Search This Blog

Review Movie Fast & Furious 8 ~ 5 OH(sem) saya beri!

By 12:40:00 PM ,

Truthfully saya tak pernah berminat pun nak tengok movie Fast & Furious, dari season 1 hingga la season 7. Tak pernah tengok cerita tu dari awal hingga akhir. Kalau tengok sekilas tu ada la haha. Tak tahu la kenapa minat tu tak ada padahal ramai gilos kot tengok filem bersiri fast and furious tu. Maybe sebab kereta kot so saya rasa tak berapa nak gemar.

Tapi.. entah tiba tiba for the first time rasa nak tengok fast and furious 8 membuak buak. Sebab ramai gilosss yang puji best, bagi review mantop, bagi 5 bintang kat fast furious 8. So, I really really want to watch it!

Movie Fast & Furious 8
Movie Fast & Furious 8 ~ 5 OH(sem) saya beri!
and finally! Haritu 22/4 pergi tengok wayang cerita F8 di GSC, Palm Mall, Seremban. Dan memang ternyata, best gilosss!

memang layak la fast furious 8 ni dikatakan pecah kutipan jutaan ringgit sejak hari pertama ditayangkan di panggung, 12 April 2017.


Review Movie Fast & Furious 8 ~ 5 OH(sem) saya beri!


I tell you.. korang tak akan boring punya lah tengok cerita ni. Walaupun saya tak pernah tengok fast furious dari season 1, tapi yang saya faham fast&furious season 8 ni memaparkan hero, Dom (Vin Diesel) betray team dia. Betray his family. Because of only ONE reason. Anak kandung dia diculik dan diugut bunuh oleh watak jahat cerita Fast&Furious 8 ni, Cipher(Charlize Theron). Den memang bengang dengan si Cipher ni. Memang tak ada hati perut! Tak berperikemanusiaan! Insane! *okay sabar sayidah sabar hahaha*

Dua part/scene dalam cerita ni saya mengalirkan air mata T.T haha.

First: Dom nangis tengok exgirlfriend dia, Elena (Elsa Pataky) & anak dia dikurung oleh Cipher. Dom tak mampu nak selamatkan dorang melainkan kena ikut kata si Cipher ni. Dom kena tolong Cipher curi kod nuklear & kapal selam, baru Cipher lepaskan Elena& anak dia dengan selamat.

Second: part Letty (Michelle Rodriguez) curi briefcase dari Dom yang berisi kod nuklear. Okay part Letti rampas briefcase tu tak leleh air mata tapi part yang Letti terpaksa serahkan briefcase pada laki jahat, Rhodes (Kristofer) then Letty nangis sebab Dom still 'turn on' his back towards his family.

Dua scene ni la yang den tangkap leleh haha. But most of the time, saya ternganga la. Lagi lagi part nak ending tu, yang dorang nak selamatkan kapal selam dari dicuri oleh Cipher. Memang my jaws drop! Hahaha.

Fast & Furious 8
Fast & Furious 8
Paling best juga time plot twist cerita ni. Plot twist di mana Dom sebenarnya tak khianat pun kat team dia. Instead, Dom rancang senyap senyap & dengan teliti untuk jatuhkan plan si Cipher. Dom jumpa mak Deckard. & paling tak sangka tu ingatnya si Deckard Shaw (Jason Statham) tu dah mati rupanya =.= Penat tau den sedih time tahu Deckard tu 'mati' kena tembak dengan Dom haha.

Paling best nya lagi (berapa banyak paling best daaa) yang part Deckard main main dengan baby (anak kandung Dom) time Deckard selamatkan baby tu dalam aeroplane. Comel gilos baby tuuuu adoiiii. Pandai pula dia senyum senyum. Bila part baby tu semua tergelak haha.

Fast & furious 8 ni happy ending tapi Cipher still tak tertangkap. Okay nampak tak maksudnya lepas ni ada fast furious 9? Hahaha. Ingatnya f8 ni yang last season, rupanya ada lagi kekeke.

filem fast and furious 8
FAST&FURIOUS 8
Oh.. part ending lasttt sekali menjadi perhatian ramai juga sebab Dom namakan baby dia --> Brian. Okay firstly saya biasa je la bila Dom tu beri nama baby dia Brian. Tapi lepastu, time saya search lagu-lagu soundtrack fast & furious 8.. baru lah saya dapat tahu rupanya nama Brian tu adalah nama watak Paul Walker dalam Fast and Furious, yang meninggal dunia pada tahun 2013. So, ramai yang touching dan suka la director selitkan nama Brian tu bagi mengingati Paul Walker.

Overall, memang 5 OH(sem) saya beri movie Fast and Furious 8 ni! Tak ada satu scene pun yang saya rasa tak best or rasa mengantuk ke or rasa boring ke. Okay memang saya ada nguap tapi tu sebab saya baru lepas makan haha. Tapi tak ngantuk pun. Segar bugar je mata hehe.

In a nutshell.. Saya memang syorkan korang tonton movie ni. Tak rugi punya keluar duit sikit untuk tengok cerita ni kat wayang. Worth it. Recommended indeed ;)

Adios!

You Might Also Like

1 comments

  1. elsa dari awal follow fast and furious nie! ntah bila nak final chapter pun tak tahu lah hahaha

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/04/kereta-gear-manual-atau-automatik.html

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

Newsletter

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.