July 2017 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Monday, July 31, 2017

July 31, 2017

PROGRAM KHAS PEDULI SISWA

PROGRAM KHAS PEDULI SISWA


PROGRAM KHAS PEDULI SISWA
credit: Google
Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

Syarat Am

i.   Pemohon dan ibu bapa merupakan warganegara Malaysia;
ii.  Pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor; atau
iii. Pemohon telah bermastautin lebih daripada lima (5) tahun di Selangor;
iv. Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Perubatan di Universiti Awam berikut:

a.  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kampus Gombak)
b.  Universiti Kebangsaan Malaysia (Kampus Bangi)
c.  Universiti Putra Malaysia (Kampus Serdang)
d. Universiti Teknologi MARA (Kampus Shah Alam / Puncak Alam / Puncak Perdana)
e.  Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.


KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK SELANGOR


Syarat Akademik

i. Diploma
   - Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
   - Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

ii. Ijazah Sarjana Muda
   - Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau
   - Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
   - Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

iii. Ijazah Perubatan
   - Sedang mengikuti Ijazah Perubatan dan Pembedahan / Pergigian / Veterinar di Universiti Awam yang disenaraikan.

Kadar Pembiayaan

PERINGKAT PENGAJIAN
JUMLAH PEMBIAYAAN SETAHUN PEDULI SISWA
(RM)
Diploma
4,900
Ijazah Sarjana Muda (Pelbagai)
6,500
Ijazah Perubatan
7,000

Tajaan
Tajaan adalah bermula daripada tarikh mula pengajian sehingga tamat pengajian seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran daripada Universiti.

Pengurangan Bayaran Balik
Pembiayaan yang akan diberikan adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah di mana pengurangan bayaran balik akan diberikan mengikut pencapaian CGPA / PNGK akhir pelajar.

PERINGKAT PENGAJIAN
PENCAPAIAN PNGK/CGPA TERAKHIR
PERATUS PENGURANGAN
Diploma / Ijazah Sarjana (semua bidang pengajian)
3.75 – 4.00
100%
3.50 – 3.74
50%
3.20 – 3.49
25%
3.19 dan ke bawah
0%
Ijazah Perubatan
LULUS
100%

Selain daripada CGPA/PNGK, pelajar juga perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
i.   tamat pengajian dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran;
ii.  tidak melanggar mana-mana syarat seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Perjanjian; dan
iii. mengemukakan salinan transkrip rasmi dan sijil senat yang telah disahkan oleh pihak Universiti kepada Urus Setia TKWBNS

PERMOHONAN SESI KEDUA DIBUKA PADA 1-31 OGOS 2017


Untuk pemohon yang baru mendaftar, boleh klik SINI
Untuk pemohon yang telah mendaftar pada sesi-sesi lepas, klik SINI.

Sumber: http://tkwbns.selangor.gov.my/portal/index.php/tentang-kami/program-khas-peduli-siswa

Saturday, July 29, 2017

July 29, 2017

puisi #20 ada yang menjadi peneman

Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.


puisi #20 ada yang menjadi peneman


puisi #20 ada yang menjadi peneman

Saksi Dunia

Saat yang bernyawa berada di 
persimpangan kehidupan
Ada mata yang menjadi saksi keseluruhan perjalanan
Untuk setiap jatuh bangun
Untuk setiap tangis syukur
Ada yang menjadi peneman

Tidak putus memerhati
Malah akrabnya di sisi
Diselangi doa tulus suci

Jangan pernah gentar hidup sendiri
Tuhan ada tidak pernah membiarkan kita 
sunyi
Yakinlah

Segalanya pasti tiada sangsi lagi

Nukilan: @murnijamirun
September 7, 2015


Selamat malam! :)
July 29, 2017

cara mudah halau kumbang dari hidup anda

"Halau kumbang dari hidup anda". Perghhh tragis sungguh ayat tersebut haha. Tapi jangan salah sangka ye. 'Kumbang' yang saya maksudkan di tajuk itu adalah kumbang sebenar. Binatang. Haiwan. Sejenis serangga. Bukan kumbang perumpamaan untuk kaum lelaki tu. Bukan kumbang yang hinggap di taman hati ku acewah. Kalau kumbang a.k.a si lelaki tu jangan dihalau. Kita berkenalan dulu sebelum halau kihkih.

