October 2017 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Tuesday, October 31, 2017

October 31, 2017

Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Hari Raya Haji yang lepas meriah kat rumah dengan adik beradik and the family berkumpul. Waktu last day mereka di Seremban, kakyong saya ada buat air koktel buah yang sangat mudah dan simple dan senang je untuk dibuat. Saya yang hanya tolong kakyong buka tin-tin kat situ pun rasa "ohhh mudah je nak buat air koktel buah ni" cewahhh berlagakkk bak hang hahaha.


Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!

Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Bahan-bahan:

Laici tin
Susu pekat
Susu cair
Nata de coco (bekas besar)
Sumi, sumi mangga
Buah-buahan campur 1 tin
Buah anggur
bahan-bahan Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Bahan-bahan untuk membuat air Koktel Buah | Mudah dan Sedap!
Cara-cara membuat air koktel buah:



1. Masukkan sekali semua ke dalam jag/ bekas: susu pekat setengah tin + susu cair satu tin + satu cawan air panas + satu tin laici + satu bekas nata de coco + sumi + buah-buahan.

2. Kemudian, masukkan air sejuk ke dalam campuran koktel tersebut.

3. Kacau hingga sebati.
Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
4. Masukkan ais ketul supaya koktel menjadi sejuk so that bertambah sedap! (p/s: jangan masukkan ais ketul awal-awal ye)

Siap untuk dihidang!

Air koktail ni syok kalau buat time ramai orang ada. Time majlis ke, party ke, open house ke, time saudara mara datang rumah ke, time raya, time semua berkumpul.. memang best!
Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Koktel Buah siap untuk dihidang!
Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
siapa yang nakkk air koktail buah ni? meh cawan hehehe
Boleh adjust berapa banyak susu pekat kita nak masuk. ikut suka kita nak masuk banyak mana. Kalau jenis yang tak suka manis sangat, boleh kurangkan. Kalau jenis suka manis sweet sweet, boleh banyakkan. No problem.

Haritu kakyong masukkan setengah tin susu pekat pun rasa perghhh dah manis ngatttt. Yelaaa sebab air tin laici + nata de coco dah sedia manis. Ditambah lagi dengan susu pekat, lagi laa bertambah manis. Tapi orang lain suka je air koktel manis-manis. Saya je jenis yang suka tak berapa manis. So, saya ambil air koktel sikit je dan banyak ratah nata de coco hahahaha.

Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Tapi ALERT dan WARNING ye.. bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis a.k.a diabetes, dilarang sama sekali minum air koktail buah ni even sesudu pun hahahhaa sebab manis sangat ya rabbi. Kang gula dalam badan naik mendadak, siapa yang susah? Diri sendiri jugaa.

Okay, selamat mencuba!

Daaa~ wassalam :)

Sunday, October 29, 2017

October 29, 2017

puisi #32 sepucuk rindu

Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.



puisi #32 sepucuk rindu

puisi #32 sepucuk rindu
puisi #32
Kelmarin,
ada kutuliskan sepucuk rindu,
yang kukirim,
ke alamat hatimu,
ke daerah jiwamu,
ke negeri batinmu.

Hari ini,
sudahkah engkau,
menerima sepucuk rindu itu,
yang didalamnya,
punya sebelah hatiku.




p/s: goodnite! :)

Saturday, October 28, 2017

October 28, 2017

Aku Bukan Malaikat - Dato Siti Nurhaliza | lagu ciptaan Opick

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Sebenarnya dah lama nak buat entri lagu Dato Siti Nurhaliza yang best bangeettt; Aku Bukan Malaikat ni. Tapi asyik tanguh-tanguh je dan perap dalam draft hahaha. Disebabkan banyak kali dah dengar lagu Aku Bukan Malaikat keluar di radio ikim.fm dan tiap kali keluar tu lah, saya ikut Siti menyanyi dengan penuh perasaan, emosi dan penghayatan hahaha.. makanya, marilah kita menghayati lagu islamik ciptaan Opick ni bersama-sama.


