ANEKA RESEPI MASAKAN KARI yang mengiurkan

by - September 09, 2017
Masakan kari sememangnya sinonim dengan masyarakat Malaysia tidak kira Melayu, Cina mahupun India. Menariknya, masakan ini boleh dipelbagaikan cara memasak dan bahan campurannya, malah rasa kari juga tetap mampu memukau selera. Tidak kira masakan kari menggunakan ikan, ayam, sotong, udang atau daging, apabila disajikan ia pasti tidak jemu untuk dinikmati. Dalam keluarga saya, umi paling tak suka makan kari. Tapi... umi masak kari memang torbaekkk! Macam kari mamak. Pekat dan cukup rasa hehe.

6 RESEPI MASAKAN KARI yang mengiurkan


1. KARI SOTONG

kari sotong
Masakan Kari Sotong
Bahan-bahan
1 kg sotong saiz XL | bersihkan 500 ml air
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
2 sudu makan rempah kari ikan | bancuh dengan sedikit air
1 sudu teh pes asam jawa
400 ml susu rendah lemak
Garam dan gula secukup rasa
1/2 batang lobak merah | dihiris memanjang 3 sm
2 biji tomato | belah empat
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 sm halia muda
1 batang serai
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 biji buah keras
5 tangkai cili kering

Cara Membuat
1. Masukkan kepala ke dalam badan sotong. Ketepikan.
2. Didihkan air dalam periuk dan celur sotong lebih kurang 2 minit. Angkat dan toskan.
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi dan pecah minyak.
4. Masukkan rempah kari ikan.
5. Kacau rata, kemudian masukkan pes asam jawa bersama susu rendah lemak.
6. Apabila kuah mereneh, masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa.
7. Selepas 5 minit, masukkan hirisan lobak merah diikuti dengan tomato. Biarkan seketika sebelum tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

2. KARI UDANG

kari udang
Masakan Kari Udang
Bahan-bahan:
500 gm udang segar | bersih dan toskan
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 sudu makan halba campur
3 sudu makan rempah kari ikan | bancuh dengan sedikit air
750 ml santan
1 sudu makan pes asam jawa
4 batang kacang bendi
2 biji tomato | belah dua
2 biji cili merah | belah dua
6 biji cili padi | buang tangkai
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis

Bahan Kisar:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
4 cm halia muda

Cara Membuat:
1. Panaskan minyak, tumis daun kari dengan halba campur hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga pecah minyak.
2. Kemudian, masukkan rempah kari ikan.
3. Setelah agak garing, masukkan santan dan pes asam jawa. Biarkan mereneh seketika. 
4. Seterusnya masukkan udang. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Akhir sekali sebelum angkat, masukkan kacang bendi, tomato, cili merah dan cilip padi. Sedia untuk dihidangkan.

3. KARI IKAN PATIN

kari ikan patin
Masakan Kari Ikan Patin // credit: masakandapurku.com
Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin | potong 4 bahagian
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
1 sudu makan halba campur
2 sudu makan rempah kari ikan | bancuh dengan sedikit air
1 sudu makan serbuk cili
150 gm yogurt
1 sudu makan pes asam jawa
250 ml susu rendah lemak
1 biji terung bulat | belah empat
1 biji tomato | belah empat
2 biji cili hijau | belah dua
Garam daan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya

Bahan Hirisan:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sm halia muda

Cara Membuat:
1. Bersihkan ikan patin dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi.
3. Masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
4. Seterusnya masukkan bancuhan serbuk rempah kari ikan dan serbuk cili.
5. Kacau rata hingga pecah minyak. Masukkan pula yogurt bersama pes asam jawa. Kacau lagi.
6. Biarkan seketika, kemudian masukkan susu rendah lemak. Biarkan kari mereneh sektika.
7. Masukkan ikan bersama terung. Selang beberapa minit, masukkan pula tomato dan hirisan cili.
8. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.