Okay stop merepek Sayidah =.=

Persoalan utama: kenapa nak halau kumbang serangga kecil tersebut?

Takut? Nooo. Saya hanya takut pada serangga yang bernama lipas, lebah, belalang dan apa-apa serangga yang suka buat bunyi lah time dia terbang ke sana ke mari.

Habistu.. whyy? Whaeeyyoo? Kenapa nak halau?


cara mudah halau kumbang dari hidup anda
kumbang suka cahaya // sumber: Google
Kumbang ni kan jenis yang attract pada cahaya. Cahaya lampu. Cahaya handphone. Cahaya laptop. Cahaya dari apa-apa sumber yang menghasilkan tenaga cahaya lah (eh, cahaya termasuk dalam kategori tenaga eh? Okay abaikan hahaha). 

Saya tak takut kumbang tapi bila dia dah menganggu hidup saya yang tenang dan aman di dalam bilik sebelum tidur ketika saya skrol handphone, di dalam gelap... geram tau!

Dia masuk bilik saya sebab kat luar bilik (ruang tamu, dapur) dah tutup lampu. Tinggal lampu bilik saya je yang menyala. Tu dia pakat 'bermalam' dalam bilik saya. Then, bila saya nak tidur, saya off la suis lampu kalimantang. Dan as usual, saya layan buka handphone saya dulu (jangan ikut amalan tidak sihat ini). Sooo, because of hanya handphone saya yang bercahaya.. ada laaaa yang mendatang main terbang-terbang pula kat skrin phone saya.

Kalau takat dia main kat skrin tu je saya boleh maafkan. Tapi dia duk singgah kat muka saya lah.. rambut saya lah.. telinga saya lah.. ini tak boleh jadi! Grrrr. Duk tepis tepis dia datang gak. Nak hempuk dengan buku tak sampai hati sebab dia tak berdosa pun. Cuma dia kacau ketenteraman masa lapang saya. Makanya...


cara mudah halau kumbang dari hidup anda

kumbang
kumbang kecil
Saya tutup phone. Saya pun buka pintu bilik. Pergi buka lampu dapur. Buka luas luas langsir bilik saya. Saya duduk di ruang tamu. Renung bilik saya. Tunggu.

Tak lama kemudian, dalam beberapa minit, nampak si 'dia' terbang keluar dari bilik saya menuju ke dapur. Dengar laa si 'dia' syok terbang kat dapur tu. Dengar bunyi 'dia' berlaga-laga dengan lampu dapur.

Phewww, Alhamdulillah. Aman balik hidup saya.

Tapi cara menghalau kumbang ni kekadang tak jalan dengan lebah walaupun lebah pun suka cahaya. Lebah ni degil dan nakal sikit berbanding kumbang. Kumbang baik.. bila tak ada cahaya, dia terus terbang pergi ke tempat yang ada cahaya. Tapi kalau lebah? Berabad nak tunggu. Kadang-kadang tu dia stay juga kat tempat yang gelap instead of terbang ke tempat bercahaya. Dont know why.

tak tahu la sebab kumbang lagi peka dengan cahaya berbanding dengan lebah ke. Atau lebah ni dipengaruhi dengan benda lain selain cahaya ke. Dop tahu la den. So, solution nya terpaksa la bunuh lebah kalau dia degil juga nak duduk dalam bilik saya. Tapi yang pasti bukan saya yang bunuh hahahaha. As I said, I am afraid of lebah. So, kalau nampak lebah je, saya terus lari wakakaka. Saya suruh orang lain yang tolong bunuhkan. Yang jadi mangsa biasanya mesti lah umi atau abi hehehehe. (dengan ini, saya berdoa semoga suami saya tak takut lebah supaya dia boleh bunuhkan untuk saya kihkih)

Tapi okay lagi la kan.. kumbang dan lebah boleh juga la saya hadapinya. Lebah tu saya takut sebab dia merbahaya (konon). Tapi lipas? Macam mana nak halau lipasssss?! Huwaaaaa. I hate cockroach!

