TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI (LI) & ELAUN TESIS JPA [berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2017] - sayidahnapisahdotcom TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI (LI) & ELAUN TESIS JPA [berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2017]
LightBlog

TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI (LI) & ELAUN TESIS JPA [berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2017]

Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di dalam dan di luar negara untuk membuat Permohonan Tuntutan Elaun Latihan Amali (LI) dan Elaun Tesis.


GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI (LI) & ELAUN TESIS JPA [berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2017]



TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI

Syarat-syarat Umum (mesti memenuhi keempat-empat)

+ Tuntutan dibayar berdasarkan hari bekerja tetapi tidak termasuk hari cuti awam/ umum/ hujung minggu;

+ Jarak antara IPT/ rumah kediaman dengan tempat latihan melebihi 25 km mana yang terdekat;

+ Tempoh latihan yang layak dibayar tidak melebihi 3 bulan (tidak termasuk hari cuti awam/ umum/ hujung minggu); DAN

+ Latihan amali merupakan syarat wajib bagi tujuan menamatkan kursus pengajian.

Syarat-syarat Khusus

Pelajar Tajaan Dalam Negara:
Pelajar yang menjalani LI di Jabatan/ Agensi Kerajaan atau di Syarikat/ Agensi Swasta TIDAK LAYAK membuat tuntutan Elaun Latihan Amali SEKIRANYA jabatan/ agensi/ syarikat telah menyediakan Elaun LI/ praktikal.

Pelajar Tajaan Luar Negara: boleh baca SINI.

Borang Tuntutan & Dokumen Sokongan

1. Borang Tuntutan seperti di Lampiran A
2. 
(i) Surat Permohonan Penempatan Latihan Amali oleh Universiti kepada Majikan seperti contoh di Lampiran B
(ii) Surat Pengesahan Pelajar menjalani Latihan Amali daripada Majikan seperti contoh di Lampiran C.

TUNTUTAN ELAUN TESIS

Syarat-syarat (mesti memenuhi keempat-empat)

+ Tuntutan dibayar jika kursus mewajibkan pelajar menyediakan tesis
+ Tesis merupakan syarat wajib bagi tujuan menamatkan kursus pengajian/bergraduat
+ Layak dituntut sekali sahaja di sepanjang tempoh pengajian
+ Sekurang-kurangnya 6 jam kredit dan tesis disediakan secara INDIVIDU

Borang Tuntutan & Dokumen Sokongan

1. Borang Tuntutan seperti di Lampiran A
2. Slip Pendaftaran Subjek/Kursus yang membuktikan jam kredit bagi tesis tersebut adalah 6 jam kredit (disahkan oleh Dekan/ Ketua Jabatan/ penyelia kursus)
3. Salinan kulit muka depan tesis yang asal yang telah disahkan oleh Dekan/ Ketua Jabatan/ Penyelia Kursus di Universiti berkaitan seperti contoh di Lampiran D.

p/s: kalau nak selamat, just hantar je sekali statement bank Islam & CD yang berisi full thesis kita.

Klik SINI untuk tahu cara yang mudah untuk burn CD.


KAEDAH MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

1. Permohonan tuntutan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas tamat latihan amali/ pembentangan tesis. Bayaran akan dibuat dalam tempoh 1-3 bulan selepas permohonan dikemukakan dengan syarat, borang dan dokumen sokongan yang diterima adalah lengkap. Kelewatan pelajar mengemukakan tuntutan akan menyebabkan bayaran tidak akan dipertimbangkan.

2. Pelajar tajaan JPA di dalam negara hendaklah mengemukakan permohonan tuntutan yang lengkap (dokumen sokongan yang asal) melalui pos atau serahan tangan (by hand) kepada alamat berikut:

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA,
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN,
ARAS 4, BLOK C2, KOMPLEKS C,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA,
MALAYSIA
(u.p.: Unit Pengurusan Kewangan)
Emel: bayaran.bmi@jpa.gov.my

3. Pelajar tajaan JPA di luar negara hendaklah mengemukakan permohonan melalui Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) di negara pengajian masing-masing kecuali bagi pelajar di Indonesia, Singapura dan Hong Kong hendaklah melalui Unit Pembangunan Luar Negara, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA.

