September 2017 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Friday, September 29, 2017

September 29, 2017

Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan (PART 2)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Haa sebelum ni saya ada buat entri Topik & Soalan Wajib Ada Dalam Exam PT3 (Part 1), then sekarang saya nak buat part 2 pula hehehe. Setelah saya buat analisis soalan-soalan percubaan matematik 2017 beberapa buah negeri & kertas model peperiksaan PT3.. saya mendapati soalan nisbah, kadar dan kadaran mesti ada. Kadang-kadang soalan berkaitan topik ini digabungkan dengan topik  yang lain contohnya: luas bulatan (area of a circle), wang (keuntungan, kerugian).


Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan

Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan (PART 2)
Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan (PART 2)
BAB 5 TINGKATAN 2 Nisbah, Kadar dan Kadaran

5.1 Nisbah Dua Kuantiti
5.2 Kadaran
5.3 Nisbah Tiga Kuantiti


Contoh Soalan:

1. Kertas Percubaan Matematik MRSM 2017

Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan (PART 2)
Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan (PART 2)
Skema Jawapan:

CD = 48 (1 markah)
BH = 16 (1 markah)

1728 - 336 = 1392 (2 markah)

2. Kertas Percubaan Matematik Melaka 2017

Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan (PART 2)
Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan (PART 2)
Skema Jawapan:

(i) 60 atau 36 (1 markah)
192 (1 markah)

(ii) 36 (1 markah)

3. Kertas Percubaan Matematik Kedah 2017
Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan (PART 2)
Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan (PART 2)
Skema Jawapan:

(i) 1 : 25 000 (1 markah)

(ii) 
24 cm x 25 000 (1 markah)
600 000 cm (1 markah)
6 km (1 markah)

4. Kertas Model Peperiksaan PT3 Mathematics (Set 4)

Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan (PART 2)
Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan (PART 2)
Full solution:

Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan (PART 2)
JAWAPAN PENUH
5. Kertas Model Peperiksaan PT3 Mathematics (Set 3)


Full solution:

Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan (PART 2)
FULL ANSWER
6. Kertas Model Peperiksaan PT3 Mathematics (Set 1)

Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan (PART 2)
Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan (PART 2)
Full solution:

Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan (PART 2)
FULL ANSWER
7. Kertas Model Peperiksaan PT3 Mathematics (Set 2)

Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan (PART 2)
Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan (PART 2)
Full solution:

Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan (PART 2)
JAWAPAN PENUH
8. Kertas Model Peperiksaan PT3 Mathematics (Set 5)

Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan (PART 2)
Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan (PART 2)
Full solution:

Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan (PART 2)
JAWAPAN PENUH

Semoga berjaya PT3 students! :)

Topik Wajib Ada Dalam Exam PT3 + Contoh Soalan (PART 2)

September 29, 2017

Segmen Bloglist Oktober Mya Farisha

Segmen Bloglist Oktober Mya Farisha


Segmen Bloglist Oktober Mya Farisha
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 30 September 2017

Senang gilos Segmen ni.  Jom la join! Sebab tak payah buat entri pun. Habistu kenapa saya buat pula? sebab nak support Kak Mya #afbdotmy yang tersayang ni le. Bukan nak bodek tau kak mya hahahaha kbai :P
September 29, 2017

Bila Isteri Boleh Keluar Rumah Tanpa Izin Suami?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Rata-rata mesti dah tahu isteri kalau nak keluar rumah kena minta izin suami & kalau tanpa izin, tak boleh keluar. Rata-rata juga mesti pernah dengar cerita zaman Nabi dahulu.. di mana seorang isteri tak pergi ke pengebumian ayahnya kerana tidak mendapat izin suami. Dan pada waktu malamnya, si isteri mimpi arwah ayahnya & ayahnya memuji/ gembira kerana dia tidak keluar rumah tanpa izin suami. Dari cerita ni, kita boleh nampak betapa berharganya dan pentingnya izin suami jika si isteri mahu keluar rumah. 

Tapi.. takkan lah kalau ditimpa kesusahan di dalam rumah ketika ketiadaan suami pun tak boleh nak keluar rumah? Apakah syarat-syarat atau keadaan yang membenarkan isteri keluar rumah tanpa izin suami?


