Batalkah Puasa Telan Kahak atau Hingus? - sayidahnapisahdotcom Batalkah Puasa Telan Kahak atau Hingus?
LightBlog

Batalkah Puasa Telan Kahak atau Hingus?

Antara benda paling ditakuti oleh orang yang selesema ketika berpuasa adalah tertelan lendir hingus & orang yang batuk pula adalah tertelan kahak masuk ke tekak. Takut la kan. Takut terbatal haha. Sebab kita telan something kan, terasa di tekak. Itu yang kita fikir secara logiknya dan hanya sangkaan lah. Tapi sebenarnya? Batalkah puasa telan kahak atau hingus? Apakah hukum semasa ber puasa telan kahak atau hingus secara tak sengaja? Lets find out the answer from Ustaz Azhar Idrus!

Batalkah Puasa Telan Kahak atau Hingus?
Batalkah Puasa Telan Kahak atau Hingus? (creditimage: thecollegecrush.com)


Batalkah Puasa Telan Kahak?


Soalan: Apakah hukum kita menelan kahak sewaktu berpuasa? Telan kahak.. batal tak puasa?

Jawapan: 
Ramai orang tanya.. kahak ni yang orang duk krok krok tu, duduk dalam mulut. Kita telan, batal tak puasa? Tak. Dia hukum air liur.

Tetapi bila dia (kahak) duduk dalam perut > kita bawak keluar dari mulut > telan balik.. hukumnya menelan makanan. Itu sahaja kata ulama feqah.

Apa yang ada dalam mulut, kita telan.. tak batal.
Kes yang daripada luar, kita telan.. batal.

Dia lain dengan air liur. Air liur duk dalam perut, keluar kemudian telan balik.. tak batal. Keluar, telan balik tak batal. Keluar, telan balik tak batal. Walaupun berulang-ulang kali, 800 kali.

Kahak ..dia lain. Kita bawak dia keluar (dari mulut), telan balik batal. Duduk dalam mulut je tak batal. 

Kahak duduk dalam mulut, kalau kita telan, tak batal. Tapi kahak duduk dalam dada > kita bawak keluar > masuk dalam mulut telan balik.. hukumnya batal.

Penjelasan penuh:



Apakah Hukum Menelan Hingus Ketika Solat dan Berpuasa?

Batalkah Puasa Telan Kahak atau Hingus?
Batalkah Puasa Telan Kahak atau Hingus? (creditimage: northcoasttimesja.com)
SOALAN : Assalamualaikum. Saya berpuasa dan sedang solat. Dan ketika solat, saya menangis teresak-esak sehingga berhingus hidung. Apakah hukum saya menelan hingus tersebut kerana risau hingus saya akan meleleh ke atas telekung dan sejadah. Adakah batal puasa saya?



JAWAPAN :

Jadi dia berpuasa dan sembahyang. Bila sembahyang, sedih sangat keluar hingus. Haa, Yang kita pelik, air mata takdak, hingus saje. Hehe. Sebab dia takut kalau tak telan kata dia, dia takut kena sejadah dan telekung. Ni jelas orang perempuan. Muslimat la ni. Satu kaum yang setiasa berhingus. Hehe. 

Yang pertama sekali, kita kena tahu dulu, apakah perkara yang membatalkan puasa dan apakah perkara yang membatalkan solat ? Dan lepas kita faham hat(tentang) tu, tak timbul dah persoalan ni. 



Yang membatalkan solat ialah di antaranya pakaian kita kena najis. Hingus kita najis ke tak? Hingus kita tak najis. Najis-najis ni seperti darah, nanah kemudian najis yang keluar dari kemaluan depan belakang. Maka, hingus, air mata semua tidak najis belaka. Dalam kitab Arab, dia sebut mustakzarah-benda yang bila orang tengok, eeeiii..eeiiii! Orang Arab panggil mustakzarah.. Eeiii eiii. Tapi tak najis.  Walaupun banyak, sehelai jubah iman tu penuh dengan hingus, takdak masalah. Jadi, bila hingus kena kat telekung, baju ketika solat tiada masalah. Tapi makruh bila.. Sebelum sembahyang, baju kita suci, dia pun ambil hingus dan letak sikit di baju, baru takbir.. Hukumnya makruh-tidak rosak sembahyang kita. 


Yang kedua pulak, telan. Bila telan.. maksudnya benda yang di luar masuk balik - BATAL PUASA. Dia benda yang dalam tekak kita, kita telan maka TIDAK BATAL PUASA. Benda dalam mulut kita-sama ada air liur ataupun hingus, kita tarik balik .. TIDAK BATAL PUASA. Tapi kalau kita ludah air liur lepastu minum balik, BATAL PUASA. 

Hat dalam mulut tak batal melainkan benda yang daripada luar. Sama ada daripada luar itu air liur itu sendiri atau benda asing contohnya nasi dan sebagainya.


perkara membatalkan solat
perkara yang membatalkan solat

perkara membatalkan puasa
perkara yang membatalkan puasa

Post a Comment

2 Comments

  1. Thank you thank you for this entry! Menjelaskan apa yang tidak jelas =)

    Salam Ramadhan dan Salam Perkenalan juga. Siqah jumpa blog awak daripada blog Amer =)

    ReplyDelete
  2. kena sekali dgn keadaan sy tgh runny nose T___T
    thank youuuu.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p