May 2017 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Wednesday, May 31, 2017

May 31, 2017

Resepi Rendang Daging

Haa saya dah lama tak buat entri resipi ni kan (#konon), so kali ni saya nak share Resepi Rendang Daging. Haaaa aummm sangat! Memang sedap tau masakan rendang ni walaupun renyah cara-cara menyediakan dan nak tunggu dia masak tu. Tapi tak kisah la apa-apa jenis rendang, versi pahang ke, versi Negeri Sembilan ke, versi utagha ka.. semua sodap! Semua saya telan licin hahaha! Lagi-lagi bila berbuka puasa (Iftar) dengan nasi + rendang daging humphhhhh! Antara favourite iolss tau hehe. Okay, so lets get to know the resepi rendang daging!

Resepi Rendang Daging
Resepi Rendang Daging

Resepi Rendang Daging


bahan rendang daging
Resepi Rendang Daging

Bahan-bahannya




Bawang merah
Bawang putih
Lengkuas 1/2 inchi
Halia 1 inchi
Kunyit hidup 1 inchi
Serai 6 batang
Bunga lawang 2 ketul
Kulit kayu manis 1 inchi
Buah pelaga 3 biji
Cengkih 3 batang
Cili kering 20 biji
Santan (1 biji kelapa)
Kerisik 1 peket
Asam keping 2 keping
Gula 
Garam


Cara-cara memasak

(1) Rebus cili kering. Kemudian, blender.
(2) Bawang merah + bawang putih + lengkuas + halia + kunyit hidup + serai di-blender.
(3) Tumis rempah herba (bunga lawang + kulit kayu manis + buah pelaga + cengkih)
(4) Kemudian, masukkan bahan blender (1) dan (2)
(5) Tidak lama kemudian, masukkan jintan kecil + jintan besar(putih) + ketumbar yang telah disangai dan ditumbuk halus
(6) Kemudian, tumis sehingga keluar minyak.
(7) Masukkan santan dan kerisik. Gaul.

daging rebus
Resepi Rendang Daging

(8) Tidak lama kemudian, masukkan asam keping, daging 1 kg yang telah direbus lembut dan gula garam secukup rasa. Kalau nak, masukkan sekali daun kunyit & daun limau purut untuk menaikkan bau. 
Kalau tak nak, its okay :)

cara masak rendang
Resepi Rendang Daging

menu rendang
Resepi Rendang Daging
(9) Gaul sehingga kering (api kecil je & selalu kacau supaya tak berkerak).

Siap! Sedia dihidang dan dimakan!




rendang
rendang daging

Resepi Rendang Daging
Resepi Rendang Daging

rendang nasi
makan nasi dengan rendang aummm!
Oh, benda utama korang kena ada untuk masak rendang daging ni of course la blender, periuk dan kuali! Kalau takkkk, tak masak leee rendang kita hehehe.

alat masak rendang
Frying pan di Lazada

blender rendang
Blender di Lazada
p/s: Korang meh la sini ada (Marhaban Ya Ramadhan) Riang Ria Raya sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) that will take place from May 19 to 30 June (where you can find special discounts up to 90%!). Takpe, banyak masa lagi nak ushar Riang Raya sale ni. Jangan ushar lama sangat ye nanti nak beli semua hahaha.

Orait, daaa~! Selamat mencuba resepi menu makanan rendang daging di atas! Wish you luck!
Wassalam :)

May 31, 2017

Giveaway by Butik Julita Anje : SAYA NAK TOPUP FREE!

Giveaway by Butik Julita Anje : SAYA NAK TOPUP FREE!


Butik Julita Anje
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 31 Mei 2017

Tag: Kak Lea, Kak Sha, Kak Azi

BUTIK JULITA ANJE menawarkan pakej yang sangat menarik bagi mereka yang akan melangsungkan perkahwinan atau pertunangan pada masa yang terdekat ini. Antara pakej yang ditawarkan adalah :


butik
Butik Julita Anje
Selain itu, jom kita tengok pelbagai jenis pelamin, hiasan bilik tidur pengantin dan hiasan meja makan pengantin bagi mereka yang masih tercari cari butik yang menawarkan pakej macam ini dengan harga yang sangat berpatutan.

pelamin butik
Butik Julita Anje


tempah pelamin
Butik Julita Anje

makan beradab
Butik Julita Anje


tempah majlis kahwin
Butik Julita Anje


bridal murah
Butik Julita Anje

Butik Julita Anje
Butik Julita Anje


busana pengantin sewa
Butik Julita Anje
Tadi saya ada juga ushar busana busana baju pengantin perempuan dan pelamin di FB Butik Julita Anje. Adehhhh memang mengancam weh! Lama-lama belek bahaya juga. Tiba tiba rasa nak kahwin cepat. Butik Julita sponsor me please wakakaka. 

