kisah benar bekas pesakit kanser Ovari Tahap 4 - sayidahnapisahdotcom kisah benar bekas pesakit kanser Ovari Tahap 4
LightBlog

kisah benar bekas pesakit kanser Ovari Tahap 4

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera~! Semalam kakngah saya ada tag saya pada satu status facebook ni. Status seorang bekas pesakit kanser ovari tahap 4, Suzana Othman. Setiap bait perkataan yang beliau kongsikan memang masuk dalam otak dan hati saya. saya hadamkan betul-betul dan ambil pengajaran dari pengalaman berguna bekas pesakit kanser Ovari tahap 4 ini.


kisah benar bekas pesakit kanser Ovari Tahap 4


kisah benar bekas pesakit kanser Ovari Tahap 4
kisah benar bekas pesakit kanser Ovari Tahap 4 [gambar sekadar hiasan]
copypaste dari status beliau:


Ketika mula2 disahkan menghidap kanser, kita jadi pelik dan hairan. Masa tu umur baru 24tahun xkan dah kena kanser? Selalu dengar org tua2 je yg kena tp kita masih muda, org yg lagi tua pun sihat walafiat kita yg muda ni mcm2 penyakit bersarang dalam badan.

Mungkin faham persoalan yg bermain di fikiran kita, prof terus terangkan punca2 kita menghidap kanser. Pertama dan paling utama faktor pemakanan. Dia tebak satu soalan yg sememangnya dia sendiri dah tau jawapan.
"You suka makan ayam kan?"

Kita cuma angguk perlahan, air mata masih bersisa lepas baru je disahkan menghidap kanser. Masih seakan xpercaya xkan la kerana ayam aku kena penyakit kronik macamni? Bisik kita dalam hati. Sepatah perkataan pun xmampu diluahkan.

"You xde exercise, oksigen dlm badan you kurang. Makan xjaga, banyak makan fast food. You xcukup tidur dan rehat selalu berjaga malam. Banyak menghadap laptop n handphone. Xde makan sayur n buah. Bila imun you drop, kanser terus attack."

Panjang lebar prof terangkan. Kenapa perempuan senang kena kanser, kenapa itu kenapa ini lama2 telinga kita dah xmampu mendengar, otak kita xmampu memproses maklumat cuma satu je terlintas kat fikiran, "inikah kesudahan hidup aku?"

Betul semua kata prof xada satu pun yg xbetul. Betul kita mmg suka makan ayam, betul kita langsung xbersenam, betul kita byk hadap phone n laptop siang malam pagi petang, betul kita byk makan fast food, kfc, mcd, pizza mahupun meggi. Dah namapun student, mana ada makan makanan berkhasiat. Mana ada tidur yg cukup, mana ada masa beriadah. Masa tu struggle study, paperwork, assignment, exam, yg penting tiap2 sem nk dapat dekan.

Sejujurnya dalam keluarga dan keturunan kita belum pernah ada sejarah menghidap kanser. Kitalah yg mengubah sejarah itu. Susahnya hati nk sampaikan berita kat ibu dan abah yg anaknya ini menghidap kanser. Bimbang org tua itu luluh hatinya, kita mintak suami rahsiakan dari pengetahuan keluarga kita. Tp suami kata ini soal hidup dan mati, dia bertanggungjawab ke atas kita dan dia xmahu menghancurkan hati org tua bila ape2 terjadi pada kita.

Suami tekad mahu kita buat rawatan B17 dan minta restu org tua kita terlebih dulu sebelum kita mulakan rawatan. Ibu dan abah hanya redha dan pasrah. Setiap hari ibu mengalir air mata mengenangkan anaknya nan sorang ini. Kita sendiri secara peribadi xmahu dibawa ke hospital, kita xsanggup jalani pembedahan dan kemoterapi. Dalam masa yg sama kita xtahu sejauh mana rawatan B17 itu berkesan sbb kita xpernah dengar lagi ada rawatan yg sebegitu utk merawat kanser.
Pernah juga hati ragu, pernah juga rasa bimbang betul ke rawatan ni berkesan? Terpedaya dgn gambar buah2an kt botol ubat, ingatkan rasa ubat tu mcm buah2an rupanya, Tuhan je la yg tau.

Jgn ingat "oh senang la makan ubat je dah boleh sihat." Tidak sayang, ubatnya sgt seksa utk ditelan. Sehari lebih 80biji pil kena makan, dan berbelas2 ubat cecair dihidang. Dengan terpaksa mengikut diet yg ketat, cuma boleh makan sayur, buah dan nasi adakah itu mudah?

Mudah bagi org yg pandang, xmudah bagi org yg menghadap.

Berpuluh2 kali melawat bilik air sehari, muntah,berak tanpa henti hingga kaki longlai utk melangkah. Setiap kali ingin ke bilik air, suami akan papah hinggalah suami kata "pakailah lampin kalau xmampu ke bilik air, nanti abang cuci najis syg." Allah... Tumpah air mata kesekian kalinya. Sepatutnya saat itu, isteri ini yg jaga makan pakai suami. Tetapi sebaliknya isteri yg baru dinikahi ini belum2 lagi menjadi bebanan di bahu suaminya.

Walau kisah ini telah diulang berkali2, tp setiap kali itu air mata belum pernah kering utk mengalir bila terkenang saat2 getir ketika melawan kanser. Bukan mudah.. Bukan mudah..
Tetapi sering disalah erti oleh org yg xmahu mengerti.

Bukan pengertianmu yg aku tuntut kerna aku tahu kau xkan mengerti selagi kau tak mengalaminya. Kawan, mintalah kepada Tuhan agar usiamu panjang dan kesihatanmu sentiasa terpelihara kerana sekali kau jatuh sakit hingga mengancam nyawa, dunia ini dan segala isinya tidak lagi bermakna.

#SuzanaOthman
#BekasPesakitKanserOvariTahap4
#KisahKanser7tahunLepas
#TerapiKanserB17

kisah benar bekas pesakit kanser Ovari Tahap 4

Kesusahan, kepayahan, jerih perih, kesakitan, seksa melawan kanser beliau takkan pernah kita mengerti sebenarnya, betul tak? Tetapi kita mesti boleh mengerti maksud ayat paling akhir beliau - "sekali kau jatuh sakit hingga mengancam nyawa, dunia ini dan segala isinya tidak lagi bermakna". Ianya memberi mesej & pujukan lembut untuk kita berusaha dan berdoa supaya tidak dihidapi penyakit mengancam nyawa tersebut. Jangan sampai nanti sudah terhantuk baru terngadah. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur.

:)

Post a Comment

5 Comments

  1. teringat kat arwah Shea rasol dan Julia Perez artis indonesia yang meninggal sebab kanser juga :( .

    betul tu..kanser tk mengenal umur..

    ReplyDelete
  2. Allahurabbi == rasa takut juga saya juga merupakan salah seorang student yang susah nak dapatkan makanan berkhasiat... bole kata setiap hari ayam la menu utama ==

    ReplyDelete
  3. moga dijauhkan dari penyakit kanser...

    ReplyDelete
  4. Saya baca sampai habis..

    Sangat kasihan

    ReplyDelete
  5. faham... ahli keluarga terdekat akak jugak menghidap kanser.. bila dah tengok akhirnya kita faham..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p