baru mengerti maksud "marah tandanya risau"

by - June 15, 2017
Biasanya orang kata marah tanda sayang. Ataupun marah tanda memang tengah marah hahaha. Tapi pernah tak dengar marah tandanya risau a.k.a bimbang? Marah tandanya risau tu probably most of the parents merasainya.

Skrip/ayat cliche (tapi memang berlaku) contohnya : "ayah/mak marah ni bukan sebab apa. Sebab ayah/mak risau lah ayah/mak marah."


baru mengerti maksud "marah tandanya risau"


marah tandanya risau
baru mengerti maksud "marah tandanya risau" [gambar sekadar hiasan]
Sebelum ni takdelah saya tak faham dengan jenis marah tersebut. Tapi pada suatu hari tu baru saya mengalaminya --

Anak buah laki, umur 5 tahun, seronok main basikal di laman basikal. Saya pun main basikal juga so kekadang syok kayuh tak dan nak pantau. Sebab kat situ pusing-pusing jumpa juga, so tak ada lah nak risau sangat.

Tak lama kemudian, saya nampak dia tengah heret basikal di tepi jalan. Aik. Saya pelik kenapa pula dia heret je tu, tak tunggang?

Saya pun pergi kat dia. Tak sempat nak tanya kenapa pergi heret sahaja basikal tu, saya tengok tepi mata bengkak benjol, muka ada darah sikit, kat siku luka berdarah, lutut pun luka. Ohmaiii. Adehhhhh rasa nak teriak je masa tu sebab terkejut + kesian + sedih + turut rasa sakit sama.

Tapi saya tengok dia cool je haha.

Bila saya tanya dia "iman hazimm! kenapa ni?"

Dia kata dia jatuh kat sana sambil tuding jari ke arah 'sana'. Bila diasak banyak kali, rupanya dia cerita dia jatuh masa turun bukit time tunggang basikal. Saya pun marah dia dah kenapa pergi bahagian bukit sana grrrrrrr. Bahagian bukit tu hanya untuk orang dewasa sahaja. Tapi mungkin dia curious nak try jalan lain dan mungkin dia tak tahu pun situ kawasan bukit, dia pun pergi ke arah bukit nun. Tapi nak juga marah sebab saya bayangkan budak 5 tahun turun bukit yang curam tu tanpa pandai nak kawal brek. Allahu. Kecut hati mengingatkan. Nasib baik la tak terbabas ke luar pagar atau terhentak kepala dengan batu apa-apa.

Bila saya tanya dia okay tak.
Dia kata okay.
Bila saya tanya sakit tak.
Dia jawab sakit sikit je.
Tapi saya tengok banyak luka bengkak tu T-T

Then, saya pun ambil alih heret basikal tu sebab dah dia berkeadaan macam tu. tak sanggup nak biar dia heret. Dalam perjalanan menuju ke tempat letak basikal tu, terserempak dengan ayah iman (abang ipar saya). Saya terus report kat ayahnya kata dia terjatuh masa turun bukit. bengkak habis ni. Terus iman dimarahnya sebab pergi main kat bahagian bukit.

Lepas ayahnya marah, maknya (kakyong saya) datang pula. Marah + membebel kat iman hazim. Tapi sambil-sambil marah tu, tangan kakyong sapu tempat darah kat iman dengan kain. Saya tengok muka kakyong susah hati. Tapi tetap membebel. Lepastu, bila iman hazim dah pergi, tinggal kakyong dan saya berjalan sama. Kakyong luahkan kerisauan beliau. Risau dengan luka dan bengkak iman hazim tu, Risau bila fikir iman hazim jatuh sorang-sorang di bukit tanpa orang yang dia kenal tolong.

Dan bertambah risau bila saya beritahu yang saya pun cuak bila turun bukit tu dengan basikal. Sebab memang bukit tu agak curam. Kalau tak ada kawalan yang baik dan tak pandai nak kawal brek, memang laju je turun dan tak mustahil boleh terbabas. Kakyong pun menghela nafas lega iman hazim tak ada kena lebih teruk.

But.. See?

Dengan sebab risau, saya marah iman. Dengan sebab risau, ayahnya marah iman. Dengan sebab risau, kakyong marah iman. Bukan sebab marah tapi sebab risau.

baru mengerti maksud "marah tandanya risau"

So, baru lah faham.. dan imbas kembali. ada waktu den kecil-kecil dulu. saya lambat balik rumah dari sekolah. Tapi lambat bukan sebab apa pun, sebab ada hal kat sekolah. Sekaliii saya sampai rumah je saya kena marah dengan umi. Masa tu saya rasa sedih sangat sebab kena marah. Yelah kenapa nak marah? bukan saya buat apa pun kat sekolah. Lambat sebab hal pelajaran.

Tapi itulah pemikiran budak-budak kan. Sekarang ni baru saya faham. Umi marah tu bukan sebab saya balik lambat pun. Malah, mesti umi lega nampak saya balik dengan selamatnya. Cuma umi marah sebab umi risau. Risau jadi apa-apa yang buruk kat saya, fikir perkara yang bukan-bukan yang mungkin terjadi pada saya sepanjang saat dan minit saya lambat tu. Haihhh sian umi :(

So, conclusionnya..  marah tandanya risau. Risau tandanya caring :)

Daaa~ wassalam!

You May Also Like

2 comments

  1. Betul juga ye. Nasib baiklah Syafi jenis duduk rumah main comp gameaaje,kurang lah risau mama haha.. ni kak Adda dtg lapor diri ye

    ReplyDelete
  2. Jarang parents nk marah sbb tak sayang..itulah kasih sayang mak ayah kita

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p