4. KARI DAGING TETEL

kari daging
Masakan Kari Daging Tetel
Bahan-bahan:
1kg daging tetel | hiris dan cuci bersih
1 liter air
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
3 sudu makan rempah kari daging | bancuh dengan sedikit air
500 ml santan
1 sudu makan pes asam jawa
1/2 batang lobak merah
150 gm brokoli
3 batang kacang panjang
2 biji cili hijau | belah dua
10 biji cili padi |  buang tangkai
2 biji tomato | belah empat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis

Bahan Rempah Penumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan Kisar:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sm halia
5 tangkai cili kering

Cara Membuat:
1. Rebus daging tetel dengan satu liter air hingga empuk.
2. Dapatkan air rebusannya sebanyak 500 ml dan ketepikan
3. Panaskan minyak, tumis rempah penumis bersama daun kari hingga wangi
4. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga pecah minyak.
5.Seterusnya, masukkan pula rempah kari daging.
6. Apabila pecah minyak, masukkan daging tetel, air rebusan dan santan bersama pes asam jawa.
7. Setelah mereneh lebih kurang 10 minit, masukkan pula lobak merah, brokoli, kacang panjang, cili hijau, cili padi dan tomato.
8. Kecilkan api dan kemudian lengkapkan rsa dengan garam dan gula secukupnya.

5. KARI AYAM KAMPUNG

kari ayam
Masakan Kari Ayam Kampung // credit: dapurmalaysia.com
Bahan-bahan:
1 kg ayam kampung | potong sederhana
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
3 sudu makan rempah kari daging | bancuh dengan sedikit air
1 sudu makan pes cili kering
100 ml air
1 sudu makan pes asam jawa
500 ml santan pekat
2 biji kentang | buang kulit dan belah empat
1 sudu makan kerisik
6 biji tomato ceri
2 tangkai cili merah | dibelah dua
Garam dna gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya

Bahan Rempah Penumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 tangkai bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan Kisar:
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih 3 sm halia
3 sm lengkuas
2 batang serai

Cara Membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis, daun kari bersama bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan rempah kari gading dan pes cili kering. Kacau seketika.
3. Seterusnya masukkan ayam dan gaul rata
4. Masukkan sedikit air supaya rempah sebati dengan ayam.
5. Setelah itu, masukkan air asam jawa, santan dan kentang. Renehkan sehingga kentang empuk.
6. Akhir sekali masukkan kerisik, tomato ceri, cili merah dan lengkapkan rasa dengan garam serta gula secukupnya. Setelah masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

6. KARI TELUR IKAN

kari telur ikan
Masakan Kari Telur Ikan // credit: najlaaimi.blogspot.my
Bahan-Bahan:
1 kg telur ikan | dibersihkan dan tos
1 makan pes cili kering
1 sudu makan halba campur
1 peket rempah kari ikan | bancuh dengan sedikit air
1 tangkai daun kari | lurutkan daun dari tangkai
1 sudu makan pes asam jawa
500 ml susu rendah lemak
150 gm yogurt
Garam, gula secukup rasa
2 biji cili hijau | belah dua
Minyak masak secukupnya untuk menumis

Bahan Hirisan:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sm halia

Cara Membuat:
1. Panskan minyak. Kemudian tumis bahan hirisan bersama halba campur hingga wangi. Masukkan pes cili kering dan kacau rata.
2. Seterusnya masukkan rempah kari ikan yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan daun kari dan kacau lagi. Setelah itu, masukkan pes asam jawa dan susu rendah lemak.
4. Selepas mendidih lebih kurang 3-4 minit, masukkan telur ikan.
5. Apabila telur ikan sudah masak, masukkan yogurt, garam dan gula secukup rasa
6. Kecilkan api, masukkan pula cili hijau dan biarkan ia mereneh lebih kurang 5 minit. Angkat dan hidangkan.


Sumber: Sinar Harian | WOW! rasa (Kelolaan: Norhasliza Mohd Shafi)

You May Also Like

4 comments

  1. ermmm....resepi ni memang menggiurkan hihi...lagi2 tgh hujan ni...

    ReplyDelete
  2. arrrggggghhhh.. stress plak.. wrong time masuk entri ni.. hahahaha~ perut dah berbunyi..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.. Kak sha baru buat kari daging semalam.. hehehe

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p