tak boleh tolong benda tak boleh ! - sayidahnapisahdotcom tak boleh tolong benda tak boleh !
LightBlog

tak boleh tolong benda tak boleh !

As usual, saya memang suka dengan kata-kata Fynn Jamal, thats why I want to share with all of you. Hari ni Ramadhan hari ke-10, bertajuk - tak boleh tolong benda tak boleh. Apakah yang dimaksudkan dengan tak boleh tolong benda tak boleh ? Jom baca status beliau.


tak boleh tolong benda tak boleh


tak boleh tolong benda tak boleh
tak boleh tolong benda tak boleh (GAMBAR SEKADAR HIASAN)
copypaste dari Page Fynn Jamal:



kalau benda tu memang tak boleh;
kita memang tak boleh tolong.
.
titik.
.
APA pun dia cakap:
"time kau susah aku ada, time aku perlu kau, ini kau buat, ya?"
"plis, sekali ni je."
"tolong weh. kalau tak aku mati. kau nak gitu ke?"
.
tak boleh tetap tak boleh.
.
tolong pick up dadah dia.
tolong jagakan line sementara dia projek dlm rumah kita.
tolong bayarkan dulu arak dia.
tolong donlodkan porn dlm pc kita.
tolong belikan kfc sbb dia tak nak puasa.
.
tak boleh.
.
dan jangan tolong-menolong dlm berbuat dosa dan perlanggaran. dan bertaqwalah kamu kpd الله. sesungguhnya الله maha berat siksanya.
maidah: 2.
.
walau pun aku selalu kata kdg2 kita terpaksa buang kawan2 yg tak selari dgn hijrah kita-- ketahuilah aku juga ada kawan2 yg masih di kegelinciran namun teguh aku jaga hubungan dgnnya.
.
tak semua org lain landasan dgn kita tak suka perubahan kita. mmg ada jenisnya yg akan kata "doakan aku ikut sama".
maka bersama2lah selama mana kita mampu bersama.
.
tak salah pun sebenarnya.
.
dosa2 pilihan mereka adalah antara mereka dgn yg kuasa. selemah2 iman kita yg tak mampu menegur lisan atau fizikal-- dlm hati sahajalah kita tolaknya. diam tidak semestinya menerima.
.
ya. aku ada kawan2 yg gay. ada rakan2 berzina. ada teman2 yg mabuk. tapi syarat aku buat pada mereka adalah:
belakang aku.
aku tak mau tau.
.
kau nak buat APA pun-- kau buat. depan aku-- kita buat yg baik2. tolong aku. sebab aku sendiri tgh struggle nak jadi baik. takut bila tgk kau sedap buat tak elok-- aku nak ikut sbb rasa syok.
.
alhamdulillah syarat diterima.
BUKAN kerana aku kata aku lagi bagus dari dosa2 mereka, tapi kerana aku sendiri tak percaya diri.
.
sbb aku manusia.
.
APA janjinya niqab ini kekal di wajah aku sampai ajal aku? APA janjinya quran aku terus di sisi aku sampai aku kaku?
tak ada.
.
aku--
sebagaimana semua--
berkemungkinan jatuh juga.
.
iblis--
sebelum jatuh--
adalah malaikat dlm syurga.
maka jgn rasa kita lebih bagus dari kawan2 pendosa kita.
.
TAPI!
syaitan yg sudah terlaknat takkan mau terlaknat sendiri.
maka kena jaga2-- takut2 kita mau ditariknya.
.
mohon terus lari.
.
cakap begini:
aku bukan tak kenang budi.
cuma plis.
benda lain aku tolong.
not this.
.
not this.

tak boleh tolong benda tak boleh
tak boleh tolong benda tak boleh - Fynn Jamal
Sama-sama kita ambil manfaat, inshaaAllah :)

Daaa~wassalam.

Post a Comment

1 Comments

  1. Hebat dugaan buat mreka yang berhijrah ni moga diberikan Istiqamah dalam kebaikan buat mereka dan kita semua...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p