Bila Isteri Boleh Keluar Rumah Tanpa Izin Suami?

Bila Isteri Boleh Keluar Rumah Tanpa Izin Suami?
Bila Isteri Boleh Keluar Rumah Tanpa Izin Suami?
SOALAN: Boleh tak seorang isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami?

JAWAPAN (Ustaz Azhar Idrus):

Boleh.

Bila?

Darurat.

Tak darurat. Nak pergi jalan ke rumah kawan. --HARAM.

Nabi kata: mana mana isteri yang keluar rumah tanpa izin suami, maka laknat malaikat ke atas dia sampai dia balik.
Hukumnya haram.

Jadi, kalau darurat.. BOLEH.

Makna darurat?

1-- rumah terbakar
laki takde, kerja laut. Nak telefon tak boleh. Bomba kata tubik (keluar) tubik kak. "Takleh takleh. Laki tak izin". Haa mampuh mung sorang dalam tu.

2-- binatang buas masuk dalam rumah
Masuk ular tedung.. kita boleh keluar rumah. Lari balik rumah mak kita. Paham?

3-- suami nak baham (maksudnya nak pukul)

4-- nak report kejahatan suami pada kadi
Jangan minta izin pula "bang bang.. nak tubik kejap pejabat agama." "Nak buat apa?". "Nak report abang tu lah. Jahat". Haa tak boleh la gitu. Boleh keluar je.

Jadi kalau kita minta izin, "bang bang. Kita nak pergi pasar malam ni. Lepas asar japgi ni. Nak beli apam balik, char kuey teow".

Jelas kata gitu depan suami. Boleh tak tubik (keluar)? Boleh tak? Boleh tak tubik?

--Tak boleh.

Tu baru minta izin. Izin belum beri lagi. Tu baru mintak. Paham? Kena ada izin lah. Kena laki kata "ha pergi lah". Baru boleh pergi.

Biar dia (suami) kata dulu. Macam pergi rumah orang. "Assalamualaikum" "Waalaikumussalam". Boleh masuk tak?  Tak leh. Kena tuan rumah kata "masuk masuk. Masuklah". Baru boleh masuk.


Bila Isteri Boleh Keluar Rumah Tanpa Izin Suami?

September 29, 2017

Percaya atau tidak ..


Percaya atau tidak ..

Percaya atau tidak buruh nelayan dan juga petani, gaya hidup kini dah berubah. Anak-anak terasuh mindanya, lahir generasi bijak pandai. Pakar IT, pakar ekonomi, jaguh sukan dan juga jutawan. Berkereta jenama negara megah menyusur di jalan raya. Alam siber teknologi terkini, kejayaan semakin hampiri. Biar di kota, ataupun desa, kita semua pasti merasa bangga.




siapa yang baca ayat-ayat di atas ni siap pakej dengan menyanyi? kita geng hahahaha. jenaka di awal pagi. kbai :P

Thursday, September 28, 2017

September 28, 2017

5 petua merawat selesema pada bayi

Ada banyak cara untuk merawat selesema bayi antaranya memberinya makan ubat daripada klinik, namun pada usia bayi yang masih kecil, pemberian ubat pada peringkat awal seharusnya dielakkan. Terdapat beberapa petua yang boleh dilakukan ibu bapa untuk mengatasi masalah selesema di kalangan bayi dan juga kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.

5 petua merawat masalah selesema pada bayi


1. Gunakan minyak bawang putih (Garlic Oil)

5 petua merawat selesema pada bayi
petua merawat selesema pada bayi | credit: mamamia.com.au
Sediakan satu labu bawang putih, bakar tanpa minyak sampai keperangan dan ketuk perlahan-lahan sekadar terbelah sedikit. Masukkan ke dalam minyak zaitun. Ibu boleh ramas-ramas sikit agar pati bawang putih tu bercampur dengan minyak. Kemudian sapukan di dada, belakang dan tapak kaki bayi sekerap yang boleh. Bawang putih adalah antibiotik semula jadi yang boleh membantu masalah selesema.