Tapi takut lipas besar jelah. Kalau setakat anak lipas yang kecil tu.. saya picit je kalau jumpa hahaha. Yela yang anak lipas bukan boleh terbang lagi dan comel lagi. Tapi yang abang kakak mak ayah lipas tu dah la boleh terbang, besar pula tu. Eeeiiii teringat kat lipas pun boleh meremang bulu roma den hahahaa. (Dengan ini, saya berdoa lagi supaya suami saya tak takut lipas hahahaha!)

okay lahh. Benda nya pasal kumbang je. Tapi dah macam buat karangan PMR je ni hahaha.

Daaaa~ wassalam :)


Friday, July 28, 2017

July 28, 2017

boleh ke ucap RIP (Rest In Peace) kepada orang bukan Islam?

ISU: Apakah hukum untuk orang Islam menyebut “Rest In Peace – RIP” pada ketika mendengar seorang yang bukan Islam meninggal dunia? Adakah ia bergantung pada niat? Bagaimana jika ucapan RIP itu hanya sebagai penghormatan sesama manusia?


boleh ke tidak mengucapkan RIP kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia?


boleh ke ucap RIP (Rest In Peace) kepada orang bukan Islam?
boleh ke ucap RIP (Rest In Peace) kepada orang bukan Islam?
PENJELASAN:
Secara dasarnya Islam membenarkan ucapan yang baik terhadap orang bukan Islam atas dasar kemanusiaan dan penghormatan terhadap hak mereka dalam melaksanakan agama mereka. Ini dapat dikiaskan dengan penghormatan Rasulullah s.a.w apabila Baginda berdiri menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan Baginda.

Dua (2) perkara penting dalam isu memberi ucapan kepada orang bukan Islam

Pertama, niat seseorang dalam memberikan ucapan tersebut. Sekiranya sesuatu ucapan diberikan dengan niat membenarkan kepercayaan sesuatu agama yang jelas bertentangan dengan Islam, maka ia adalah dilarang. Sementara sekiranya ia diucap sekadar penghormatan secara umum, maka ia adalah harus.

Keduanya, latar belakang tradisi istilah yang diucapkan. Sekiranya ia telah menjadi sebahagian dari amalan keagamaan maka ia adalah dilarang.

Dalam konteks ucapan Rest in Peace, ia adalah satu bentuk ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama dalam mazhab Katolik sejak abad ke-18. Ia juga biasanya diukir di batu nisan mereka yang telah meninggal dunia di kalangan masyarakat Kristian. Versi penuh ucapan tersebut yang berasal dari bahasa Latin itu ialah ‘May his soul and the souls of all the departed faithful by God’s mercy rest in peace.’

Ia juga mengandaikan orang bukan Islam tersebut akan mendapat rahmat dari Tuhan sebagaimana doa asal yang disebut dalam bahasa Latin. Sedangkan dari sudut akidah Islam seseorang yang mati dalam kekufuran tidak akan mendapat keampunan dan rahmat dari Tuhan. Ini berdasarkan ayat al-Quran, Surah al-Taubah:113, “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabatnya sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu ahli neraka.”

Oleh yang demikian seorang Islam adalah amat tidak digalakkan untuk mengucapkannya kepada seorang bukan Islam.

Walaubagaimanapun Islam tidak menghalang seseorang Islam mengucapkan simpati terhadap keluarga orang bukan Islam yang meninggal dunia dengan ucapan yang tidak memberi implikasi keagamaan seperti “Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada anda" atau “kami mengucapkan kesedihan atas kehilangan si fulan dari keluarga anda”.

Wallahu a'lam.

SUMBER: e-fatwa JAKIM

Selain dari JAKIM, ada juga hujah-hujah dari penceramah yang lain.. Boleh ushar kalau nak bagi mengukuhkan lagi pendapat JAKIM di atas.

Ustaz Haslin Baharin: klik Tidak boleh ucap R.I.P kepada orang kafir

boleh ke ucap RIP (Rest In Peace) kepada orang bukan Islam?
"BUT YOU PREFER THE WORDLY LIFE, WHILE THE HEREAFTER IS BETTER AND MORE ENDURING"
Kesimpulannya.. 

kita TAK BOLEH sebut RIP or ucap RIP kepada orang bukan Islam yang telah meninggal dunia. Walaupun niat kita "alaaa. Ucap rip tu niat just nak hormat si mati je" atau "apa salahnya hashtag rip je. Bukan ada apa-apa pun".. it is still wrong. Yeap niat tak menghalalkan cara DAN sebab ucapan RIP tu sendiri salah. Orang bukan Islam mana boleh REST-IN-PEACE selepas meninggal dunia. peace = aman, tenteram, tenang. Orang kafir walaupun sebaik mana pun, kalau mati akan terseksa juga. Takdenya in peace. So konsep tu dah salah.

