Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak - sayidahnapisahdotcom Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
LightBlog

Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaaa~! Pernah dengar tak nasi vanggey? Saya tak  pasti sama ada Restoran Nasi Vanggey ni hanya ada di Sri Gombak or ada cawangan kat tempat lain juga. 

Tapi yang pasti, it was a first time saya dengar nama Vanggey haritu. So.. what does it look like and how does it taste?


Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak

Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Okayy memandangkan saya pergi ke Restoran Nasi Vanggey tu awal pagi, lebih kurang pukul 7 pagi lebih. So, nasi vanggey nya tiada. Yang saya makan breakfast haritu di Restoran adalah nasi lemak + ayam Nasi Vanggey + telur mata. 

Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Nasi Vanggey di Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Kalau betul-betul nak merasa Nasi Vanggey, sila lah datang dalam pukul 11 pagi macam tu, inshaaAllah dah ada dah. Kalau pagi-pagi untuk breakfast tu memang tak ada lagi lah kehadiran Nasi Vanggey tersebut.

Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Nasi lemak + ayam signature Nasi Vanggey di Sri Gombak + telur mata
Saya tak habis makan pun sebab:

1. masa breakfast tu masih awal pagi lagi
2. banyak gilos nasi dia & ayam dia agak besar
3. mungkin sebab nervous nak jumpa ketua editor Physics & Matematik Oxford Fajar selepas sarapan tu. hahaha.

Time breakfast di Restoran Nasi Vanggey.. in case kalau taknak nasi lemak + ayam nasi vangey atau telur mata or ayam goreng biasa.. ada je roti canai, kuih muih, kuey teow bagai semua tu. Don't worry

Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
abi order nasi lemak di Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Harga nasi lemak + ayam signature Nasi Vanggey + telur mata? Okay maaf sebab dah lupa harga nya berapa hahahaha. Sorrryy. Sebab dah agak lama juga sebenarnya saya pergi Restoran Nasi Vanggey di Gombak Prima ni. So, kinda not remember exactly how much the price is. Tapi dalam range RM8-12 macam tu laaa. Yang pasti, under RM15 laa.

Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Ohh.. sedap ke tak sedap ek ayam Nasi Vanggey ni?

Bagi saya.. sedap. Delicious. Tapi tak ada laaa perasaan WOW SEDAP GILOS RASA NAK BELI LAGI 10 KETUL BAWA BALIK RUMAH! Haa takdelah perasaan menakjubkan gitu hahaa. Sedap yang errrmmm dapnye! Then, okay thats all. hahaha.

Tapi, kena ingat yang.. kena cuba sendiri kerana lain orang, lain taste dia. Heee.

Eh jangan pergi dulu!

Saya nak beritahu sedikit fakta tentang Nasi Vanggey ni. Setelah buat research sikit..

Asal usul Nasi Vanggey & maksud di sebalik 'Vanggey':

-- perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah dari Ipoh, yang terkenal kerana menyediakan nasi 'Vanggey' atau 'Nasi Ganja'.

-- kisah kedai nasi 'Vanggey' di Ipoh : semua bangsa gemar menikmati nasi kandar itu dengan minuman disediakan oleh sebuah kopitiam Cina.

-- ruang kecil yang diusahakan oleh peniaga berketurunan India Muslim, terletak di dalam Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom, sudah mula berniaga nasi kandar itu selama 59 tahun sejak 1957, sebagai antara kisah yang melambangkan perpaduan.

-- pemilik kedai itu yang bernama Mohammad Nihmathullah menarik pelanggan dengan melaungkan "vanggey, vanggey, vanggey" dalam bahasa Tamil yang bermakna 'sila datang'.

-- perniagaan keluarga itu bermula pada tahun 1955 oleh moyang beliau, Kassim Mohammad, seorang yang berketurunan India Muslim.

-- Nasi 'Vanggey' yang hanya boleh didapati di Ipoh (tapi sekarang dah ada cawangan) dan makanan kegemaran pelanggan adalah ayam dan daging lembu masak merah dan kicap, dengan sambal kelapa, bersama hidangan lain seperti ikan, sotong, kambing dan sayur-sayuran.


MOHAMMED Nihmathullah Syed Mustafa menghidangkan 'Nasi Ganja' kepada pelanggan, Muhd Zaidi Mood di Kedai Kopi Yong Suan, Ipoh
MOHAMMED Nihmathullah Syed Mustafa menghidangkan 'Nasi Ganja' kepada pelanggan, Muhd Zaidi Mood di Kedai Kopi Yong Suan, Ipoh. - Foto BERNAMA
"Perkongsian premis berlaku sebaik selepas merdeka dan berterusan hingga ke hari ini dengan generasi ketiga pemilik asal bangunan itu, mendiang Ang Pang Piew," - Pemilik Kedai Kopi Yong Suan, Ipoh.

"Resepinya adalah rahsia yang hanya chef sekarang dan waris kepada perniagaan yang tahu. Jika kami membuka cawangan baharu, salah seorang daripada mereka akan berkhidmat di Putrajaya," - Mohammad Nihmathullah.

sumber info Nasi Vanggey Ipoh di atas - Berita Harian

Haaa popular dan famous amos rupanya Nasi Vanggey ni hahaha. Saya je yang tak tahu dan ketinggalan zaman tsk tsk tsk.

Tiba-tiba teringin nak cuba Nasi Vanggey yang the original one punya kat Ipoh tu. Nampak sedap bebeno dalam gambar atas tu hahaha.

Okay itu sahajaaa.. kalau ada kesalahan fakta atau kekurangan ketepatan fakta tersebut.. minta maaf ye.

Daaaa~ adios! Wassalam :)

Post a Comment

4 Comments

  1. First time dengar nama ni... kalau dah nama pelik mesti sedap kan..

    ReplyDelete
  2. Baru tengok video pasal nasi vanggey tetiba KC update pasal ni jugak. Dari tadi akak mati selera, tetiba baca entri ni macam lapar pulak.. hahaha

    ReplyDelete
  3. tak pernah pergi walaupun dekat dgn rumah...liezselalu pergi vanggey original dekat ipoh

    ReplyDelete
  4. Banyak betul cawangan nasi vanggey ni. Kalau dulu kalau nak rasa kena gi Ipoh.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p