Ni antara koleksi busana & pelamin cun dari Butik Julita Anje.

baju pengantin
Butik Julita Anje

busana pengantin
Butik Julita Anje

baju pengantin butik
Butik Julita Anje

baju pink pengantin
Butik Julita Anje

baju pengantin lawa butik
Butik Julita Anje

pelamin murah
Butik Julita Anje

pelamin cantik murah
Butik Julita Anje

busana pengantin wanita
Butik Julita Anje
Banyak lagi gambar gambar yang cantikk dan menarik untuk dijadikan contoh kepada bakal raja sehari yang berminat dengan pakej yang disediakan oleh Butik Julita Anje. So boleh tengok di facebook butik atau walk in.

Plus, feedback dari mereka yang pernah beli baju & guna khidmat Butik ini pun positif dan tidak mengecewakan. 

Butik Julita Anje
testimoni yang beli baju pengantin dari Butik Julita Anje
Buat pengetahuan semua, butik ini terletak di Baling, Kedah dan kawasan yang available untuk diberikan perkhidmatan atau job cover adalah di Sungai Petani, Kulim, Perak, Penang, dan Perlis.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, boleh hubungi :

Facebook : Butik Julita Anje
Whatsapp : 019-4154756

Pakej lain :

Pelamin tunang : RM200
Pakej Promosi RM999
Pakej Promosi 1559

#bridalmurah
#pelaminterlajakmurah
#trustedbridal
#bridalmurahmeletopsss
May 31, 2017

mesej Peringatan dari Bank Negara Malaysia (BNM). take note semua!

11:56 am tadi satu mesej masuk. Tapi tak tengok pun lagi la mesej tu dari siapa. Then, tak lama kemudian saya dapat call dari satu nombor panjang & pelik dari Vietnam ni ----> +84918371043. Saya pula memang alert dengan amaran yang viral haritu berpesan jangan angkat nombor yang pelik pelik dan nombor dari luar negara macam tu. So, saya memang tak angkat call Vietnam tu. Saya biarkan aje.

Lepas tu, baru saya tergerak hati nak check message yang saya dapat tadi...


mesej Peringatan dari Bank Negara Malaysia (BNM). take note semua!


mesej peringatan bnm
mesej Peringatan dari Bank Negara Malaysia (BNM)

Peringatan BNM! Awas dengan panggilan & email yang anda terima. BNM, bank dan PDRM tidak akan meminta PIN anda atau meminta anda membuat pindahan wang kepada akaun lain.

So, saya assume mungkin mesej peringatan dari BNM ni suruh kita berjaga-jaga dengan sang durjana empunya nombor-nombor pelik dari luar negara ni like Singapore and Vietnam. Sebab mungkin mereka akan minta PIN bank. Dan buat jahat kat akaun bank kita. Nauzubillah~

bnm
panggilan dari nombor Vietnam
2 kali tau orang dari Vietnam tu call. Dua-dua kali tu juga la saya biarkan. Tadi pukul 1:15 petang lebih pun dia call lagi. Eeeeeii orang dah tak nak takyah la call call hahahaha. #emo

call dari nombor vietnam
beware of nombor phone yang panjang, pelik + luar negara
So, korang kalau terima call dari nombor-nombor pelik or email minta PIN akaun bank ke.. tak yah la accept & reply ye. Biaq pi dia ja hehe.

