Kerja Kosong MARA 2017- Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (GRED DG41) - sayidahnapisahdotcom Kerja Kosong MARA 2017- Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (GRED DG41)
LightBlog

Kerja Kosong MARA 2017- Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (GRED DG41)

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif & inovatif serta komitmen ke arah menerajui kecemerlangan pendidikan dalam mengangkat martabat bangsa, individu-individu yang memiliki ciri-ciri tersebut adalah dipelawa untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di Institusi-institusi Pendidikan MARA.

Kerja Kosong MARA 2017 - Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (GRED DG41)


kerja kosong mara terkini
Kerja Kosong MARA 2017- Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (GRED DG41)
Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Gred DG41)

Gaji minimum: RM2,188
Gaji maksimum: RM9,522

Bidang & subjek
  • Bahasa Melayu 
  • Bahasa Inggeris 
  • Bimbingan&Kaunseling
  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Media
  • Pendidikan Senireka/Visual
  • Sains Komputer
  • Geografi
  • Sejarah / Sivik
  • Pengurusan Perniagaan
  • Perakaunan
  • Ekonomi
  • Matematik
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Islam (tahfiz)
  • Kemahiran hidup
  • Komputer Multimedja Animasi
  • Rekabentuk Fesyen

Tarikh Tutup Permohonan: 19 Julai 2017

Taraf Jawatan: tetap/kontrak

Umur: pegawai sedang berkhidmat yang layak hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.





Syarat Lantikan Utama:

1. Warganegara Malaysia

2. Kelayakan

a) Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaita  daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ATAU

b) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ATAU

c) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ATAU

d) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ATAU

e) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

3. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

4. Kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dan kepujian dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik atau satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris

5. Guru Pendidikan Islam (Tahfiz), hendaklah mempunyai kelayakan Sijil Hafazan dari Institut Pendidikan Islam/Sekolah Maktab/Maktab yang diiktiraf

6. Sihat fizikal dan mental

7. Aktif dalam kegiatan kokurikulum

8. Memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon)

9. Mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain-lain

10. Bebas dari tindakan disiplin atau salah laku jenayah

11. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

12. Pemohon hendaklah memohon jawatan ini berdasarkan kelayakan ijazah dalam bidang pengkhususan yang tepat dengan subjek yang dipohon

13. Pemohon yang mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau tidak mempunyai Diploma Pendidikan juga boleh memohon.

Cara Memohon Kerja Kosong MARA Ini: 

(i) permohonan hendaklah dibuat secara online / atas talian yang boleh dilayari melalui laman web MARA iaitu www.mara.gov.my. Secara spesifik, permohonan jawatan dalam MARA - Pegawai Perkhidmatan Perndidikan secara online boleh dilakukan di SINI.

cara mohon jawatan kosong mara
cara memohon kerja kosong mara pegawai perkhidmatan pendidikan
(ii) pemohon yang mempunyai kelayakan Sijil / Diploma / Ijazah dari Institusi Luar Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah membuat semakan pengiktirafan kelayakan melalui laman web Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu: https://app.mohe.gov.my/iktiraf/index.php?pg=1 dan hendaklah mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa sesi penilaian.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
1. Hartini - 0326134425 (hartini@mara.gov.my)
2. Halimatun Saadiah - 0326134742 (halimatun@mara.gov.my)
3. Mohd Faizal - 0326134431 (mfaizal@mara.gov.my)
Email: infobsm@mara.gov.my

Saya dah memohon untuk yang subjek Matematik punya, pray for me! :D

jawatan kosong terkini 2017
permohonan jawatan kosong MARA secara online / atas talian

Post a Comment

2 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p