Habis tu takkan tak boleh ucap takziah pada si mati yang bukan Islam? 
Macam mana kita nak bagi penghormatan terhadap keluarga, rakan-rakan si mati?

Don't worry. 

Seperti yang JAKIM suggest tadi.. kita boleh ucap 
“Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada anda" atau 
“kami mengucapkan kesedihan atas kehilangan si fulan dari keluarga anda”.

Mufti Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Dr Zulkifli pun ada memberi beberapa contoh ayat takziah yang tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh terpesong akidah kita yang boleh kita ucapkan kepada orang bukan Islam.

Antara lafaz takziah yang diajarkan oleh Islam yang terdapat di dalam kitab fiqh seperti al-Hawi al-Kabir, al-Majmu’, al-Mughni bagi orang bukan Islam adalah seperti berikut:

أَخْلَفَ اللَّهُ عَلَيْك، وَلَا نَقَصَ عَدَدَك : “Semoga Allah menggantikan kamu (dengan yang lebih baik) dan tidak mengurangkan bilangan kamu”.

أَعْطَاك اللَّهُ عَلَى مُصِيبَتِك أَفْضَلَ مَا أَعْطَى أَحَدًا مِنْ أَهْلِ دِينِك : “Semoga Allah memberikan (yang terbaik ganjaran) ke atas musibah (yang menimpa kamu) yang tidak diberikan kepada seorangpun dari kalangan ahli agamamu”.

Adapun ucapan-ucapan lain yang dikira sesuai dengan keadaan serta masa bagi mengucapkan takziah, maka tidaklah mengapa melainkan terdapat beberapa syarat yang akan kami kongsikan selepas ini.

Boleh baca SINI untuk penjelasan penuh berkaitan dengan Hukum Mengucapkan Takziah Kepada Bukan Islam dari Mufti WP.

Dan lagi satu, mungkin ada yang musykil "eh boleh ke kita sebut Innalillahi wainna ilaihirajiun jika orang bukan Islam meninggal dunia?". Ustaz Azhar Idrus kata BOLEH. Tiada masalah. Tak salah pun. 

Why?

Kalau kita faham betul-betul konsep Innalillah ni.. ucapan tu bukan hanya bila kita mendengar kematian orang sahaja. Tetapi yang sebenar-benarnya Allah kata dalam Quran.. "orang-orang yang bila berlaku musibah, mereka akan berkata innalillah wainna ilaihirajiun". 

"Dari Dia kita datang, dan dari Dia juga kita kembali". 

Makanya.. kalau dengar musibah atau ditimpa musibah ujian dugaan, kita sebut Innalillah. dan tak kisah lah bila kita dengar berita orang meninggal dunia tak kira orang Islam atau non-Islam.. kita sebut je "innalillah.....". Ianya tanda kita redha dengan ketentuan-Nya.

Itu sahaja. Semoga penjelasan ini dapat clear kan kemusykilan dalam hati kita.

Sebenarnya persoalan tentang ucapan rip ni muncul dalam benak saya start dari kematian lead vocalist Linkin Park, Chester Bennington. Sebab niat di hati saya nak tweet & buat entri RIP Chester Bennington tapi terfikir eh boleh ke dalam Islam ucap rip. Tu yang saya duk cari jawapan dari mereka yang lebih alim kat Google, Youtube. Dan hasilnya.. di atas atas tadi lah hehe.

May Allah guide us to the right path Amin, daaa~ wassalam :)

Thursday, July 27, 2017

July 27, 2017

selalu jatuh cinta? rindu ex-boyfriend? rasa diri seorang 'rude'? rasa diri keseorangan?

Jom baca nukilan Aiman Banna ni! Best tau. Kalau korang rajin, baca lah dari awal sampai habis. Kalau tak rajin, baca jawapan bagi soalan yang terkena kat batang hidung diri sendiri je lah hahaha. Okay lets jom!

*Tak pernah solat?
*Selalu jatuh cinta?
*Rindu ex-boyfriend?

*Rasa diri seorang 'rude'?

*Rasa diri keseorangan?