Aku Bukan Malaikat - Dato Siti Nurhaliza | lagu ciptaan Opick

Aku Bukan Malaikat - Dato Siti Nurhaliza | lagu ciptaan Opick
Aku Bukan Malaikat - Dato Siti Nurhaliza | lagu ciptaan Opick
LIRIK VIDEO DATO SITI NURHALIZA - AKU BUKAN MALAIKAT


Lirik Lagu Aku Bukan Malaikat - Dato Siti Nurhaliza

Aku bukan malaikat
Yang tak pernah berbuat salah
Aku bukan bidadari
Yang selalu menyenangkanmu

Aku adalah separuh sayapmu
Bawalah aku selalu bersamamu
Menuju keabadian yang bahagia
Selamanya

Chorus:
Kau bisa syurga,
bisa neraka.
Kau bisa malam,
bisa siangku
Kau bisa luka,
bisa bahagia
Dalam hidupku.
Kau bisa syurga,
bisa nerakaku.
Kau bisa tawa,
bisa tangisku.
Hantarkan aku dengan cintamu..
pada Sang Maha Cahaya



tenangkan aku kekasih
jangan biarkan merapuh
jagalah diriku
jagalah jiwaku

tenangkan aku kekasih
jangan biarkan merapuh
jagalah diriku
jagalah jiwaku

chorus

Aku bukan malaikat, yang tak pernah berbuat salah
Aku bukan bidadari, yang selalu menyenangkanmu.

Aku Bukan Malaikat - Dato Siti Nurhaliza | lagu ciptaan Opick
Aku Bukan Malaikat - Dato Siti Nurhaliza | lagu ciptaan Opick
Best kan lagu Dato Siti ni? paling best part yang "aku bukan malaikat, yang tak pernah berbuat salah"

Yeahhh right. kita bukan malaikat.. kita hanya manusia. yang selalu berbuat salah, melakukan kesilapan dan tak sentiasa menyenangkan.

Tapi rasanya lagu ni tentang suami dan isteri. Suami dan isteri harus saling melengkapi; bukannya hanya mengharapkan kesempurnaan dari pasangan semata. :)

Friday, October 27, 2017

October 27, 2017

puisi #31 tidak disapa bukan dilupa

Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.



puisi #31 tidak disapa bukan dilupa

puisi #31 tidak disapa bukan dilupa
puisi #31 tidak disapa bukan dilupa
KAWAN

kawan,
tak semestinya harus selalu berjalan seiringan
kau di depan,
aku dibelakang pun tak mengapa
asalkan aku tak terus kau tinggalkan,
terus dibuang ingat tiada.

seorang kawan,
untaian doa jadi senjata
tidak disapa bukan dilupa
walau perahu tidak berdayung
ombak bergunung tetap ditempuh

dua orang kawan,
janjinya terpahat di langit
ada kala datang hujan, kilat dan ribut menghias
angkasa
tapi sampai masa
akan tetap bersinar juga

nukilan: Wan Nurhidayat Wan Muhamad


p/s: selamat malam! :)

puisi #31 tidak disapa bukan dilupa
puisi #31 kawan
October 27, 2017

Step by step Istikharah

Jika kita merasa tiada keberkatan dalam kerjaya sekarang atau berniat untuk beralih kepada profesion lain, lakukanlah istikharah. Jika kita merasa keliru dalam membuat keputusan dalam apa jua hal (jodoh, tempat tinggal, tempat kerja, further study, keluarga, pelajaran dan lain-lain), lakukanlah istikharah. Minta petunjuk dari Allah Yang Maha Mengetahui masa lalu dan masa hadapan.

Step by step Istikharah

Step by step Istikharah
Step by step Istikharah

Cara Istikharah:


1. Berwuduk dengan sempurna

2. Laksanakan solat dua rakaat

3. Selepas solat, berdoa seperti berikut:

Step by step Istikharah
Step by step Istikharah
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung. Kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau mengetahui hal yang ghaib.

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku, baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlab ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkat kepadaku dalam menjalankannya.

Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku, baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang, maka jauhkanlah urusan itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, redakanlah aku dengan ketetapan tersebut."
Kemudian sebutkan hajat itu.

(Riwayat al-Bukhari)

4. Yakinlah bahawa Allah yang akan memberi petunjuk.

5. Ulangi pada masa yang lain (jika perlu).

6. Selepas hati telah yakin, laksanakan niat anda dan bertawakal.

Step by step Istikharah

Thruthfully saya tak pernah pun solat istikharah tapi doa minta petunjuk tu selalu la dari Allah hehehe.