2. Mandikan dengan air suam + minyak kayu putih

Mandikan bayi tiga kali sehari dengan menggunakan air suam. Letakkan sedikit minyak kayu putih dan mandikan bayi seperti biasa. Wap air yang bercampur dengan minyak kayu putih akan memberikan keselesaan kepada pernafasan bayi.

3. Air kunyit

5 petua merawat selesema pada bayi
petua merawat selesema pada bayi - air kunyit
Sediakan kunyit hidup. Gosok-gosokkan ke permukaan kasar, contohnya lesung untuk mendapatkan air kunyit. Sapukan air kunyit itu pada batang hidung bayi. Ini boleh mengelakkan hidung bayi tersumbat dan memberi kelegaan kepada pernafasan bayi.

4. Gunakan balsam

Dapatkan balsam seperti Vicks khas untuk bayi yang ada dijual di farmasi. Ambil sedikit balsam, gosok-gosokkan di telapak tangan sehingga terasa panas, kemudian sapukan ke dada, belakang, tapak kaki bayi dan pakaikan stokin.

Letakkan sedikit di hidung dan batang hidung bayi. Selepas sapu tinggikan bantal bayi agar dia mudah bernafas.

5. Makanan berkhasiat

Petua menghilangkan selesema bukan untuk anak semata-mata. Bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya, ibu amalkanlah pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Contohnya seperti sup ayam atau daging. Masukkan lebih banyak bawang putih di dalam masakan tersebut.

Khasiatnya akan menghasilkan susu ibu yang lebih berkualiti dan sangat baik untuk bayi sebagai penawar sakit. Teruskan penyusuan secara eksklusif dengan lebih kerap walaupun anak batuk dan selesema. Jangan sekali-kali menghentikan penyusuan.

sumber: Sinar Harian

Saja salin kat sini. Nanti dah ada baby boleh rujuk sini wakakakaka. Gurau gurauu :P

Yelah kalau bayi selesema atau batuk, kesian kan tengok. Tidur tak lena, kurang selera makan, sakit.. kita yang bukan mak ayah bayi tersebut pun tak senang nengoknya. So, kalau nampak ada baby selesema dan buntu tak tahu nak buat apa untuk sembuhkan, boleh lah cuba tip-tip di atas hhehehe.

Okay daaa~ wassalam! :)
September 28, 2017

kenapa rebus ikan tongkol? here's the reason why

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Makan apa lunch ni? Atau untuk suri rumah, masak apa harini? Hehehe. Alkisah.. Tadi abi beli ikan tongkol segar untuk esok. Biasa lah, kadang-kadang saja beli siap-siap. Senang esok tak perlu dah beli lauk dah di pasar/ kedai. Okay so, topiknya sekarang adalah.. rebus + ikan tongkol.


kenapa rebus ikan tongkol? here's the reason why

kenapa rebus ikan tongkol? here's the reason why
kenapa rebus ikan tongkol? here's the reason why
Rebus bukan sekadar rebus biasa tau. Ada bahan tertentu yang dimasukkan bersama-sama ikan tongkol.

Selepas umi basuh bersihkan ikan tongkol, umi panggil.. "kakcikkk.. sini. belajar nih" sambil umi masukkan air ke dalam periuk berisi ikan tongkol dan bahan-bahan yang lain:

3-4 asam keping
1 sudu kecil garam
1 sudu kunyit

Umi mulakan muqaddimah "kakcik kena belajar ni. dulu wan (mak kepada umi) ajar umi, sekarang umi ajar kakcik".

Saya pun tengok jelah. Pelik "kenapa umi rebus ikan tongkol ni?"

Umi pun jawab "orang dulu dulu mana ada peti ais. so, dorang rebus lah macam ni bagi tahan lama".

Tapi bukan tu sahaja tau.. air rebusan tu jangan dibuang pula. umi kata air rebusan ikan tongkol tu nanti boleh dikisar (blend) sekali bersama dengan bahan-bahan masakan esok (bawang, cili). Hasilnya, masakan ikan tongkol (contohnya kari) akan lebih sedap dan umphhh! Hehehe.

