WAQAF SAHAM LARKIN SENTRAL - wakaf saham tawaran awam pertama di dunia - sayidahnapisahdotcom WAQAF SAHAM LARKIN SENTRAL - wakaf saham tawaran awam pertama di dunia
LightBlog

WAQAF SAHAM LARKIN SENTRAL - wakaf saham tawaran awam pertama di dunia

Semalam umi suruh "kakcik, tolong search kat Internet pasal wakaf larkin". Saya dengan taat dan solehahnya (ehemm) search kat Google berkaitan dengan wakaf larkin tersebut. Mula-mula ingat macam wakaf biasa je. Tup tuppp bila saya search 'wakaf larkin', terpampang WAQAF SAHAM LARKIN SENTRAL. Saya dah terngangaaa. What? Waqaf saham larkin sentral? What . is . that? 

Sebelum ni yang biasa saya jumpa adalah waqaf quran, waqaf surau/ masjid, waqaf pusat tahfiz, waqaf pusat ilmu.. tapi yang nii wowww. first time jumpa ni. Interesting.. dan menakutkan. Eh?

Yelaa takut juga la kan ada word S.A.H.A.M tu. Saya dah la tak faham apa-apa yang berkaitan dengan saham ni. Tapi rileksss. Coolll.. Apa guna internet di hujung jari kan? Hehehe..


WAQAF SAHAM LARKIN SENTRAL


WAQAF SAHAM LARKIN SENTRAL - wakaf saham tawaran awam pertama di dunia
WAQAF SAHAM LARKIN SENTRAL - wakaf saham tawaran awam pertama di dunia
Menurut berita dari Harian Metro.. 

Pada 18 Jun 2017, JOHOR Corporation (JCorp) menerusi Waqaf An-Nur Corporation Berhad melancarkan Prospektus Waqaf Saham Larkin Sentral yang juga instrumen wakaf terbaru ditawarkan dalam bentuk saham di Persada Johor. Pelancaran saham yang disempurnakan oleh Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim itu adalah detik bersejarah. Why? kerana ianya merupakan wakaf saham tawaran awam pertama di dunia! Amazing, right?

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi JCorp berkata, wakaf saham itu diperkenalkan dengan matlamat mengumpul dana bagi menampung perbelanjaan membiayai pembangunan naik taraf dan baik pulih Bangunan Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin Sentral

"Ini termasuk kos pembelian tanah, pembinaan ruang letak kereta bertingkat dan beberapa lot perniagaan yang akan disewakan kepada ibu tunggal dan golongan kurang berkemampuan untuk berniaga dengan kadar sewa berpatutan."

"Menerusi wakaf saham ini, sebanyak RM85 juta tawaran saham baru akan diperkenalkan membabitkan saham berjumlah 850 juta unit yang ditawarkan pada harga 10 sen seunit," katanya.

Katanya, bagi mencapai sasaran itu, saham wakaf ini akan dibuka kepada segenap lapisan masyarakat, sama ada institusi dan orang awam dengan kadar minimum sebanyak RM100.

"Bagi individu yang mewakafkan saham ini, mereka akan mendapat insentif potongan cukai pendapatan sehingga tujuh peratus, manakala pewakaf institusi akan mendapat potongan cukai sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat masing-masing.



WAQAF SAHAM LARKIN SENTRAL - wakaf saham tawaran awam pertama di dunia
ketika majlis pelancaran Waqaf Saham Larkin Sentral di Persada Johor, Johor Bahru. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Okay lah mungkin ada yang nak penerangan dengan lebih lanjut..

Apakah yang dimaksudkan dengan wakaf?

Wakaf adalah pemberian asset secara sukarela untuk selama-lamanya bagi tujuan yang mengikut Undang-undang Syariah.