Sebenarnya, istikharah ni menunjukkan kita hanya bergantung kepada Allah. Kita berharap hanya kepada Allah supaya dapat pilih keputusan yang terbaik. Kita minta petunjuk dari Allah. Kita minta Allah bantu gerakkan hati kita dalam membuat keputusan yang tepat. Kita minta Allah kuatkan hati dalam memilih keputusan yang diberkati inshaaAllah.

Thursday, October 26, 2017

October 26, 2017

Pendiam tak bermakna dia tu sombong

Saya bukanlah seorang yang pendiam. Tapi ada certain certain masa, jadi pendiam juga lah hahaha.

Sebelum ni saya pernah buat satu entri berkaitan dengan sifat pendiam. Saya menceritakan tentang cara berkomunikasi dengan lelaki/perempuan yang pendiam. Boleh baca di SINI.


"Pendiam tak bermakna dia tu sombong"


PENDIAM
tak bermakna dia tu sombong,
cuma kadang pendiam sebab dia lebih selesa begitu.

Orang pendiam jenis suka perhati,
kalau dia mula berkata, terdiam seribu bahasa yang lain dengar.

Dia hanya berkata, apa yang perlu.

Pendiam tak bermakna dia tu sombong

Saya ada je kawan dan saudara yang jenis pendiam. Tapi okay je berbual dengan rancak dan seronoknya bila kita dah mulakan perbualan hehhee.

October 26, 2017

Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Yeayyy finally! Akhirnya saya dapat juga tonton filem Tombiruo : Penunggu Rimba di pawagam yang kini menjadi bualan hangat rata-rata rakyat Malaysia. But first of all, tahniah buat filem Tombiruo: Penunggu Rimba kerana telah berjaya memungut kutipan RM4 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan sejak 12 Oktober 2017 yang lalu. You deserve it, Tombiruo!

Tombiruo: Penunggu Rimba menyaksikan gabungan empat syarikat iaitu Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan berkolaborasi buat kali pertama selaku penerbit. Filem ini menyaksikan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Farah Ahmad, Atu Zero, Hasnul Rahmat, Michael Chen, Datuk M Nasir, Datin Marlia Musa, Faye Kusyairi dan ramai lagi.

Seperti yang kita semua tahu.. filem Tombiruo: Penunggu Rimba diadaptasi dari karya novelis thriller nukilan Ramlee Awang Murshid. So, siapa yang dah baca novel Tombiruo yang pertama ni mesti dah pun tahu dan acknowledge bahawa cerita Tombiruo is amazingly memang best dan penuh dengan debaran. Cumanya persoalan di sini.. adakah filem Tombiruo best ataupun tidak? Biasa-biasa sahaja ataupun setaraf antarabangsa?


Sinopsis Filem Tombiruo : Penunggu Rimba

Sebelum den review, moh le baca sinopsis Filem Tombiruo : Penunggu Rimba ni dulu. So that korang boleh dapatkan gambaran dan feel sikit.

Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017)
Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017) | credit gambar: Astro Awani
Secara ringkas, filem ini menceritakan tentang Ejim, lelaki bertopeng yang digelar sebagai Tombiruo oleh penduduk di Sabah kerana menganggapnya sebagai penunggu rimba. Kehadiran Tombiruo penuh misteri dan sering ditakuti serta dicaci penduduk. Apabila Wong dan kuncu-kuncunya buat kacau di kampung untuk meneruskan aktiviti empangan, satu insiden telah berlaku dan menimbulkan kemarahan Tombiruo.

Sementara Amiruddin anggap Tombiruo punca keperitan hidup keluarganya. Wartawan Wan Suraya ikuti perkembangan isu syarikat Tan Sri Berham turut mengikuti jejak Tombiruo. Wan Suraya dapat rasakan Tombiruo tidak membahayakan seperti diperkatakan.