Okayy adios! wassalam :)

Tuesday, May 30, 2017

May 30, 2017

jangan yakin terlalu: "ah, aku nak cakap orang-- aku sendiri belum tentu"

Sedikit perkongsian untuk hari keempat Ramadhan yang mulia ini. Tentang "jangan yakin terlalu". Banyak cerita or kisah zaman zaman dulu yang kita boleh ambil tauladan actually. Orang alim yang banyak beribadat tapi akhirnya kecundang, mati sia sia. Wanita jahat hanya dengan membuat amal kebaikan dengan ikhlas masuk syurga. Cerita-cerita ni semua mengingatkan kita untuk "jangan yakin terlalu". Kita tak tahu kita in the future macam mana. Kita tak tahu keadaan kita pada masa akan datang bagaimana. Thats why...


jangan yakin terlalu!


jangan yakin terlalu fynn jamal
jangan yakin terlalu - fynn jamal

copy paste dari Page Fynn Jamal :



tak ada orang tau.
.
solat dah penuh? puasa tak tinggal? tak pernah mengumpat? sentiasa sadaqah? jaga ikhtilat? alhamdulillah. hebat. memang hebat.
.
maka jawab soalan seterusnya:
berani angkat tangan tanda yakin الله redha dan nak bagi kita syurga?
i need only ONE to volunteer to say "yes i am sure".
.
takkan ada.
sbb tak ada org tahu.
.
sebanyak mana pun ibadah kita; baik yg terjelas atau tersembunyi-- kita takkan pernah tau apakah الله benar2 mau dan sudi.
.
kita SEMUA memang tak tau di mana letaknya kita akhirat nanti.
.
tak tau syurga atau neraka. kalau ke syurga-- level yang mana. kalau ke neraka-- jenis yang mana. kita tak berani nak kata pahala dosa mana yang jadi punca keputusan keabadian kita.
.
takkan, punya.
.
jadi kenapa kita boleh berani nak rasa kita lebih baik dari ahmad, atau ali, atau maisarah, atau suhaili? macammana kita dengan lantangnya menegur maki atau keringnya mengumpat perli orang2 yang kita rasa kurang dari kita?
.
"at least aku solat"
"dah dia terang2 tak tutup aurat"
.
yes. but how can you be so sure your hijab, your umrah, your quran, your sadaqah are your saviour from hellfire?
.
dan bila dikatakan pd mereka:
"jgn berbuat tak baik",
mereka berkata:
"sesungguhnya kami org2 soleh"
.
ingatlah! sesungguhnya mereka org2 tidak baik-- namun mereka tidak perasan.
(baqarah 11 & 12)
.
ini bukan entri utk kita berhenti menyeru kebaikan. no. jgn salah faham.
ini adalah ajakan utk kita sama2 pegang selalu:
jangan yakin terlalu.
.
iblis cuma SEKALI merasakan lebih baik dari adam-- TERUS dihumban dari syurga.
.
abaa wastakbar.
wa kaana minal kaafiriin.
dia enggan; dia rasa lebih hebat.
lalu terus dia kafir.
(baqarah 34)
.
SEKALI.
kita?
.
berkali2 menyalut diri dgn dosa. masih berani, masih yakin, masih tak gusar dgn bahana.
.
allahu akbar.
takut benar.
.
rendahkan diri. kurangkan perasaan terlalu pasti. selalukan "segalanya ini sekadar usahaku, ya الله. moga kau sudi".
.
dan insyaAllah. perlahan2 kau akan lebih terbuka dgn kekurangan manusia terutama yg mencuba. lebih sabar dgn kelambatan mereka. lebih redha dgn kebeluman semua.
.
sbb apa?
.
"ah. aku nak cakap org--
aku sendiri belum tentu"

motivation islamic
jangan yakin terlalu

p/s: Semoga kita beroleh rahmat dan redha-Nya Amin :)
May 30, 2017

Save Me From Myself - Harris J

Kenal tak siapa Harris J? Alaaa yang popular dengan lagu Salam Alaikum tu + penyanyi yang dikatakan ala ala Justin Bieber. why Justin Bieber? sebab suara Harris J yang best & pemakaian seperti JustinBieber.

Baru-baru ni, Harris J ada muncul dengan Single terbaru 2017 iaitu lagu Save Me From Myself. As expected, memang best lagu ni! Petikan gitar pada mula-mula lagu ni best. Lirik dia pun best. Dekat dengan hati sebab bait-bait lirik lagu tu saya boleh rasa. Boleh rasa kesusahan dan kepayahan menahan diri dari melakukan perkara tidak baik.

