Luis Fonsi - Despacito [Malay Version 2017] MAN (incognito) VS WOMEN (ku keliru)

by - June 03, 2017
Malam kelmarin belek belek YouTube, terjumpa laa satu video menarik ni : Luis Fonsi - Despacito (Malay Version - Incognito) 2017. Sebab apa menarik? First, sebab lagu Despacito (seperti yang kita tahu adalah lagu Sepanyol + English) telah diubah fully menjadi versi Malay. Kedua, lirik pun sekali diubahnya 100%. Lirik tentang putus cinta haha. Ketiga, views video tersebut hampir mencecah 1.5 juta. Kalah views video cover Despacito Sam Tsui hahaha. Hebat kan? Dan memang best pun weh lagu Luis Fonsi - Despacito Malay version ni!

Dan bertambah bestnya lagi, selepas layan video Incognito, saya jumpa lagi satu video yang menjadi top trending iaitu : Luis Fonsi - Despacito (Malay Female Version) 2017. Perempuan buat juga! Video tu untuk balas lagu Incognito! Hahahaha. Kira macam battle pula. MAN VS WOMEN. Guy vs girl.

Luis Fonsi - Despacito [Malay Version 2017] MAN (incognito) VS WOMEN (ku keliru)
Luis Fonsi - Despacito [Malay Version 2017] MAN (incognito) VS WOMEN (ku keliru)
Siapa menang? Ehem, jom layan dulu..

Lirik Luis Fonsi - Despacito (Malay Version - Incognito) 2017





Pergi...
Sekiranya kau tak mahu diri ini
Jangan kau lukakan ku lagi

Benci.

Cukuplah kah lafazkan ia sekali
Kau putuskan usah kembali

Oh...Ku..
Tidak lagi mengharapkan kasihmu
Ramai lagi yang akan menunggu ku
Yang akan rugi bukan aku tapi kamu

Oh yeah.. Ya..
Teman-temanku katakan ni normal
Semakin dilayankan aku akan lemas
Hanya tunggu masa untuk hatiku tertutup

Chorus:
Inkognito...
Untuk memerhati perlu inkognito
Ku bukan lelaki jenis desperado
Kalau kau tak sudi just go back to zero
Inkognito...
Had kelajuan cintaku alegreto
Dalam fikiran ku kau hanya bonito
Tiap sindiran adalah manuscripto

Hati dan perasaan aku bukan mainan,
Suka suka kau remukkan
Ambil bila diperlukan

Hati dan perasaan aku bukan pinjaman
Senang saja kau robekkan
Kini minta dikembalikan

Rap:
Segalanya sudahku sediakan
Dengan sepenuh harapan.
Dan serba satu hantaran.
Rombongan aku hantarkan
Dua puluh empat purnama tempoh ikatan
Dua purnama pun kau tidak mampu kuotakan
Tapi bekas kasih engkau yang kamu dambakan
Get up get up getaway
Hasutan playboy kau mahukan
Sehingga termakan dan tewas di persimpangan
Di manakah setia yang telah engkau janjikan?

Berkesah berkeluh,
Kau kata kau jenuh,
Mahu kebebasan,
Tak pernah tak penuh,
Dan aku turutkan,
Dengan kerelaan,
Sehingga kau sanggup untuk ambil kesempatan

Berkesah berkeluh,
Kau kata kau jenuh,
Mahu kebebasan,
Tak pernah tak penuh,
Dan aku turutkan,
Dengan kerelaan,
Sehingga aku pun sanggup engkau menduakan
Sayang..

Chorus

Inkognito..
Untuk memerhati perlu inkognito
Ku bukan lelaki jenis desperado
Kalau kau tak sudi just go back to zero

Berkesah berkeluh,
Kau kata kau jenuh,
Mahu kebebasan,
Tak pernah tak penuh,
Suka suka kau remukkan
Ambil bila diperlukan

Berkesah berkeluh,
Kau kata kau jenuh,
Mahu kebebasan,
Tak pernah tak penuh,
Senang saja kau robekkan
Kini minta dikembalikan
Inkognito...


