Search This Blog

nak guna "Aku" atau "Saya" atau "nama" ?

By 12:46:00 PM

Sebenarnya, seorang Sayidah Napisah sedang mengalami kekeliruan. Bukan kekeliruan identiti ye hahaha tapi kekeliruan nak guna Aku atau saya atau nama di dalam entri. Dari dulu confuse tau nak guna mana satu. Aku / saya / nama ? Hmmmm..

choose tumblr
which one? hmmm
Kebiasaannya, guna saya atau den dalam setiap entri. Sebab kalau bahasakan diri sendiri sebagai saya dalam entri macam sopan santun sikit. Kalau aku tu, rasa serba salah pun ada sebab macam kuanghajo haha ke tak. Tapi takde la nak kata blogger lain yang guna aku dalam entri kureng ajar hee. Cuma, seorang Sayidah Napisah je yang rasa macam tu.

Kalau guna nama sayidah macam panjang sangat. Or kakcik (my nama panggilan) macam tak best sebab my URL is sayidahnapisah.com. Rasa tak sesuai gituww. Or kalau guna shortform SN pun macam tak best.

Sebenarnya, teringin nak guna aku dalam entri sebab nampak macam lebih casual dan santai. Kalau guna aku rasa macam carefree sikit. So, okay je kan kalau guna aku dalam entri? Unsur kurang ajar atau rude tak timbul kan kalau seorang Sayidah Napisah guna aku dalam setiap entri selepas-selepas ni? Help meee. 

Give your opinion pleaseee T.T

You Might Also Like

12 comments

  1. ccl selalu gunakan 'ccl' sebagai ganti diri

    ReplyDelete
  2. ala..guna je yang mana sesuai. asalkan kita selesa. hehehhee..

    MrEjoy.

    ReplyDelete
  3. sama lah nak guna perkataan AKU tu macam kureng sikit hehee , last-last guna I jelah penganti nama/aku tu

    ReplyDelete
  4. Sebelum ni, akak bahasakan diri 'aku' dalam entry..memang best sebab rasa bebas & santai nak bercerita..tapi baru ni akak start belajar2 bahasakan diri'kak fiezz' dalam entry..nampak lebih dewasa & sopan sikit..hehe

    ReplyDelete
  5. Dulu post2 saya banyak guna aku, tapi bila baca balik, saya sendiri tak selesa. Sekarang guna 'saya' :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  6. hahaha...sama laa tengah konfuse...nak pilih bahasakan diri kita apaa..last2 bedal letak semua dalam satu enti macam tomyam...!

    ReplyDelete
  7. elsa tak sampai hati nak guna aku tu huhu sebab yang membaca ada yang berumur juga kan. nak guna saya macam formal sangat. so gunalah elsa hahaha. tapi tak kisah mana mana kc. janji pembaca tak fikir lain je hehe

    ReplyDelete
  8. aten cadang guna nme sndiri tp pendekkan..aten mmg bahasekan aten je sepanjang entri..dulu..pening jgk nk panggil ape diri sendiri..all the best

    ReplyDelete
  9. kdng2 klu kita guna 'aku' ada sesetengah pembaca rasa kita ni kasar walaupn kita rasa selesa.. better cari satu panggilan yg buat kita selesa n pembaca jga selesa... :)

    ReplyDelete
  10. IQ dulu pun banyak kali tukar panggilan nama untuk IQ sendiri guna dalam blog, macam2 IQ guna, aku, saya, hamba pun ada tau! last2 guna IQ singkatan daripada Iez Qis, yang juga nama samaran di fb suatu ketika dulu. heeeee..

    ReplyDelete
  11. saya pun pernah rasa kecelaruan mcm ni jugak dulu...;D

    ReplyDelete
  12. hahha betul2 kadang2 pening rasanya.. kita ber'aku dia ber'saya hahaha..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

Newsletter

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.