Maksud 'Wakaf' atau 'waqf' secara literalnya adalah ‘tahanan’, di mana penggunaan harta yang dikurniakan hanya untuk tujuan keagamaan atau kebajikan. Setelah diwakafkan, pemilikan ke atas harta tersebut tidak boleh dipindah milik dan terjamin untuk tujuan khusus selama-lamanya.

"Tahanlah (wakafkanlah) pokoknya dan berilah jalan Allah akan buahnya (hasilnya)". (Sahih al-Bukhari, 3.895)

Apakah perbezaan antara wakaf saham dengan saham wakaf?

Wakaf Saham:
Mewakafkan saham-saham syarikat perniagaan melalui tawaran belian atau saham-saham yang telah sedia ada.

Saham Wakaf:
Mewujudkan satu wakaf musytarak (perkongsian) melalui saham-saham dengan syarat wakaf dan kemudian diwakafkan.

wakaf saham larkin
WAQAF SAHAM LARKIN SENTRAL - wakaf saham tawaran awam pertama di dunia
LARKIN SENTRAL
BT 5, Jalan Garuda, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Apakah WAQAF SAHAM LARKIN SENTRAL?


Waqaf Saham Larkin Sentral adalah inovasi wakaf saham yang dilaksanakan oleh Johor Corporation (JCorp) melalui Waqaf An Nur Corporation Berhad (WANCorp) bagi kepentingan kebajikan dan ekonomi masyarakat Larkin Sentral.

WSLS mendapat sokongan penuh daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), yang berperanan sebagai Nazir wakaf saham ini. Penawaran saham di Larkin Sentral Property Berhad bertujuan untuk mengumpul RM 85 juta dari institusi korporat serta individu untuk membiayai proses menaik taraf dan membaik pulih kerja-kerja di Larkin Sentral.

Apakah tujuan diadakan Waqaf Saham Larkin Sentral?

1. Penaikan taraf dan membaik pulih Larkin Sentral:
-Penaikan taraf dan pengubahsuaian pasar basah
-Penaikan taraf dan membaik pulih terminal pengangkutan
-Pembaikan pulih bazar dan pembesaran lot-lot kedai
-Yuran juru perunding berhubung dengan penaikan taraf dan membaik pulih Larkin Sentral

2. Bayaran bagi pembelian Tanah

3. Pembangunan sebahagian daripada tempat letak kereta tujuh (7)-tingkat atas Tanah tersebut;

4. Membiayai anggaran yuran dan perbelanjaan berhubung dengan Penawaran kami

Berapakah had minima untuk pembelian Waqaf Saham Larkin Sentral?

Had minima bagi melanggan waqaf saham Larkin Sentral mestilah sekurang-kurangya RM100 untuk 1,000 Saham Terbitan dan gandaan 100 Saham Terbitan selepas itu.

Apakah manfaat yang diperolehi daripada pewakaf Waqaf Saham Larkin Sentral?

Wakaf adalah satu bentuk transaksi harta yang dapat memberi faedah dan manfaat bukan saja kepada diri pewakaf, malah penerimanya, masyarakat Islam keseluruhan. Dalam hubungan ini, pewakaf memperoleh pahala ‘sedekah jariah’, penerimanya dan masyarakat dapat menikmati manfaat harta yang diwakafkan selain ia mengurangkan tanggungan Kerajaan dalam menyediakan bantuan serta kemudahan untuk masyarakat.

Adakah Waqaf Saham Larkin Sentral mendapat potongan cukai?

Ya, Pewakaf Waqaf Saham Larkin Sentral layak untuk mendapat potongan cukai iaitu 7% bagi individu dan 10% bagi syarikat daripada pendapatan agregat.

Kemanakah agihan manfaat Waqaf Saham Larkin Sentral (WSLS) disalurkan?

Agihan manfaat Waqaf Saham Larkin Sentral akan diagihkan sebagaimana berikut:
90% manfaat akan kembali kepada Larkin Sentral untuk pelaburan semula dan kebajikan
10% Majlis Agama Islam Johor untuk diagihkan kepada kebajikan am meliputi pendidikan, keusahawanan dan Kesihatan

Adakah saya akan mendapat pulangan dividen daripada pembelian waqaf saham ini?