*Selalu tengok pornografi?

Jom baca sesi QnA Aiman Banna...
[Soalan]
Assalamualaikum.i have a few ques to ask.
1. i already 15 but i never perform solah (i do love Allah & prophet)
2. i always falling in love.
3. i always miss my ex 24/7 

4. im such a rude daughter/sister 

5. im lonely 

6. i always watch porn

help me please i want to come back to Islam

[Jawapan]
Waalaikumussalam yaa Ukhti.
Kita sebaya, umur masih belasan namun perlu kita bersyukur kepada Allah kerana Allah kurnia hadiah hidayah kepada kita. Allah bagi kita ada rasa untuk tinggalkan jahiliah. Alhamdulillah.
Tak pernah solat,
Selalu jatuh cinta,
Rindu ex-boyfriend,

Rasa diri seorang 'rude'

Rasa diri keseorangan,

Selalu tengok pornografi

Ini sinopsis soalan awak.
Wallahi, saya menangis baca soalan awak.
Demi Allah, Allah sayang awak. Percayalah.

And that one part make me smile alone: "(i do love Allah & prophet)". Moga Allah kurnia awak Syurga yang tertinggi. Amin!
---
Soalan pertama, tak pernah solat?

---

Berjuta muslim tak solat dalam dunia ini. Tahu?
Tetapi dalam jutaan itu, awak antara sedar yang awak tak solat.

Awak sedar awak tak solat, dan awak rasa menyesal. Tahniah! Bukan berhenti setakat itu sahaja, awak ada rasa ingin berubah menjadi seorang yang tidak tinggalkan solat lagi. Alhamdulillah.
Buktinya? Awak tanya saya soalan ini kepada saya. Bermaksud awak dah bosan hidup berjahiliah dan awak nak hijrah.
Awak nak tahu, Allah letak satu invitation untuk awak. Invitation untuk awak agar awak kembali kepada Dia. Istilah lebih tepat untuk invitation itu ialah: *hidayah.*
Benar, Allah telah kurniakan jemputan hidayah kepada awak untuk memasuki jannah-Nya...
Balaslah invitation Allah itu, pergilah tunaikan solat.
Saya tak minta awak buat solat sunat taubat 100 rakaat, dan saya tak expect awak solat 5 waktu sehari semalam, jadi imam, solat paling awal waktu, jemaah di masjid dll. Biarlah sedikit demi sedikit.
Mungkin boleh mula dengan solat zohor dahulu? Lama-lama awak akan rasa seronok solat, bukannya sebagai satu beban. Lepas itu inshaAllah awak akan ada rasa nak buat semua solat bahkan ketagih hingga tahap nak buat banyak solat sunat. InshaAllah, amin!
Susah nak solat?
Sebab syaitan dah doktrin awak supaya malas solat. padahal, solat sebenarnya menenangkan jiwa kita dan membuatkan jantung hati kita rasa gembira dan bahagia.

Bagaimana caranya?
Rapat dengan manusia yang dirikan solat.

Jadikan mereka sahabat.

InshaaAllah everything akan settle. Kerana bila kita tiada suasana biah solehah untuk solat, kita akan sukar untuk hidupkan rasa ingin solat dalam diri kita.
Contoh mudah, kita nak study hard untuk final exam, tapi kita lepak dengan orang yang play hard untuk dapat piala liga eropah dalam game FIFA16. Bagaimana nak dapat semangat belajar kan?
Makanya, rapatlah dengan orang yang cinta solat... InshaAllah, kita pun akan mencintai solat dan akan rasa bersalah untuk abaikan solat.
Tadi awak ada kata ini kan?
"i do love Allah & prophet"
Awak kata awak cinta Allah dan Rasul kan?
Ketahuilah, manifestasi cinta kita kepada Allah azza wa jalla ialah solat. Bukti kita cinta Rasul ialah dengan tunaikan solat cara Nabi yang sebetulnya. Ini cara mencintai mereka.
Jom kita cinta Allah dengan sebenar-benar cinta!
---
Soalan kedua, selalu jatuh Cinta?