4. Garis Panduan Tuntutan Elaun Latihan Amali dan Elaun Tesis Pelajar Tajaan JPA ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2017.

TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI (LI) & ELAUN TESIS JPA [berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2017]
GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI (LI) & ELAUN TESIS JPA [berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2017]
5. Pelajar yang belum mengemukakan permohonan tuntutan Elaun Latihan Amali dan Elaun Tesis untuk tempoh Januari - Julai 2017 hendaklah mengemukakan segera kepada JPA selewat-lewatnya 31 Ogos 2017. Kelewatan pelajar mengemukakan tuntutan akan menyebabkan bayaran tidak akan dipertimbangkan.

lampiran A
LAMPIRAN A

lampiran B
LAMPIRAN B

lampiran C
Lampiran C

contoh salinan muka depan tesis
Salinan muka depan tesis asal (Lampiran D)
Lampiran B, Lampiran C dan Lampiran D tu hanya contoh. Kalau nak buat exactly macam tu juga boleh je. Tapi kalau nak bagi yang memang kita ada boleh juga. Nak tengok contoh daripada pelajar UITM yang tak menggunakan lampiran B, C dan D? Boleh tengok SINI.

SUMBER: esilav jpa

Semoga bermanfaat pada semua :)

Post a Comment

18 Comments

  1. maksudnye kalau selepas 31 ogos tak boleh ke?

    ReplyDelete
  2. nak tanya, kalau tuntuan elaun thesis, bahagian jumlah tuntuan tu kena isi ke? mcm mana kita nak tulis jumlah tuntutan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. dulu awak berapa lama baru dapat duit tuntutan elaun tesis tu ?

      Delete
  3. Nk tny brkenaan 6 jam kredit tu.. jika tesis ambil mse dua sem n stiap sem 3 jam kredit.. blh aply x.. ke perlu 6 jam kredit utk satu sem.. tq

    ReplyDelete
  4. Hai nak tanya. So kalau saya sekarang di Johor, uni di Kedah, memang payah nak pergi uni, kalau saya dapat cop dan pengesahan dari majikan sahaja boleh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai.. yang terbaru format elaun boleh tengok di sini: http://www.sayidahnapisah.com/2017/08/tuntutan-elaun-latihan-amali-li-elaun-tesis-jpa.html

      Delete
    2. kena dekan/ketua jabatan/ketua kursus Universiti.

      Delete
  5. salam... nak tanya. kiranya kalau kita hntar borang tuntutan after 30 hari tamat latihan mmg tak akan dilayan langsung ke? sbb before this company sepatutnya ada bagi elaun, tapi now ada few problem yg menyebabkan company xboleh bagi elaun tu. si sy dah 2 bulan tamat latihan amali. boleh x nak hntar borang tuntutan tu? tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. itu saya tak sure. boleh call tanya pihak JPA :)

      Delete
  6. Assalamualaikum...saya nk tnya skit...utk claim elaun thesis tu boleh dibuat asing ke dengan latihan industri...maksud saya apply waktu berbeza

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikom..mohon pencerahan, mengenai tuntutan elaun LI.
    -LI selama 6 bulan (feb - aug 2018)
    -tiada elaun cmpany (swasta)
    -jarak penginapan ke tmpt kja (20km)

    Berapakah nilai yg sepatutnya boleh diclaim yg boleh kita nyatakan di ruangan 'jumlah tuntutan' yg tertera di lampiran A?

    Jika jarak kediaman ke tmpt LI tak melebihi 25km adakah boleh dipertimbangkan untuk membuat tuntutan elaun LI?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Nilai tu saya tak pasti sebab saya dulu tak minta elaun LI. Sebab saya dah dapat duit elaun dari tempat intern saya (company swasta).

      salah satu syarat adalah jarak kena melebihi 25km, so possibility tuntutan elaun LI awak (kalau awak apply) untuk ditolak adalah tinggi. tapi kalau nak cuba silakan.

      harap membantu :)

      Delete
  8. Hi. Saya nak tanya. Adakah elaun tuntutan ni akan masuk hutang pinjaman yang sedia ada?

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p