Dividen yang diterima oleh WANCorp daripada Saham yang diwakafkan oleh pihak awam dan institusi akan digunakan bagi tujuan amal berikut:

-Untuk mengenakan kadar sewa yang munasabah (dengan cara merendahkan kadar sewa sehingga 10% daripada kadar sewa pasaran biasa) bagi penyewa-penyewa terpilih Larkin Sentral (tidak termasuk penyewa-penyewa dengan perniagaan yang mantap), tertakluk kepada rekod prestasi bayaran sewa tepat pada masa; dan

-Mengenakan kadar sewa minimum untuk lot-lot kedai kecil yang diwujudkan dalam Larkin Sentral bagi ibu tunggal dan kumpulan berpendapatan rendah (yang mungkin mengenakan caj lebih kurang separuh daripada kadar pasaran setiap k.p.s.).

Berapa lama Penawaran ini akan dibuka?
11 bulan dari tarikh Prospektus

"Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami prospektus Larkin Sentral Property Berhad yang boleh didapati di Prospektus Waqaf Saham Larkin Sentral"

Nak tahu dengan lebih lanjut? Layari www.waqafsahamlarkin.com.

BAGAIMANA CARA UNTUK BERWAKAF?

Dengan kemudahan di atas talian (online) dan juga manual (offline), berwakaf kini menjadi lebih praktikal dan efisien. Pelajari caranya di bawah:

Maybank2U

1. Layari Maybank2U
2. Pilih pautan "Pelaburan" dan pilih "Waqaf" untuk melanggan saham.
3. Pada skrin berikutnya, lengkapkan borang langganan dalam talian.

Memandangkan saya transfer RM100 ke akaun waqaf saham larkin ni menggunakan Maybank2U, so saya tunjuk step-step proses tersebut.. untuk guide sesiapa yang kurang faham atau kurang jelas dengan arahan tadi atau tak familiar dengan M2U.

cara berwakaf saham
Layari website www.maybank2u.com.my

waqaf saham larkin maybank2u
Login

wakaf saham larkin sentral
Klik Investment

cara transfer maybank2u waqaf saham
Klik Waqf

maybank2u wakaf
Klik Apply

waqaf saham larkin
Declaration

wakaf saham johor
Minima 1000 units = RM100

investment waqf
Request for TAC

wakaf saham larkin johor
Print Recepit untuk bukti
JomPAY

1.Hubungkan ke portal institusi kewangan di mana anda mempunyai kemudahan perbankan internet
2. Pilih pautan bayaran JomPAY
3. Isi butiran pada paparan JomPAY
4. Kod bil waqaf adalah "50195"
5. Masukkan nombor rujukan 1 - nombor KP
6. Masukkan nombor rujukan 2 - nombor telefon

ATM

1. Layari ke seksyen sistem ATM berhubung dengan JomPAY
2. Lengkapkan butiran sebagaimana dikehendaki di skrin
3. Kod bil waqaf adalah "50195"
4. Masukkan nombor rujukan 1 - nombor KP
5. Masukkan nombor rujukan 2 - nombor telefon
6. Kemukakan Borang Langganan serta bukti pembayaran melalui salah satu dari dua (2) cara di bawah:

Dihantar melalui POS BIASA dalam sampul rasmi yang disediakan ke alamat berikut:
Malaysian Issuing House Sdn. Bhd. (258345-X)
Aras 6, Symphony House,
Pusat Dagangan Dana 1, Jalan PJU1A/46
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Hantar sendiri dan dimasukkan kedalam kotak yang disediakan di:
Peti Surat 8269,
Pejabat PosKelana Jaya,
46785 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Mesin Pendeposit Tunai (CDM)