---
selalu jatuh cinta? rindu ex-boyfriend? rasa diri seorang 'rude'? rasa diri keseorangan?
falling in love should be like polaroids #instant

Relax lah, jatuh Cinta itu membuktikan awak masih ada Cinta. Normal dan fitrah sebagai seorang manusia untuk ada cinta. Cuma masalah awak sekarang ialah fitrah awak itu menjadikan awak selalu jatuh cinta dengan manusia.
Adakah jatuh cinta itu satu masalah?
Tidak ada masalah.

Adakah SELALU jatuh cinta itu satu masalah?
Iya. Kerana segala apa yang jatuh akan membuatkan mangsa yang jatuh itu sakit. Bila jatuh cinta, cinta itu jadi mangsa jatuh. Jadi apabila selalu jatuh, maka akan tenatlah keadaan cinta kita.
Persoalannya, kenapa selalu jatuh cinta?
Mudah je konsepnya. Kerana anda telah jatuh cinta kepada seorang manusia, lalu anda luahkannya // couple // crush dll, tetapi si manusia itu tidak menghrgai anda. lalu bila anda jatuhkan kepadanya cinta anda, dia tidak sambut lalu akhirnya ia jatuh terhempas kesakitan begitu sahaja.
Konklusi mudah ialah, janganlah jatuh cinta utama kita kepada manusia.
Kerana manusia tiada jaminan langsung boleh menjaga cinta kita dengan sebaik-baik jagaan. Yang boleh bagi guarantee penjagaan terbaik hanyalah Sang Pencipta Cinta. Hanya Dia sahaja!
Sekarang ni, jatuhkan Cinta awak dan lekatkan Cinta itu selamanya kepada Allah sahaja.
Sehinggakan, bila awak sudah ada suami dan anak-anak kelak, awak sayang mereka hanya kerana Allah semata-mata. Ini baru definisi romantik sebenar!
Romantik. Romantik hingga Syurga.
Bagaimana nak jatuhkan Cinta kepada Allah? tunaikanlah solat.
Mula dating dengan Allah. Bila? Paling mudah, ambik tikar sejadah, duduk atasnya dan berzikir dan bertasbih cinta, lalu bangunlah lakukan solat fardhu atau sunat. Kalau nak lagi feel dan jika awak rasa awak mampu, maka lakukanlah qiamullail (Bangun malam untuk ibadat)

Serius sis, kena cuba letak cinta pada Allah lebih tinggi dari segala. Saat itu kita akan rasa manis yang teramat manis; manis daripada segala cinta yang pernah kita rasa daripada manusia. himpunkanlah semua cinta daripada manusia yang ada di dunia ini, sudah pasti gagal menandingi cinta Allah azza wa jalla!
Jadi awak kena buat satu perkara, berhentilah hidup untuk mencari cinta manusia. Hiduplah untuk Allah, carilah cinta Allah dan tanpa sebarang keraguan Allah akan balas cinta kita tanpa lewat sesaat.
Inilah keagungan cinta Allah kepada awak.
---
Soalan ketiga, awak rindu bekas pakwe.

selalu jatuh cinta? rindu ex-boyfriend? rasa diri seorang 'rude'? rasa diri keseorangan?
i will always miss you
---

Alolo. Relax laa ukhti kesayangan Rasul...
Rasul rindu awak tau. Nabi Muhammad declare yang dia rindu awak. Sebelum Nabi meninggalkan kita, Nabi kata macam itu.
Pernah suatu ketika, Nabi Muhammad berkata satu kata cinta dan rindu di hapadan para sahabat baginda.
"Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku."
Para sahabat respon;
"Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?"

Baginda menjawab;
"Bukan, malah kamu adalah sahabatku...

Maka siapakah ikhwan yang dirindukan oleh Ar-Rasul itu?
Baginda menyambung;
"Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku."

Rasululah rindu awak. Rasulullah sayang awak sebelum awak dilahirkan oleh ibu awak. Rasulullah cinta awak sebelum awak mula cinta baginda lagi.
Jadi kenapa kita sanggup abaikan rindu, cinta dan sayang daripada Rasulullah itu?
Pakwe awak itu tak rindukan awak pun, buang masa rindu dia! Berhenti buat kerja yang sia-sia itu. Apa bukti saya yang dia tak rindu awak?
Kalau betul sayang, dia tidak akan tinggalkan awak, dia akan tetap sayang awak, dia akan cinta awak sampai bila-bila. Tapi hakikatnya dia tidak sayangkan awak pun.
Dia persia-siakan awak macam awak ni sampah.
Tetapi..... Bagaimana pula dengan cinta Nabi Muhammad?
Walaupun kita tidak rindu dia sebelum ini, dia sudah mengatakan yang dia rindu kita seribu tahun yang lalu. Nabi Muhammad nak bantu kita kat akhirat kelak dengan syafaat-Nya.
Inilah dia keagungan cinta Ar-Rasul.
Maka, rindulah Nabi Muhammad ketat-ketat.
Boleh masuk Syurga bersama Baginda! Ameen...

