Bila Isteri Boleh Keluar Rumah Tanpa Izin Suami? - sayidahnapisahdotcom Bila Isteri Boleh Keluar Rumah Tanpa Izin Suami?
LightBlog

Bila Isteri Boleh Keluar Rumah Tanpa Izin Suami?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Rata-rata mesti dah tahu isteri kalau nak keluar rumah kena minta izin suami & kalau tanpa izin, tak boleh keluar. Rata-rata juga mesti pernah dengar cerita zaman Nabi dahulu.. di mana seorang isteri tak pergi ke pengebumian ayahnya kerana tidak mendapat izin suami. Dan pada waktu malamnya, si isteri mimpi arwah ayahnya & ayahnya memuji/ gembira kerana dia tidak keluar rumah tanpa izin suami. Dari cerita ni, kita boleh nampak betapa berharganya dan pentingnya izin suami jika si isteri mahu keluar rumah. 

Tapi.. takkan lah kalau ditimpa kesusahan di dalam rumah ketika ketiadaan suami pun tak boleh nak keluar rumah? Apakah syarat-syarat atau keadaan yang membenarkan isteri keluar rumah tanpa izin suami?


Bila Isteri Boleh Keluar Rumah Tanpa Izin Suami?

Bila Isteri Boleh Keluar Rumah Tanpa Izin Suami?
Bila Isteri Boleh Keluar Rumah Tanpa Izin Suami?
SOALAN: Boleh tak seorang isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami?

JAWAPAN (Ustaz Azhar Idrus):

Boleh.

Bila?

Darurat.

Tak darurat. Nak pergi jalan ke rumah kawan. --HARAM.

Nabi kata: mana mana isteri yang keluar rumah tanpa izin suami, maka laknat malaikat ke atas dia sampai dia balik.
Hukumnya haram.

Jadi, kalau darurat.. BOLEH.

Makna darurat?

1-- rumah terbakar
laki takde, kerja laut. Nak telefon tak boleh. Bomba kata tubik (keluar) tubik kak. "Takleh takleh. Laki tak izin". Haa mampuh mung sorang dalam tu.

2-- binatang buas masuk dalam rumah
Masuk ular tedung.. kita boleh keluar rumah. Lari balik rumah mak kita. Paham?

3-- suami nak baham (maksudnya nak pukul)

4-- nak report kejahatan suami pada kadi
Jangan minta izin pula "bang bang.. nak tubik kejap pejabat agama." "Nak buat apa?". "Nak report abang tu lah. Jahat". Haa tak boleh la gitu. Boleh keluar je.

Jadi kalau kita minta izin, "bang bang. Kita nak pergi pasar malam ni. Lepas asar japgi ni. Nak beli apam balik, char kuey teow".

Jelas kata gitu depan suami. Boleh tak tubik (keluar)? Boleh tak? Boleh tak tubik?

--Tak boleh.

Tu baru minta izin. Izin belum beri lagi. Tu baru mintak. Paham? Kena ada izin lah. Kena laki kata "ha pergi lah". Baru boleh pergi.

Biar dia (suami) kata dulu. Macam pergi rumah orang. "Assalamualaikum" "Waalaikumussalam". Boleh masuk tak?  Tak leh. Kena tuan rumah kata "masuk masuk. Masuklah". Baru boleh masuk.


Bila Isteri Boleh Keluar Rumah Tanpa Izin Suami?

Post a Comment

1 Comments

  1. haha comel je part : "bang bang.. nak tubik kejap pejabat agama." "Nak buat apa?". "Nak report abang tu lah. Jahat". Haa tak boleh la gitu. Boleh keluar je.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p