And, one more thing lagu ni lain sikit berbanding lagu-lagu Harris J sebelum ni. Lagu ni nampak kematangan dalam diri dia. Plus, suara dia! Suara dia dah matang berbanding dengan suara dia dulu time release album Salam. Dah baligh la kot kan haha. Suara lebih macho gituww~

Okay jom layan lagu baru Harris J ni!


Save Me From Myself - Harris J


Save Me From Myself - Harris J
Save Me From Myself - Harris J, image:Youtube

Lirik Save Me From Myself - Harris J


I want it all
I want it now
Forget about the consequences

I know that it's bad, it's better to wait
But sometimes I can be selfish
And the only sound I hear is right now
And all my patience gets locked out

I know that it's wrong
And I want to change
I need You here with me

Allah, Allah, Allah
Save me from myself
Allah, Allah, Allah
Lord i need Your help
Allah, Allah, Allah
Save me from myself
Allah, Allah, Allah

harris j 2017
Save Me From Myself - Harris J
Big lights pull me in every time
And it's so hard to break a pattern
But I see it clear, what's deep inside
Is the only thing that really matters

So tell me how, how to turn it around
before my senses hit the ground
'coz I know that's it's wrong
And I want to change
I need You here with me

Allah, Allah, Allah
Save me from myself
Allah, Allah, Allah
Lord I need Your help
Allah, Allah, Allah
Save me from myself
Allah, Allah, Allah

Save me from myself
'coz I tripped and fell
and there is nothing, nothing
that I won't do

Oh, save me from myself
'coz I need Your help
and now I'm running, running
back to You

Allah, Allah, Allah
Save me from myself
Allah, Allah, Allah
Lord I need Your help
Allah, Allah, Allah
Save me from myself
Allah, Allah, Allah
Save me from myself

Official lyric Video Save Me From Myself - Harris J




Lagu ni seolah-olah menceritakan keadaan diri dia sendiri. Dan juga kita-- manusia.

Kita nak buat sesuatu. Kita tahu benda tu tak baik untuk kita lakukan. Kita tahu benda tu jahat. So, kita nak elak daripada buat benda tu & tahan diri untuk tidak buat benda tu dengan minta pertolongan Allah.

Thats why dalam lagu ni Harris J ulang banyak kali word "Allah, save me from myself".
Sebab apa? Sebab musuh yang paling susah untuk kita tewaskan adalah nafsu kita sendiri. 

So, we must always ask Allah to save us from ourselves. Because ourselves are the most dangerous enemy to us.

save me from myself song
Save Me From Myself - Harris J

Saturday, May 27, 2017

May 27, 2017

Resepi vs Resipi : mana satu ejaan yang betul?

Dulu tak pernah tahu pun ada dua ejaan berbeza iaitu Resepi dan Resipi. Sebab dari dulu guna word resepi.

Tapi sejak haritu saya ada jumpa orang tulis resipi. So, confuse pula..

Resepi vs Resipi : mana satu ejaan yang betul?


Bila translate dua-dua word tu ke english, dua-dua jadi recipe. 

Resepi vs Resipi : mana satu ejaan yang betul?
Resepi vs Resipi : mana satu ejaan yang betul?

Resepi vs Resipi : mana satu ejaan yang betul?
Resepi vs Resipi : mana satu ejaan yang betul?

Tapi macam resipi je kan lagi tepat sebab ada tanda right kat tepi haha.

Korang rasa which one yang paling tepat ye? Atau boleh je guna dua-dua. Tak kisah mana satu?
May 27, 2017

done bayar zakat fitrah! (Negeri Sembilan)

Pagi tadi pergi Seremban Prima mall, shopping baju raya. Maklumlah ada orang nak belanja haha. Lepastu, terjumpa pula satu kaunter ni berdekatan dengan escalator, namanya kaunter Fitrah. Sebenarnya saya lupa langsung tentang zakat fitrah hahaha. Yela sebab baru 1st Ramadhan kan (ceh cover). Tapi alang-alang dah terjumpa kaunter ni, terus la bayar zakat fitrah terus.

kaunter fitrah
Kaunter Fitrah - tunaikan zakat fitrah

zakat fitrah seremban prima
Kaunter Zakat Fitrah di Seremban Prima


done bayar zakat fitrah!


