Hukum Tidur/Melunjurkan Kaki Menghadap Qiblat.

by - June 21, 2017
Ada yang mengatakan kaki tidak boleh mengadap kiblat, ada yang kata boleh. Sehinggakan ramai orang yang keliru dan connfuse boleh ke tak sebenarnya melunjurkan kaki ke arah qiblat atau bolehkah tidur kaki mengarah ke qiblat? Apakah hukum yang sebenarnya mengikut para ustaz, ulama dan Fatwa?


Hukum Tidur/Melunjurkan Kaki Menghadap Qiblat.


Hukum Tidur/Melunjurkan Kaki Menghadap Qiblat.
Hukum Tidur/Melunjurkan Kaki Menghadap Qiblat. [gambar sekadar hiasan]

Soalan: Bolehkah kita tidur menghadap qiblat?

Jawapan (Ustaz Azhar Idrus):
SUNAT tidur menghadap kiblat. Kita yang tak faham, pergi larang "hoii apa tidur kaki ngadap kiblat?". Haaa tak mengaji (belajar) la tu.

Kalau orang yang sakit, sunat duduk kaki menghadap qiblat. Kalau kita tak mampu bubuh macam orang yang dalam liang (liang kubur) (dada menghadap qiblat), tertib (cara) kedua adalah kaki memghadap qiblat.

Hat yang tak mengaji (belajar) ni kata haram kaki mengadap kiblat. Tak ada nas (yang mengatakan haram ngadap kiblat).

Nas hanya larang berak, kencing menghadap qiblat atau membelakangkan qiblat. Tidur takde masalah. Yang tak boleh, kaki menghadap Quran dan Quran itu dekat dengan kaki. Hat tu haram.

Tengok kalau kita tak boleh sembahyang berdiri, sembahyang duduk. Tak boleh sembahyang duduk tahiyat, luruskan kaki mengadap kiblat.


Hukum Tidur/Melunjurkan Kaki Menghadap Qiblat.

Apakah Hukum Menghadapkan Kaki Ke Arah Qiblat di Masjid dan Bolehkah Makan & Tidur di Masjid?


Dari Fatwa Syeikh Muhammad Bin Sholih Al-Utsaimin Rohimahulloh, beliau pernah ditanya: 
bagaimana hukumnya orang yang meletakkan kedua kakinya dan menghadapkannya ke arah kiblat di dalam masjid? Kemudian bertanya (pertanyaan) kedua.. apakah hukumnya makan dan minum di masjid?

Maka beliau Rohimahulloh memberikan jawapan:

1. Tidak bersalah seorang muslim membentangkan kedua kakinya atau satu kakinya menghadap kiblat atau ke arah kiblat, baik di dalam masjid atau tempat yang lain.
2. Dan tidak bersalah dia makan dan tidur di dalam masjid apabila dia memerlukan hal itu. Dan maka bagi dia untuk menjaga kebersihan masjid. Dan apabila dia mimpi (mimpi basah) jika dia tidur di dalam masjid, maka hendaklah dia bersegara keluar dari masjid ketika dia terbangun untuk mandi janabah.

[Sumber Video]


Haa terjawab sudaaa persoalan atau kemusykilan sebelum ni. Terus terang sebenarnya sebelum ni saya ingatkan tak boleh tau tidur menghadap ke kiblat. So, saya selalu elak tidur daripada kaki menghala ke arah kiblat hahaha. So, bila tahu fakta atas ni baru lah ooooo tak payah takut dah la lepas ni nak lunjur kaki atau tidur ngadap kiblat hehehe.

Okay daaa~ semoga bermanfaat. Wassalam :)

You May Also Like

5 comments

  1. Thanks for the info KC... Sama la, kak efa pun sebelum ni ingat tak boleh tidur menghadap kiblat... 😊

    ReplyDelete
  2. tq KC for this info. bagus sangat

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian. kebetulan arah katil lebih kurang ke arah kiblat.

    helloaiman

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p