Lirik Luis Fonsi - Despacito (Malay Version - Female) 2017



Pergi...
Siapa yang katakan aku tak sudi
Jangan cuba kau bohong lagi

Benci...
Tidak pernahku lafaz walau sekali
Dengar penjelasanku ini

Oh..Ku...
Pasti mengharapkan lebih darimu
Kenali amanah dalam hidupmu
Salahkah ku pilih yang terbaik untukku

Oh...Ya...
Sengaja caraku putus tidak formal
Selepas ini mungkin akan lebih jelas
Apa yang membuat hatiku tertutup

Chorus:
Ku keliru..
Jujur aku katakan aku keliru
Sejak pertama kali kita bertemu
Ku fikir ku tahh apa yang ku mahu
Ku keliru...
Buat keputusan yang terburu-buru
Terima lamaran tanpa fikir dulu
Sememangnya ada niat untuk beritahu

Jodoh dan pertemuan ini bukan mainan
Bukan senang untuk putuskan
Semua demi kebaikan

Jodoh dan pertemuan ini Tuhan tentukan
Segalanya suratan
Dia yang menjadi pilihan

Rap:
Pada awalnya engkau pilihan,
Untuk teman kehidupan,
Untuk bina masa depan,
Untuk hari kemudian,
Tapi bagaimana engkau ingin mengimamkan,
Kalau satu fardhu pun tak pernah kau kerjakan
Tapi bekas kasih aku buat perubahan
Got up get up walkaway
Dari segala yang diharamkan
Sehingga dekatkan dirinya kepada Tuhan
Itu lah ciri ciri pasangan yang ku idamkan

Berkesah berkeluh,
Bila tiba Subuh
Zohor ke Asar
Saja kau biarkan
Dan aku doakan
Kau temu keinsafan
Agar satu hari berlakunya perubahan

Berkesah berkeluh,
Bila tiba Subuh
Maghrib ke Isyak
Saja kau tinggalkan
Dan aku doakan
Kau temu keinsafan
Namun sudah cukup aku beri kesempatan
Sayang...

Chorus

Ku keliru
jujur aku katakan aku keliru
Sejak pertama kali kita bertemu
Ku fikir ku tahh apa yang ku mahu

oh.....
berkesah berkeluh
bila tiba Subuh
Zohor ke Asar
Saja kau biarkan
Bukan senang untuk putuskan
Semua demi kebaikkan

Berkesah berkeluh
Bila tiba Subuh
Maghrib ke Isyak
saja kau tinggalkan
Segalanya suratan
Dia yang menjadi pilihan
Inkognito....

incognito
makna incognito

So, apa maksud incognito actually? The meaning of incognito : unidentified. Macam unknown la. Tidak diketahui identiti dan tak tahu siapakah orangnya. 

Thats why contoh kan.. kalau ada blogger yang nak tengok search entri dia ada atau tidak di first page Google, dia klik New Incognito Window. Untuk mengelakkan Google track akaun Google kita dan tidak memberikan keputusan yang sebenar. Haa pahe dop? Hahaha.

Overall, lagu despacito in malay version ni saya suka sangat sangat. Dah siap download dah lagu tu haha. 

MAN VS WOMEN. Siapa yang menang?

Dua-dua menang! yeayy happy ending haha. 

Kalau dari segi muzik, rentak melodi.. saya suka dua-dua. Sebab dua-dua ada kekuatan muziknya yang tersendiri. Eventhough rentak muzik versi lelaki lebih rancak, tetapi perempuan pun muzik boleh tahan. Siap ada violin and piano, buat meremang bulu roma den ni hahaha.

Dari segi rap, saya lebih suka versi lelaki punya. Sebab lebih laju dan catchy rap nya. Saya siap dah hafal dah rap nya haha!

Dari segi lirik la mungkin yang perempuan menang. Sebab lebih deeppp gitu kekeke.

Apa-apa pun, buang yang keruh ambil yang jernih ye #tetibe ahhaha. Okay daaa~! Wassalam :)

You May Also Like

1 comments

  1. Dh tgk gak..dua2 best tapi dari segi lirik, woman win..deep. hehe

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p