia tak cukup/kekurangan susunya dan seumpamanya.

jika kes ibu hamil & ibu menyusu ini adakah perlu qada' puasa atau bayar fidyah sahaja?
jawapannya: perlu ganti puasa & bayar fidyah.

Untuk menguatkan hujah lagi, saya petik satu soalan dari laman web Mufti Negeri Selangor berkaitan dengan kes satu ini.

Soalan: Apakah hukum seorang perempuan mengandung yang meninggalkan puasa di bulan Ramadhan kerana dikhuatiri memudaratkan diri dan anak di dalam kandungannya?

Jawapan:  Seorang perempuan yang sedang mengandung harus berbuka puasa jika dikhuatiri dengan sebab puasa tersebut akan menjejaskan diri dan anak di dalam kandungannya. Begitu juga keadaannya adalah harus meninggalkan puasa bagi perempuan yang sedang menyusukan anak sekiranya dikhuatiri akan menjejaskan kandungan air susu tersebut. Ini berdasarkan keterangan sebuah hadis :

Maksudnya : Dari Anas r.a. Rasulullah S.A.W. telah berkata “Sesungguhnya Allah telah memaafkan setengah solat dari orang musafir, dan memaafkan pula puasanya, dan Dia memberikan (kemurahan) kepada wanita yang sedang hamil dan yang sedang menyusui". -Riwayat Bukhari dan Muslim-

Walau bagaimanapun puasa yang ditinggalkan itu hendaklah diqada’ atau digantikan pada hari yang lain serta fidyah.


2. Orang yang sudah tua, orang yang sakit tiada harapan untuk sembuh (contoh: kanser)

Untuk kes ni, mereka tidak dikenakan kewajipan untuk ganti puasa tapi dikenakan kewajipan fidyah.

Dalil (firman Allah): ..dan bagi orang yang berat (susah) menjalani puasa, maka hendaklah dia memberi makan fidyah kepada orang miskin.


3. Orang yang berhutang puasa tetapi tak sempat atau tangguh-tangguh walau ada kesempatan nak qada tanpa uzur syar'i sehingga masuk ke next bulan Ramadhan

Both. Kena ganti puasa & bayar fidyah.


4. Orang yang ada kesempatan dan berkemampuan untuk puasa selepas bulan Ramadhan tapi tangguh-tangguh sehingga meninggal dunia

Jika orang tersebut meninggal dunia tetapi masih ada hutang puasa,
[first option] - ahli waris/keluarga/saudara jauh tolong ganti puasa
[second option] - ahli waris/keluarga bayar fidyah

boleh pilih mana-mana option.


5. Orang yang tiada kesempatan waktu untuk menunaikan qada' puasa sehingga lah dia meninggal dunia

Contoh: orang tu tak puasa 5 hari sebab sakit. Lepas Ramadhan, dia still sakit so tak mampu nak ganti puasa. Then, dia sakit sehingga lah dia mati.

So, orang tu tiada kewajipan apa-apa untuk qadha puasa atau bayar fidyah.


Notapenting: for those yang kena bayar fidyah...

cara bayar fidyah
cara bayar fidyah puasa. credit image: siraplimau.com
cara bayar fidyah puasa - 1 hari 1 cupak beras. Sehari kita tinggal puasa, secupak beras kena beri pada orang miskin. Apakah yang dimaksudkan dengan secupak? Berapa banyak? Hampir 1 kilogram which is 750g


Boleh ke kalau tak nak bayar fidyah dengan beras? Boleh ke kalau kita nak bayar fidyah dengan duit?

Ustaz kata.. hadis dhaif mengatakan boleh je nak bayar fidyah dengan nilai (duit). Tapi iyela kan nama pun hadish dhoif (lemah), so better utamakan pendapat yang utama iaitu bayar fidyah dengan beras/makanan.


Okay itu sahaja perkongsian berkaitan dengan ganti puasa & fidyah puasa. Semoga mendapat manfaat. Adios~! wassalam :)

Post a Comment

4 Comments

  1. Alhamdulillah terima kasih perkongsian bermanfaat ini...bila sebut puasa..macam mudah...tapi bila ambil mudah berat hukumnya...sedangkan yang telah mati pun warisnya perlu ambil tahu...inikan pula yang masih hidup...perlu jelas dan ambil tahu....

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing dear...
    Semoga jelas kpd mereka yg berhutang puasa..
    Cheers.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p