Namun, apabila Amiruddin dan Tombiruo bertemu, mereka bertarung demi bela nasib orang-orang yang mereka sayangi. Bagaimanapun satu demi satu rahsia mula terbongkar selepas pertemuan mereka itu. Apakah rahsia itu? Saksikan filem ini di pawagam!

credit sinopsis: Sinar Harian.
pelakon tombiruo
krew dan pelakon Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | credit gambar: Astro Awani
Para Pelakon & Nama Watak Filem Tombiruo : Penunggu Rimba

Zul Ariffin - Ejim @ Tombiruo.
Farid Kamil - Amiruddin
Nabila Huda - Wan Suraya
Faizal Hussein - bapa Ejim
Hasnul Rahmat - Uncle Juslan
Farah Ahmad - Bobohizan
Atu Zero - Ondu
Michael Chen - Wong
Datuk M Nasir - Tan Sri Berham
Datin Marlia Musa - Bonda
Dynas Mokhtar - Baizura


Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba - Filem Aksi Thriller No.1 Malaysia A++

Secara jujurnya, saya sangat sangat enjoy menonton filem ni. Tak ada masa laa nak rasa boring atau mengantuk. Penuh dengan aksi dan thriller. Penuh dengan debaran dan tension. Saya bagi A+ overall.

Yang saya kagum, scene pukul memukul dan lawan melawan nampak real & bukan fake. Nampak ganas & bukannya lembik. Nampak tough & bukannya hanya "kau pukul aku sini sikit, kau pukul aku sini sikit" hahaha. Bila Wan Suraya kena tolak dengan Wong pun memang real. Bukannya just tolak-tolak sotong. Dari segi tu, memang patut dipuji.

Dari segi CGI (imej janaan komputer) yang diterapkan dalam filem ni pun memang harus dipuji. Babak terbakar, babak yang melibatkan api, babak akar pokok, babak lantai hutan terbelah, babak rumah Ejim dalam hutan. Nampak sooo real!

Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017)
Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017)
Scene paling best? Mesti lah scene six pax Ejim wakakakaka. Okay gurauu.. Actually, semua scene best. Tapi scene yang pada saya "perghhhhh walawehh!" adalah:

1. scene di mana sesi kereta kejar mengejar di jalan raya. Seriussss babak ni DAEBAKKKKK! Ejim mendaratkan dirinya ke atas kereta konco Wong. Lepastu Wong tembak kereta belakang. Then Ejim pun jadi tak stable then bergayut kat pintu kereta. Lepastu time jatuh dari kereta pun perghhhh soo dramatic and real! Dan macho hahahahaha.



2. scene di mana Ejim terkurung dalam satu tempat oleh Wong & konco-konconya. Haa tu memang best. Dengan scene kaca gelas pecah + dinding kayu pecah + Ejim keluar dari tempat tu dengan macho nya.. perghhh dah macam taraf antarabangsa dah aksinya hehehe.

Tapi ada satu je scene yang saya agak kureng.. Scene 'kelakar' +  agak 'tak menjadi' bagi saya adalah ketika scene Ejim menyelamatkan Wan Suraya daripada terkena letupan di dalam hutan. Alaaa scene yang di mana Wong tembak dua ketul fire extinguisher yang diikat di batang pokok, then peluru tu memantul ke arah Wan Suraya. Wan Suraya dah kata STOPPPP kat Ejim supaya Ejim tak pergi situ tapi Ejim tetap pergi berlari selamatkan Wan Suraya. Haa start dari Wan Suraya kata STOPPPP tu lah yang kelakar. Maybe sebab slow motion nya lamaaaaaaa sangat & riak muka Wan Suraya time tu kelakar, haa kan saya dah tergelak masa tu. scene tu sepatutnya jadi scene yang mendebarkan dan serius tau, tapiii tu lah. hahahhaa.

Oh baru saya ingat ada satu scene yang berjaya mengalirkan air mata saya sobsob. Time Ejim menangisi ayahnya yang meninggal dunia dan pada masa yang sama Amiruddin  pun menangisi isterinya yang juga telah meninggal dunia. Perghhh serius time tu rasa menusuk gilos kesedihan dalam hati. Saya ni kalau melibatkan ahli keluarga yang mati, memang feeling sedih tu natural je datang. Plus, dengan lakonan Ejim & Amiruddin yang menangis bersungguh-sungguh, real dan nampak sangat terseksa apabila kehilangan orang yang paling disayangi..

Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017)
Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017)
Saya tak boleh nafikan yang saya nampak visual dan imej Ejim ni serupa Ong Bak. Lagi-lagi bila Ejim berlari dan berlawan. Kenal tak Ong Bak? Bukan tom tom bak ye hahaha. Ong Bak -- berlakon watak hero dalam filem Thailand, Ong Bak yang sangat ganas dan cekap berlawan hanya dengan menggunakan anggota badan. Disebabkan saya suka Ong Bak, so saya suka sekali si Ejim ni hahaha.

Rasa macam sekejap je masa berlalu bila cerita dah sampai penghujung. Rasa macam nak panjangkan lagi je duration filem Tombiruo tu hahaha.

Tapi satu je yang saya nak tahu.. adakah pemandangan-pemandangan yang lawa dalam filem ni real atau CGI semata? Benar atau fake sahaja? Sebab kalau the scenery was real, perghhhh memang menakjubkan! Kalau fake, kbaii haha.

Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017)
tiket wayang Filem Tombiruo : Penunggu Rimba di TGV Cinemas Aeon Seremban 2, Negeri Sembilan
By the way.. at the veryyyyyy end of the film.. ada hint yang menunjukkan lepas ni bakal ada sambungan. Sebab kalau diikutkan novel, memang ada sekuel Tombiruo pun. Ada 3 novel.

Mengikut sumber yang saya dapat dari berita Astro Awani:


Penulis thriller tersohor negara Ramlee Awang Murshid berharap sekual untuk filem Tombiruo : Penunggu Rimba akan dapat diterbitkan tidak lama lagi.


Katanya, beliau percaya semua pihak yang terlibat dalam filem "Tombiruo: Penunggu Rimba” akan memutuskan mengenai sambungan filem berkenaan sekiranya ia mendapat sambutan hangat.



Jelasnya beliau sudahpun membayangkan skrip bagi filem sekuel terbabit yang akan diadaptasi dari novel Tombiruo: Semangat Hutan.

Begitupun, pembikinan filem ini mungkin lebih sukar memandangkan ia akan melibatkan babak pertarungan yang lebih mencabar.

ramlee awang murshid tombiruo
novelis thriller Filem Tombiruo : Penunggu Rimba - Ramlee Awang Murshid
Tudiaaa tudiaaa. Akan ada sambungan! Okayy kalau macam tu, saya kena khatam lah novel yang kedua pula hahahaha. Baru faham jalan cerita.

Okay itu sahaja~ Daaa wassalam :)

Lagu OST Tombiruo: Penunggu Rimba | Ribut Hati oleh penyanyi Aina Abdul (LIRIK VIDEO)


October 26, 2017

Soalan Percubaan SPM 2017 Matematik Tambahan + Skema Jawapan | Pahang, Terengganu & Perlis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~! Lebih kurang dua minggu je lagi peperiksaan sebenar SPM 2017 di seluruh negeri akan bermula! Woww nak dekat dah hehe. So, macam mana persediaan uollsss calon-calon SPM subjek Matematik Tambahan ni? Dah try jawab soalan percubaan SPM 2017? Kalau tak tahu jawapan bagi soalan percubaan SPM tersebut, ushar je skema jawapan, tengok macam mana jalan kerja dan jalan kira dia bagi.

Sebelum ni saya ada share soalan-soalan percubaan SPM 2017 addmaths + skema jawapan bagi negeri Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan. Boleh klik di SINI for those yang tak ushar lagi. 

Kali ni, saya nak kongsikan soalan trial 2017 dan skema jawapan bagi negeri Pahang, Terengganu dan Perlis pula.


Soalan Percubaan SPM 2017 Matematik Tambahan + Skema Jawapan | Pahang, Terengganu & Perlis

Soalan Percubaan SPM 2017 Matematik Tambahan + Skema Jawapan | Pahang, Terengganu & Perlis
don't give up! ::: Soalan Percubaan SPM 2017 Matematik Tambahan + Skema Jawapan | Pahang, Terengganu & Perlis
KERTAS SOALAN PERCUBAAN SPM 2017 PAHANG


KERTAS SOALAN PERCUBAAN SPM 2017 TERENGGANU


KERTAS SOALAN PERCUBAAN SPM 2017 PERLIS



Saya ada jumpa yang soalan peperiksaan percubaan SPM 2017 negeri JOHOR punya; both soalan kertas 1 dan kertas 2 tapi...... tak ada skema jawapan =.= So, saya decide tak payah la letak link soalan trial Johor kat sini sebab answer sheet bukan ada pun. Kalau nak buat nanti, tak tahu jawapan salah ke betul sebab takde skema. 