1. Pada skrin utama, pilih “BAYARAN TUNAI”
2. Pada skrin kedua, pilih “LAIN-LAIN BAYARAN”
3. Pada skrin ketiga, masukkan nombor kod Waqaf “053”
4. Pada skrin keempat, pilih "WQLARKIN"
5. Pada skrin kelima, masukkan nombor KP anda
6. Pada skrin keenam, masukkan nombor telefon anda
7. Sebaik sahaja pengesahan butir-butir di skrin, anda akan diberikan slip transaksi janaan komputer (“Rekod Transaksi”), mengesahkan butir-butir langganan anda. Rekod Transaksi hanyalah satu rekod transaksi yang lengkap dan bukan rekod penerimaan langganan oleh Syarikat kami atau Rumah Terbitan,
8. Kemukakan Borang Langganan serta bukti pembayaran melalui salah satu dari dua (2) cara di bawah:

Dihantar melalui POS BIASA dalam sampul rasmi yang disediakan ke alamat berikut:
Malaysian Issuing House Sdn. Bhd. (258345-X)
Aras 6, Symphony House,
Pusat Dagangan Dana 1, Jalan PJU1A/46
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Hantar sendiri dan dimasukkan kedalam kotak yang disediakan di:
Peti Surat 8269,
Pejabat PosKelana Jaya,
46785 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Pekerja Syarikat dalam Kumpulan JCorp

1. Lengkapkan borang potongan gaji yang diperoleh daripada jabatan sumber manusia masing-masing bagi Kumpulan JCorp.
2. Pelanggan-pelanggan boleh memilih untuk:
-Membuat caruman bulanan minima sebanyak RM10 untuk minima 10 bulan dan maksima 11 bulan; atau
-Membuat caruman sekali sahaja sekurang-kurangnya RM100 dan gandaan RM10 selepas itu

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)

1. Lengkapkan borang "Potongan Gaji melalui Angkasa" yang diperoleh daripada WANCorp
2. Pelanggan-pelanggan boleh memilih untuk:
-Membuat caruman bulanan minima sebanyak RM10 untuk minima 10 bulan dan maksima 11 bulan; atau
-Membuat caruman sekali sahaja sekurang-kurangnya RM100 dan gandaan RM10 selepas itu
Kemukakan Borang Langganan dan Potongan Gaji melalui angkasa melalui salah satu dari dua (2) cara di bawah.

Dihantar melalui POS BIASA dalam sampul rasmi yang disediakan ke alamat berikut:
Malaysian Issuing House Sdn. Bhd. (258345-X)
Aras 6, Symphony House,
Pusat Dagangan Dana 1, Jalan PJU1A/46
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Hantar sendiri dan dimasukkan kedalam kotak yang disediakan di:
Peti Surat 8269,
Pejabat PosKelana Jaya,
46785 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Cara-cara berwakaf saham larkin ni all credit to website waqaf larkin. Cuma yang part Maybank2u tu saya sertakan gambar. Sebab saya transfer guna medium tersebut hehe.

wakaf saham johor
WAQAF SAHAM LARKIN SENTRAL - wakaf saham tawaran awam pertama di dunia
DETAILS
Ibu Pejabat: Level 10, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre, 80000, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Contact: 07-2195117
Email Address: wqlarkin@jcorp.com.my

SOALAN LAZIM (FAQ) boleh ushar di SINI.

"NIKMATI PEMOTONGAN CUKAI DARIPADA PENDAPATAN AGREGAT SEBANYAK 7% BAGI INDIVIDU DAN 10% BAGI SYARIKAT." 
JOM WAKAF SEKARANG! KLIK SINI.


Post a Comment

1 Comments

  1. ada dgr jgk pasal ni...kalau on-going bagus ni better teruskan...and buat kat tempat lain jugak...tq share...semoga post ini pun menjadi saham akhirat utk awak jugak..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p