4 Panduan Memilih Tali Pinggang Yang Betul

by - October 13, 2017
Ramai wanita memandang remeh tentang pemilihan tali pinggang yang betul. Pemakaian tali pinggang yang bersesuaian akan menjadikan keseluruhan penampilan tampak sempurna. 

Gabungan rona, kedudukan tali pinggang serta gaya helaian perlu seiring bagi memastikan ia sempurna. Beberapa perkara perlu diambil kira sebelum para wanita mengenakan tali pinggang.

4 Panduan Memilih Tali Pinggang Untuk Wanita

4 Panduan Memilih Tali Pinggang Yang Betul
4 Panduan Memilih Tali Pinggang Yang Betul | credit: wartawanita.com
1. KETAHUI PARAS PINGGANG

Jika anda mempunyai badan yang pendek atau rendah, kedudukan tali pinggang di hadapan seeloknya direndahkan sedikit manakala di bahagian belakang perlu jatuh di atas garisan pinggang. Manakala bagi yang tinggi pula, anda perlu memakai tali pinggang pada paras pinggang sebenar anda.

4 Panduan Memilih Tali Pinggang Yang Betul
4 Panduan Memilih Tali Pinggang Yang Betul | credit: wartawanita.com
2. KELEBARAN TALI PINGGANG

Keleberan tali pinggang mempengaruhi keseluruhan penampilan. Bagi yang mempunyai badan besar, anda dinasihatkan agar memilih saiz tali pinggang yang sedikit lebar. Bagi si badan kurus pula, tali pinggang yang sesuai buat anda ialah daripada jenis skinny belt.

4 Panduan Memilih Tali Pinggang Yang Betul
Panduan Memilih Tali Pinggang Yang Betul | credit: sinarharian.com.my
3. PERMAINAN RONA

Pemilihan rona bergantung pada apa yang ingin anda tonjolkan. Jika anda mengenakan helaian polos, jadikan tali pinggang sebagai item statement dengan memilih rona yang terang atau bercorak. Ia akan menjadikan penampilan anda lebih seimbang dan tampak sempurna.

4. TAMBAH LAPISAN HELAIAN

Anda boleh menambah lapisan helaian seperti kardigan ataupun jaket bagi menyempurnakan penampilan. Selain itu, ia juga mampu menambah dimensi tekstur yang boleh menyelamatkan keseluruhan gaya. Rona lapisan helaian yang dipilih haruslah senada dengan gaya anda. Jangan memilih rona yang terlalu garang atau terang kerana ia akan membuatkan anda tampak seperti badut.

Sumber: Akhbar Sinar Harian (Bahagian Pentas Fesyen | Teks: Fadhli Ismail)


Saya sebenarnya tak pernah pakai pun tali pinggang; tak kisah lah sama ada untuk majlis formal atau keluar santai dengan kawan-kawan. I never wear belt. Hahaha. So, tak berapa nak peduli tips atau cara bagaimana untuk memilih tali pinggang yang sesuai dengan diri.. tapiii mungkin ada ramai para wanita di luar sana yang mementingkan ketrampilan elegan dengan memakai tali pinggang untuk melengkapkan fesyen mereka, makanya saya share lah EMPAT panduan di atas.

Hope it helps! 

Daaa~ wassalam :)

You May Also Like

1 comments

  1. kak pip pakai tali pinggang main beli kalau suka jer :))

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p