Tapi in case kalau ada yang nak jugaaakk, boleh klik SINI. Jangan kata hakakkkkk comel tak payung korang kay? Hahahaha.

Soalan Percubaan SPM 2017 Matematik Tambahan + Skema Jawapan | Pahang, Terengganu & Perlis

Goodluck adik adikkk SPM! ;)

Soalan Percubaan SPM 2017 Matematik Tambahan + Skema Jawapan | Pahang, Terengganu & Perlis

Wednesday, October 25, 2017

October 25, 2017

Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaaa~! Pernah dengar tak nasi vanggey? Saya tak  pasti sama ada Restoran Nasi Vanggey ni hanya ada di Sri Gombak or ada cawangan kat tempat lain juga. 

Tapi yang pasti, it was a first time saya dengar nama Vanggey haritu. So.. what does it look like and how does it taste?


Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak

Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Okayy memandangkan saya pergi ke Restoran Nasi Vanggey tu awal pagi, lebih kurang pukul 7 pagi lebih. So, nasi vanggey nya tiada. Yang saya makan breakfast haritu di Restoran adalah nasi lemak + ayam Nasi Vanggey + telur mata. 

Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Nasi Vanggey di Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Kalau betul-betul nak merasa Nasi Vanggey, sila lah datang dalam pukul 11 pagi macam tu, inshaaAllah dah ada dah. Kalau pagi-pagi untuk breakfast tu memang tak ada lagi lah kehadiran Nasi Vanggey tersebut.

Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Nasi lemak + ayam signature Nasi Vanggey di Sri Gombak + telur mata
Saya tak habis makan pun sebab:

1. masa breakfast tu masih awal pagi lagi
2. banyak gilos nasi dia & ayam dia agak besar
3. mungkin sebab nervous nak jumpa ketua editor Physics & Matematik Oxford Fajar selepas sarapan tu. hahaha.

Time breakfast di Restoran Nasi Vanggey.. in case kalau taknak nasi lemak + ayam nasi vangey atau telur mata or ayam goreng biasa.. ada je roti canai, kuih muih, kuey teow bagai semua tu. Don't worry

Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
abi order nasi lemak di Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Harga nasi lemak + ayam signature Nasi Vanggey + telur mata? Okay maaf sebab dah lupa harga nya berapa hahahaha. Sorrryy. Sebab dah agak lama juga sebenarnya saya pergi Restoran Nasi Vanggey di Gombak Prima ni. So, kinda not remember exactly how much the price is. Tapi dalam range RM8-12 macam tu laaa. Yang pasti, under RM15 laa.

Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Ohh.. sedap ke tak sedap ek ayam Nasi Vanggey ni?

Bagi saya.. sedap. Delicious. Tapi tak ada laaa perasaan WOW SEDAP GILOS RASA NAK BELI LAGI 10 KETUL BAWA BALIK RUMAH! Haa takdelah perasaan menakjubkan gitu hahaa. Sedap yang errrmmm dapnye! Then, okay thats all. hahaha.

Tapi, kena ingat yang.. kena cuba sendiri kerana lain orang, lain taste dia. Heee.

Eh jangan pergi dulu!

Saya nak beritahu sedikit fakta tentang Nasi Vanggey ni. Setelah buat research sikit..

Asal usul Nasi Vanggey & maksud di sebalik 'Vanggey':

-- perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah dari Ipoh, yang terkenal kerana menyediakan nasi 'Vanggey' atau 'Nasi Ganja'.

-- kisah kedai nasi 'Vanggey' di Ipoh : semua bangsa gemar menikmati nasi kandar itu dengan minuman disediakan oleh sebuah kopitiam Cina.

-- ruang kecil yang diusahakan oleh peniaga berketurunan India Muslim, terletak di dalam Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom, sudah mula berniaga nasi kandar itu selama 59 tahun sejak 1957, sebagai antara kisah yang melambangkan perpaduan.