Bayaran zakat fitrah di Negeri Sembilan adalah yang paling murah haha iaitu RM6.50, bersamaan 2.751 kg beras. Ni first time tau saya bayar sendiri zakat fitrah. Excited woh! hehhe. Sebab biasanya sebelum-sebelum ni, abang/kakak saya yang wakil bayarkan zakat fitrah bagi diri saya & umi abi. Tapi kali ni, memandangkan saya dah kerja dari rumah dan boleh jana duit pendapatan sendiri, so saya bayar la sendiri. Sedar-sedar diri sikit. Haahhaha.

Daripada Ibnu Umar (r.a.) berkata: "Rasulullah S.A.W. telah memfardhukan zakat fitrah satu gatang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum ke atas hamba dan orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa daripada kaum muslimin dan diperintahkan untuk menunaikannya sebelum keluar untuk menunaikan sembahyang (raya)" [Riwayat Bukhari-Muslim]


Lafaz Akad Zakat Fitrah


Bismillahirrahmanirrahim...

DIRI SENDIRI
"Inilah nilai harga beras fitrah yang wajib atas diri saya pada tahun ini kerana Allah Ta'ala"

DIRI DAN TANGGUNGAN
"Inilah nilai harga beras fitrah yang wajib atas diri saya dna tanggungan saya pada tahun ini kerana Allah Ta'ala"

WAKIL
"Inilah nilai harga beras fitrah yang wajib atas (nama penuh si pewakil) dan tanggungan yang mewakilkan saya pada tahun ini kerana Allah Ta'ala"

lafaz akad zakat fitrah
Lafaz Akad Zakat Fitrah

resit zakat fitrah
Resit Zakat Fitrah

Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Bagi Tahun 2017/1438H di Malaysia

Sabah RM7.00
Melaka RM6.70
Perak RM7.00
Kedah RM7.00
Pahang RM7.00
Johor RM7.00
Penang RM7.00
N.Sembilan RM6.50
Perlis RM7.00
Wilayah Persekutuan RM7.00
Sarawak RM7.00
Terengganu RM7.00
Kelantan RM7.00
Selangor RM7.00

kadar zakat fitrah
kadar zakat fitrah mengikut Negeri pada tahun 2017/1438H
Zakat fitrah ni bila-bila boleh bayar dalam bulan Ramadhan. Yang penting, kena jelaskan sebelum sembahyang raya. Pagi 1 Syawal pun boleh lagi nak bayar. Tapi kang takut jammed, kelam kabut ke, haaa naya tak sempat nak bayar. 

So, don't forget to bayar zakat fitrah kay! :)

Baca juga: Jenis-jenis Zakat

Friday, May 26, 2017

May 26, 2017

Niat Puasa Sehari & Sebulan

Tadi kat berita TV3, penyimpan mohor besar Raja-Raja, Dato' Sri Syed Danial Syed Ahmad mengisytiharkan first day puasa jatuh pada hari Sabtu esok, 1 Ramadan 1438H bersamaan 27 Mei 2017. Haaa apalagi, boleh la niat puasa sekarang hihi. Nak niat puasa sehari boleh, sebulan sekaligus pun boleh. Saya biasa kalau niat puasa ni, saya nyanyi lagu Raihan je. "nawaituu sauma ghadin.....". Rentak muzik dia buat kita senang nak hafal heee.

Niat Puasa Sehari & Sebulan
jom niat puasa! esok dah puasa :)

Niat Puasa Sehari & Sebulan

Niat Puasa Sehari & Sebulan


Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Terjemahan: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Terjemahan: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

niat puasa
Niat Puasa Sehari

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:


Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Terjemahan: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

niat puasa sebulan
Niat puasa sebulan Ramadhan
Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.


Waktu Niat Puasa

Waktu berniat puasa bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa kerana kita sahur bangun untuk apa? Mestilah untuk berpuasa kan? Haaa tu dah dikira niat lah tu. Tapi yelaa kan kot-kot terlajak tidur, tak dapat nak sahur. Tu pentingnya niat puasa pada malam hari tu:)

Selamat berpuasa semua esok! kalau tak ada idea nak masak sahur apa, meh baca sini: 30 Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur.

Okay adios~! Wassalam.

Contact/whatsapp 0172008642 (sayidah) untuk order :)