Tu la sedikit tip masakan yang mungkin ada orang tak tahu. Sebab saya pun tak tahu hahaha. Biasa nampak umi buat tapi tak tahu apa fungsinya.

kenapa rebus ikan tongkol? here's the reason why
kenapa rebus ikan tongkol? here's the reason why
Oh, mungkin ada yang nak tahu berapa lama kena rebus? Dalam 5-10 minit macam tu je. 

Lepastu tutup periuk. Biar berendam. Kalau nak guna ambil lah.

Semoga bermanfaat. Daaa~ wassalam! :)

BACA JUGA:

Wednesday, September 27, 2017

September 27, 2017

Topik & Soalan Wajib Ada Dalam Exam PT3 - Cara Jawab + Tip (PART 1)

Setelah mengkaji pattern kertas peperiksaan PT3, I found that ada soalan or topik yang mesti ada. Sebab tadi saya analisis soalan-soalan percubaan dan kertas model peperiksaan PT3, saya jumpa ada beberapa topik yang mesti ditanya. Dan untuk entri kali ni, saya share satu topik/ bab dulu.



Topik & Soalan Wajib Ada Dalam Exam PT3

Kalau ikut silibus pelajaran, nama bab & subtopik bab tersebut adalah...

BAB 2 TINGKATAN 1 Urutan dan Pola Nombor

2.1 Nombor berpola / number sequence
2.2 Nombor ganjil dan Nombor Genap /odd numbers and even numbers
2.3 Nombor perdana /prime numbers
2.4 Faktor / factor
2.5 Faktor Perdana /prime factor
2.6 Gandaan /multiple
2.7 Gandaan Sepunya dan Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK) / common multiple and the Lowest Common Multiple (LCM)
2.8 Faktor Sepunya dan Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) / common multiple and the Highest Common Factor (HCF)

Exam PT3 mesti include topik ni. Sama ada dia tanya soalan faktor atau  GSTK atau HCF atau common factors ke.. I don't know and I cannot predict it. Tapi yang pasti, salah satu daripada subtopik di atas mesti masuk PT3. 

Berdasarkan analisis saya, kebiasaannya bab 2 ini akan keluar di no.1 atau no.2 PT3. Tapi ada je yang saya jumpa dia keluar kat soalan nombor belakang-belakang hahaha. Takpe asalkan ada kan. Dan soalan berkaitan bab 2 ni mengandungi 3 markah kebiasaannya.

Maka nya, sila lah khatam topik tersebut. Serius senang je.




Okay kalau minta saya terangkan one by one subtopik tersebut, saya tak mampu. So, saya share cara jawab soalan-soalan yang berkaitan dengan bab di atas dengan menjawab kertas model peperiksaan PT3 & soalan percubaan PT3 2017 matematik.

1. Kertas Percubaan Matematik 2017 MRSM

--subtopik pola nombor, faktor perdana

Soalan:
Topik & Soalan Wajib Ada Dalam Exam PT3 - Cara Jawab + Tip (PART 1)
Topik & Soalan Wajib Ada Dalam Exam PT3 - Cara Jawab + Tip (PART 1)
Jawapan:


2. Kertas percubaan Matematik 2017 Melaka

--subtopik pola nombor

Soalan:

Topik & Soalan Wajib Ada Dalam Exam PT3 - Cara Jawab + Tip (PART 1)
Topik & Soalan Wajib Ada Dalam Exam PT3 - Cara Jawab + Tip (PART 1)
3. Kertas Percubaan Matematik 2017 Kedah

--subtopik faktor

Soalan:


Topik & Soalan Wajib Ada Dalam Exam PT3 - Cara Jawab + Tip (PART 1)
Topik & Soalan Wajib Ada Dalam Exam PT3 - Cara Jawab + Tip (PART 1)
4. Kertas Model Peperiksaan PT3 Mathematics (Set 1)

--subtopik faktor

Soalan & jawapan:



5. Kertas Model Peperiksaan PT3 Mathematics (Set 2)

--subtopik pola nombor


Soalan & jawapan:


6. Kertas Model Peperiksaan PT3 Mathematics (Set 4)

--subtopik faktor sepunya terbesar (FSTB) dan gandaan sepunya terkecil (GSTK)

Soalan & jawapan:


7. Kertas Model Peperiksaan PT3 Mathematics (Set 5)

--subtopik factor & common factors


Soalan & jawapan:



Semoga berjaya!