-- pemilik kedai itu yang bernama Mohammad Nihmathullah menarik pelanggan dengan melaungkan "vanggey, vanggey, vanggey" dalam bahasa Tamil yang bermakna 'sila datang'.

-- perniagaan keluarga itu bermula pada tahun 1955 oleh moyang beliau, Kassim Mohammad, seorang yang berketurunan India Muslim.

-- Nasi 'Vanggey' yang hanya boleh didapati di Ipoh (tapi sekarang dah ada cawangan) dan makanan kegemaran pelanggan adalah ayam dan daging lembu masak merah dan kicap, dengan sambal kelapa, bersama hidangan lain seperti ikan, sotong, kambing dan sayur-sayuran.


MOHAMMED Nihmathullah Syed Mustafa menghidangkan 'Nasi Ganja' kepada pelanggan, Muhd Zaidi Mood di Kedai Kopi Yong Suan, Ipoh
MOHAMMED Nihmathullah Syed Mustafa menghidangkan 'Nasi Ganja' kepada pelanggan, Muhd Zaidi Mood di Kedai Kopi Yong Suan, Ipoh. - Foto BERNAMA
"Perkongsian premis berlaku sebaik selepas merdeka dan berterusan hingga ke hari ini dengan generasi ketiga pemilik asal bangunan itu, mendiang Ang Pang Piew," - Pemilik Kedai Kopi Yong Suan, Ipoh.

"Resepinya adalah rahsia yang hanya chef sekarang dan waris kepada perniagaan yang tahu. Jika kami membuka cawangan baharu, salah seorang daripada mereka akan berkhidmat di Putrajaya," - Mohammad Nihmathullah.

sumber info Nasi Vanggey Ipoh di atas - Berita Harian

Haaa popular dan famous amos rupanya Nasi Vanggey ni hahaha. Saya je yang tak tahu dan ketinggalan zaman tsk tsk tsk.

Tiba-tiba teringin nak cuba Nasi Vanggey yang the original one punya kat Ipoh tu. Nampak sedap bebeno dalam gambar atas tu hahaha.

Okay itu sahajaaa.. kalau ada kesalahan fakta atau kekurangan ketepatan fakta tersebut.. minta maaf ye.

Daaaa~ adios! Wassalam :)

Tuesday, October 24, 2017

October 24, 2017

Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Rawat Jeragat

Jika diberi pilihan untuk menggunakan produk anti jeragat yang berkualiti, mendapat kelulusan KKM & HALAL, bebas hydroquinone dan merkuri serta ringkas penggunaannya, adakah saya akan menolak? Of course not! Produk macam ni lah yang kita cari! Eh, produk apa yang saya maksudkan tu? -- Royale Nu Diamant Serum Plus+ lah. Royale Nu Diamant Serum Plus+ ni diperkaya dengan Apple Stem Cell & rumpai laut tau! Kedua-dua bahan ni merangsang penghasilan sel kulit baru untuk merawat sel kulit mati. Tambahan lagi, campuran dua bahan utama ni menyebabkan dua kali ganda lagi berkesan!

Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Merawat Jeragat
Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Merawat Jeragat
Haa mesti nak tahu kan apa kelebihan dan keunikan produk kecantikan Royale Nu Diamant serumplus ni..


Keunikan & Kelebihan Royale Nu Diamant Serum Plus+


Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Merawat Jeragat
Royale Nu Diamant Serum Plus+
1. Bahan utama Apple Uttwiller Spatlauber hanya terdapat di Pergunungan Alps Swiss Utara. Merangsang penghasilan sel baru merawat jeragat & kedutan

2. Diadun dengan rumpai laut (Phycojuvenine) yang merangsang pembentukan sel baru & kolagen kulit (Double Effect Serum).

3. Teknologi PhytoCellTecTM mengambil ekstrak terbaik sahaja dalam sebiji apple. Lebih pekat dan berkualiti dengan 1 botol untuk memberi kesan optimum.

4. Dihasilkan dalam bentuk serum iaitu molekul halus. Mudah meresap sampai ke akar kulit dalam supaya kesan lagi cepat. Kesannya, lebih cepat merawat jeragat, parut jerawat.

Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Merawat Jeragat
tarikh expired produk Royale Nu Diamant Serum Plus+ lagi tiga tahun hehhee
5. 3 in 1 (toner, serum & moisturizer). Mudah, jimat wang & jimat masa dengan hanya 1 botol serum. Tidak perlu guna toner & moisturizer. Hanya guna pencuci muka (cleanser) dan serum dah cukup.

6. Moisturizing effect, melembapkan kulit (mengatasi masalah kulit kering), mengelakkan kedutan di muka dan meghilangkan garis-garis halus

7. Bahan asas yang diuji di dalam makmal dan dikaji secara klinikal serta penghasilan produk dipantau oleh “in-house doctor”

Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Merawat Jeragat
BUKAN SEKADAR EPAL BIASA.. Ujian makmal membuktikan ektrak Malus Domestica (Apple Stem Cell) mampu merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru)
8. Halal dari JAKIM (MS2200-2008 1042-03/2015). Gunakan tanpa was-was. Don't worry, selamat!

Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Merawat Jeragat
kotak produk Royale Nu Diamant Serum Plus+
9. Diluluskan oleh KKM (NOT160101410K). Tidak perlu risau tiada barang terlarang. Bebas hydroquinone dan merkuri. Jangan ragu-ragu.

Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Merawat Jeragat
Royale Nu Diamant Serum Plus+ : serum dalam bentuk spray
10. Bungkusan dalam bentuk spray. Kemas, rapi dan tidak akan tertumpah. Mudah untuk dibawa ke mana-mana.

11. Sumbangan ke Kompleks Tahfiz Darul Tuba bagi setiap pembelian Serum Plus+ membeli sambil beramal.

Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Merawat Jeragat
Royale Nu Diamant Serum Plus+ exclusive
4 Manfaat Serum Plus+ Royale NuDiamant

1) Membantu kulit muka bebas jeragat punca tona muka tak sekata dan bermisai supaya muka kelihatan bersih dan sekata. (ISU INI DIHIGHLIGHTKAN)

2) Menghilangkan kedutan punca muka nampak kusam & tua dari usia supaya muka kembali remaja

3) Mengecilkan liang pori punca muka berminyak & berjerawat supaya muka nampak flawless dan glowing

4) Memudarkan parut & 'stretchmark' punca kecacatan kulit agar kulit nampak bersih dan licin


Cara Penggunaan:


Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Rawat Jeragat
cara menggunakan Royale Nu Diamant Serum Plus+ 
+ bersihkan muka dan keringkan

+ sapu pada muka secara bulatan

+ kekerapan: 1-2 kali sehari

Testimoni Sebenar  Royale Nu Diamant Serum Plus+


Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni yang saya tunjukkan di atas tadi kebanyakannya pelanggan berumur 30 tahun ke atas. Serum plus ini memang sesuai dan mesra untuk kulit wanita matang. Tapi yang berumur bawah 30 tahun pun digalakkan memakainya. Seperti saya.. walaupun baru berumur 24 tahun, saya guna serum ni bagi mengelakkan kedutan dan garis halus di muka saya.

Serum Royale ni memang best tau! Selepas 7 hari saya menggunakan serum plus Royale, perubahan yang paling ketara adalah tona kulit muka saya makin sekata dan bertambah baik. Kulit muka saya menunjukkan kesan yang positif selepas saya mengamalkan serum ini setiap kali selepas mencuci muka everyday.


Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Rawat Jeragat
Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Rawat Jeragat
Apa yang saya boleh simpulkan, serumplus Royale Nu Diamant ni banyak manfaatnya dan boleh merawat:

✔Jeragat
✔Tona tak sekata
✔Kulit kering
✔Kulit kusam
✔Kedutan
✔Kulit kering
✔Liang pori terbuka
✔Parut jerawat

Berminat? Boleh order dengan saya di  0172008642


#serumplus #beauty #beautyskin #produkkecantikan #skincare #antiaging #nakcantik #awetmuda #healthyskin #serumhalal #serum3in1 #instagram #instabeauty #applestemcell #royalenudiamant #royalenudiamanthq #antijeragat #cantik #serum #jeragattiada