BANTUAN KHAS KEWANGAN KERAJAAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017 - sayidahnapisahdotcom BANTUAN KHAS KEWANGAN KERAJAAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017
LightBlog

BANTUAN KHAS KEWANGAN KERAJAAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Haritu viral tentang bantuan khas kewangan a.k.a pembawayan bonus raya Aidilfitri oleh pihak Kerajaan. Ada yang kata penjawat awam (kakitangan awam) dapat bonus bantuan khas raya sebanyak RM850 manakala RM550 kepada pesara kerajaan & segala pembayaran akan dikreditkan ke akaun penjawat awam mulai 13 Jun 2017. Itu lah yang digembar gemburkan di whatsapp. Tapi kebenarannya? Entah lah saya tak tahu. Sumber pun tarak, baik tak perlu cakap lebat & share kan hahaha. Then tadi yeayyyy! Berbekalkan dari sumber yang sahih lagi benar lagi nyata, daripada Kementerian Kewangan Malaysia sendiri menyatakan kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sempena Hari Raya Aidilfitri 2017.


BANTUAN KHAS KEWANGAN RM500 PENJAWAT AWAM & RM250 PESARA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017


BANTUAN KHAS KEWANGAN OLEH KERAJAAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017
BANTUAN KHAS KEWANGAN OLEH KERAJAAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017 -gambar sekadar hiasan (credit image: www.utusan.com.my)

SIARAN MEDIA: BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017


BANTUAN KHAS KEWANGAN KERAJAAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017
BANTUAN KHAS KEWANGAN KERAJAAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.

Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Kementerian Kewangan
Putrajaya
2 Jun 2017


bantuan khas kewangan raya 2017
BANTUAN KHAS KEWANGAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017
Tahniahhh pada yang dapat! Kita tak dapat sobsobsob. Hehehe takpeee, rejeki penjawat awam kerajaan dan pesara kerajaan dapat bantuan kewangan. You all deserve it! 

Selamat berbelanja ! Daaa~ wassalam :)

Post a Comment

2 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p