Ingat, jangan sia-siakan masa hidup di dunia sementara ini mencintai orang yang tidak menghargai cinta kita. Those people yg suka couple, crush, bermesra antara ajnabi hanyalah those yang pleasure seeker je.
Tidak perlu nak couple-couple lagi dah. Kalau benar si lelaki itu cinta awak dan hormati awak sebagai seorang muslimah, dia akan buktikan cinta dia dengan nikah.
Benar, si lelaki yang benar-benar mencintai diri awak akan usaha untuk menghalalkan cintanya dengan usaha membawa bahtera hubungan itu kepada nikah dengan izin-Nya.
So, kembalilah kepada fitrah iaitu cinta Allah dan Rasul. InshaAllah, bahagia hingga syurga!
---
Soalan keempat, awak seorang anak dan adik/kakak yang 'rude'.

selalu jatuh cinta? rindu ex-boyfriend? rasa diri seorang 'rude'? rasa diri keseorangan?
I DON'T CARE
---

Orang yang rude ni sombong rasa diri bagus tak nak dengar nasihat orang...
Orang rude ini EGO! Sebab dia rasa dia seorang je betul dan tak nak dengar nasihat orang lain...
Hey, awak tidak rude. Bila awak tanya saya soalan ini jelaslah menunjukkan awak nak berubah. Orang yang rude tidak akan minta nasihat, orang rude juga tidak akan dengar nasihat. So bear in you mind bahawa awak tak rude. Saya yakin.
Mungkin awak kurang menyalurkan kasih sayang awak dengan cara yang elok kepada mereka. Mungkin cara awak ada silap sikit je, dan awak kena baiki yang sikit tu je. ada banyak kemungkinan.
Oleh itu, mulalah beri kasih sayang kepada mereka.
Beri mereka kasih sayang yang paling manis.

Manis biar kasi mereka diabetes. hehe.

Lagi satu, kadang-kadang rude itu datangnya kerana awak tidak pakai kaca mata kasih sayang. Awak perlulah lihat manusia sekeliling awak dengan kasih sayang, bukan kebencian.
Kerana apa? Sebab Allah yang ciptakan mereka dan diri awak dengan kasih sayang. Siapa awak untuk menidakkan 'hak kasih sayang' kepada keluarga dan rakan awak!?
Jadi, kasihlah diri itu dahulu kemudian kasihilah orang sekeliling dengan kasih sayang yang pekat.
Nasihat mudah dari saya;
Biarlah kita mulakan dulu berbaik dan mulakan angkat tangan demi keamaan dalam sesuatu hubungan. Lagi-lagi hubungan kekeluargaan.
Mungkin mereka tunggu awak minta maaf, dan awak sendiri pun nak mereka dulu minta maaf. Jadi apa salahnya awak jadi hero dengan mulakan berbaik.
Serius, Allah sangat sayang kepada hamba-Nya yang mulakan jalinan kasih sayang yang hampir putus atau yang sudah putus. Apa kata awak mula dulu?
Moga Allah sayang dan redha kepada awak.
---
Soalan kelima, awak keseorangan.

alone
I'm alonee~
---

Wallahi demi Allah, awak tidak pernah keseorangan.
Jadilah seperti Siti Hajar yang ditinggalkan Nabi Ibrahim.