Usaha tangga kejayaan, don't give up! Teruskan usaha!

Daaa~ wassalam :)


Topik & Soalan Wajib Ada Dalam Exam PT3 - Cara Jawab + Tip (PART 1)
TUTOR MATEMATIK & MATEMATIK TAMBAHAN (lokasi: Seremban). contact me 0172008642 if interested :)
September 27, 2017

Lirik Lagu OST Awak Suka Saya Tak? : Jangan - Aziz Harun

Hoyeahhh! Finallyyy penyanyi dari Brunei, Aziz Harun buat comeback. Tiga lagu dia yang dulu - Senyum, Beautiful, Mama (feat Elizabeth Tan) semua sedap-sedap dan sooo my taste. Dan sekarang kembali dengan lagu OST Awak Suka Saya Tak? yang bertajuk Jangan. In my opinion.. rentak lagu OST Awak Suka Saya Tak? ni just santai-santai je. Tak heavy dan just nice. Of course keunikan dan kemerduan suara Aziz Harun menambahkan lagi kesedapan lagu Jangan ni hehehe.

Lagu OST Awak Suka Saya Tak? : Jangan - Aziz Harun

Lirik Lagu OST Awak Suka Saya Tak? : Jangan - Aziz Harun
Lagu OST Awak Suka Saya Tak? : Jangan - Aziz Harun | credit: Youtube

Official Music Video (MV) Jangan - Aziz Harun (OST Awak Suka Saya Tak?)



Lirik Lagu OST Awak Suka Saya Tak? : Jangan - Aziz Harun

Verse
Tiada tiada lain ku cinta,
Hanya dirimu yang ku puja
Di mana saja pun kau berada
Di sini ku selamanya

Biarpun beribu batu
Aku akan setia menunngu
Biarpun harus ku merindu 
Hanya satu i ask for you

Chorus
Baby baby jangan jangan tinggalkan aku
Baby baby jangan jangan merajuk sangat
Sabar ku tunggu
Sampai kau rindukan ku
Sumpah sakit baby i love you

2nd Verse
Hari demi hari berganti
Sentiasa aku di sini
Menunggu saat kau sedari
Aku yang kau cintaiii

Chorus
Baby baby jangan jangan tinggalkan aku
Baby baby jangan jangan merajuk sangat
Sabar ku tunggu
Sampai kau rindukan ku
Sumpah sakit baby i love you

Bridge
Ku tahu kau mahu
Aku selalu ada dengan dirimu--uuu
Tak perlu ragu ku milik mu
This song is for you

Written & Produced by: The Faithmen & Romeo

Tudiaaa siap ada baby baby lagi hahaha okay geli sangat sebenarnya. Tapi takpelah. Still okay sebab ada beberapa bait dalam lagu ni kena dengan situasi saya sekarang acewahhh. Hahahaha. Okbai.

Lirik Lagu OST Awak Suka Saya Tak? : Jangan - Aziz Harun
Lagu OST Awak Suka Saya Tak? : Jangan - Aziz Harun
Okayyy disebabkan saya suka sangat dengan novel Awak Suka Saya Tak? yang ditulis oleh Melur Jelita ni, so I wanna share the synopsis of the drama. Saya teringin juga nak tengok drama ni tapiiii tunggu orang lain download aci tak? hahahhaa.


SINOPSIS AWAK SUKA SAYA TAK?

Kisah kasih sayang antara Hilman Yong, seorang kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha, seorang gadis Melayu. Hilman telah jatuh cinta dengan Intan sejak pertama kali ketemu lapan tahun yang lalu di sebuah restoran. Hilman, seorang yang baru mengenali Islam berdoa agar dipertemukan dengan Intan lagi. Mereka bertemu kembali dan mula rapat. Hilman cuba melamar Intan tetapi ditolak kerana Intan belum bersedia.