Ditinggalkan di tengah padang pasir. Ditinggalkan berdua dengan anaknya yang baru lahir iaitu Nabi Ismail. Hanya berdua sahaja!
Bayangkan...
1. Duduk berdua dengan anak baru lahir.
2. Di tengah padang pasir

3. Tiada tumbuhan dan binatang

4. Tanpa seorang suami!

Tapi dia relax dan tentang. Dia tak rasa keseorangan dan kekurangan pun padahal obviously dia memang tiada suami dan tiada perlindungan langsung. Kerapa apa? Kerana dia yakin, Allah bersamanya.
Nabi Ibrahim pun risau. Siapa yang tidak risaukan anak dan isteri kan? Sudah la ditinggal di tengah padang pasir yang kering kontang, namun baginda lakukan juga kerana ianya suruhan Allah. Walau risau, dia tahu Allah bersama dirinya serta keluarganya yang ditinggalkan itu.
Hasilnya kebahagian hingga Syurga menjadi milik Siti Hajar dan Nabi Ibrahim.
Kerana apa mereka bahagia?
Sebab mereka yakin Allah bersama mereka.

Awak, bersabarlah dan kembalilah kepada Allah. Yakinlah, akan datang kebahagiaan yang Allah janjikan untuk mereka yang sabar.
Allah sentiasa bersama awak. yakinlah!
Ingat satu perkara ini, walaupun awak berpaling tadah daripada mencintai Allah, Allah tetap akan sayang awak. Walaupun awak lupa Allah selama ini, Allah tetap cinta awak.
Why not kali ini awak balas cinta Allah?
InshaAllah awak akan hilang rasa lonely.

---
Soalan terakhir, selalu tengok perkara lucah.

---

Saya kategorikan ini sebagai ketagih.
Iya, ketagihnya dengan perkara lucah seperti ketagihnya kita seorang perokok kepada rokok. Walaupun tahu kesannya yang tidak elok, tetap mahu merokok.
Jadi anda terlalu terikat dan ketagih dengan pornografi.
Tiada apa yang mampu saya nasihatkan kecuali tiga perkara sahaja:

1. RAPATLAH DENGAN ORANG BAIK.
Ceritakan kepada mereka masalah awak.
Berikan kepercayaan awak kepada mereka.
Mereka akan bimbing awak. Bantuan dan nasihat untuk kamu berhenti ketagih akan diberi.
Percayalah, kawan saya ada yang berhenti merokok. Tidak merokok langsung dah, hasil melepak dengan orang baik. Juga kerana join usrah yang bagus.
Mula dia rasa bersalah, "Takkan la aku nak merokok depan member aku yang baik ini..."
Lama kelamaan, "Aku dah tak nak merokok sebab Allah Maha Melihat. Aku nak jadi baik depan Tuhan, bukan depan kawan-kawan..."
Ini antara kekuatan dalam perubahan yang akan kita dapat apabila bersahabat dengan orang baik.
2. PORNOGRAFI PUNCA HATI MATI.
Mungkin punca awak susah nak berubah tinggalkan jahiliah ialah kerana hati mati. Apa punca hati rosak? Hati rosak kerana mata yang rosak. Kerana daripada mata jatuh ke hati, apabila rosak mata maka rosaklah hati.
Jadi, apabila kita bersungguh-sungguh nak berubah, kita akan sedaya upaya jaga mata.
3. JANGAN PUTUS ASA
Apa-apa pun, sentiasa yakin Allah sentiasa bersama dan Allah cinta hamba-Nya yang ingin berubah meninggalkan jahiliah.
Sekian.
---
Saya cadangkan ukhti pinjam buku kawan-kawan yang ada buku #henshinnukilan saya. Sana, saya ceritakan panjang tentang semua masalah ukhti bahkan masalah-masalah mainstream yg lain juga. Saya guide step by step cara nak tinggalkan jahiliah. Moga Allah permudah urusan ukhti.
---
Awak, akan tiba satu saat nanti awak akan mati, kemudian berjumpa ilahi. Maka jadikan hari ini sebagai hujah awak bahawa awak sudah berubah.
Percayalah, Allah sentiasa bersama awak.
Yakinlah, Allah sayang dan cinta awak.

Kerana awak orang yang bertaubat.

Syurga; Moga ketemu Ilahi dan Nabi Muhammad di sana yaa!
Seorang Hamba,
Aiman Banna.

Pengasas AQADA.

_____
p/s:
Kongsikan ya? Kadang-kadang kita tidak tahu siapa antara kawan dan keluarga kita yang ada masalah. Kerana mereka sering diamkan jahilia dan berlakon sebagai satu watak yang tiada masalah. Mungkin kerana mereka mereka segan kot.

Sebarkan kepada sahabat dan keluarga andai anda rasa artikel ini bermanfaat.