Tiga tahun kemudian, Intan ketemu dengan Hilman ketika mengendalikan kursus di Kuala Terengganu. Mereka kembali rapat dan merancang untuk berkahwin. Namun tragedi berlaku, Hilman kemalangan lalu hilang ingatan. Munculnya Damien yang tidak ingat akan agama. Intan berusaha untuk mengembalikan ingatan Damien kepada agamanya dan mengembalikan cintanya yang hilang.

credit: myinfotaip.com

PELAKON DRAMA AWAK SUKA SAYA TAK?


Alvin Chong sebagai Hilman Yong Abdullah / Damien Yong
Emma Maembong sebagai Puteri Intan Zulaikha


Dan disebabkan tetibe lama-lama tengok Alvin Chong, hati iols melting.. maka marilah kita tengok 'sedikit' gambar hero dan heroin drama awak suka saya tak? ni hehehe.

pelakon awak suka saya tak
Pelakon Awak Suka Saya Tak? | credit: myinfotaip.com
alvin chong awak suka saya tak
Emma Maembong & Alvin Chong | credit to the owner
pelakon drama awak suka saya tak
Hero Heroin Awak Suka Saya Tak | credit: myinfotaip.com
alvin chong dan emma maembong awak suka saya tak
Adehhh Alvin Chong why so handsome hahahaahaha | credit to the owner
Ehemmm ehem.. mata hati-hati tengok Alvin Chong tu, jangan jatuh ke hati hahahaha.

Selamat menonton drama & mendengar lagu OST drama ni! Okay daaa~ wassalam :)

September 27, 2017

first time upload video di channel Youtube!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! For the first time evah! Untuk pertama kalinya! Sayidah Napisah telah meng- upload video di channel Youtube beliau semalam yeayyyyy! tepuk tangan sikittt hehehe. Walaupun den tahu tak ada siapa nak tengok video di channel Youtube ku dan walaupun hanya ada 57 subscribers.. tetapi mengenangkan nak share ilmu dengan PT3 students, den upload kan juga hahaha.

first time upload video di channel Youtube!

first time upload video di channel Youtube!
first time upload video di channel Youtube!
4 video kesemuanya dan keempat-empat tersebut semua berkaitan dengan cara-cara menjawab dan full worked solution bagi soalan PT3 bab 2 tingkatan 1. Fyi, bab 2 ting1 ni memang hot topic yang wajib ada dalam PT3, thats why saya nak share beberapa soalan berkenaan bab ini contohnya faktor, faktor perdana, pola nombor dan faktor sepunya.


Matematik : Cara Menjawab Soalan Kertas Model Peperiksaan PT3 2017. Topik - Faktor (Bab 2 Tingkatan 1)


Matematik : Cara Menjawab Soalan Kertas Model Peperiksaan PT3 2017. Topik - Pola Nombor (Bab 2 Tingkatan 1)





Matematik : Cara Menjawab Soalan Kertas Model Peperiksaan PT3 2017. Topik - Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) & Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK) (Bab 2 Tingkatan 1)





Matematik : Cara Menjawab Soalan Kertas Model Peperiksaan PT3 2017. Topik - Faktor Sepunya (Bab 2 Tingkatan 1)





Tapi memang agak lama laa nak upload video kat Youtube ni hahaha. So, kena banyak bersabar dan memerlukan banyak data internet wakakaka.

Seronok juga sebenarnya upload video di Youtube ni. walaupun satu ketul view pun rasa dah macam terawang-awangan haha. Sayangnya, saya tak pandai nak edit-edit video ni, so buat video biasa-biasa je. Just ada background music piano yang mengiringi ku di dalam video di atas hahaha.

Korang pun upload lah apa-apa. Buat video yang best sikittt lepastu upload. Bila nampak views makin bertambah, rasa best tau. Rasa dah achieve satu kejayaan! Hehehe.

Okay lah. Daaa~ wassalam :)