5 CARA UNTUK MENUKARKAN BALKONI ANDA MENJADI SEBAHAGIAN RUANG RUMAH

by - November 13, 2017

5 CARA UNTUK MENUKARKAN BALKONI ANDA MENJADI SEBAHAGIAN RUANG RUMAH



Jika anda bertanyakan kepada seseorang tentang balkoni, anda akan memperoleh dua reaksi; sama ada mereka menggemarinya, atau langsung tidak.

Sesetengah orang amat menggemari balkoni kerana ianya tempat yang ideal untuk menikmati pemandangan indah serta mendapatkan udara segar dari rumah sendiri.  Balkoni lah tempat mereka melapangkan dada dan minda, meminum teh dan juga mencari inspirasi.

Namun, ada juga tidak menyukai balkoni kerana mereka mempunyai ruang tamu yang kecil, dan bagi mereka, balkoni langsung tiada gunanya (selain untuk menjemur ampaian). Mereka tidak nampak apa-apa kelebihan memiliki sebuah balkoni.

Kalau anda tinggal di kondominium, pangsapuri ataupun rumah dua tingkat; kemungkinan besar anda akan memiliki sebuah balkoni.

Tahukah anda, seperti ruang rumah yang lain, balkoni juga boleh dihiaskan untuk menjadikannya suatu ruang yang selesa dan kawasan untuk berehat? Bukan sahaja ia boleh membesarkan ruang rumah anda, ia juga boleh membuat rumah anda kelihatan amat cantik dan menawan!

Terdapat beberapa idea yang kreatif yang boleh kita gunakan untuk mentransformasikan sesebuah balkoni :

1. Fikirkan balkoni sebagai salah satu ruang lanjutan bagi rumah anda
Anda sebenarnya boleh menutupi ruang balkoni dan membuatnya sebagai lanjutan ruang tamu anda untuk mendapatkan ruang yang lebih luas. Idea ini amat bernas kerana ia memberikan ruang yang lebih untuk anda. Anda boleh menghiaskan kawasan lanjutan tersebut dengan meletakkan perabut-perabut agar ruang yang ada digunakan sepenuhnya. Jika balkoni anda bersambung dengan bilik tidur anda, anda juga boleh melanjutkan bilik tidur anda, malah, anda akan mempunyai bilik tidur untuk menambah ‘walk-in closet’!

2. Hiasi balkoni dengan patch rumput
Jika anda menggunakan patch rumput sintetik untuk menghiasi balkoni anda, anda boleh menghasilkan sebuah taman yang indah tanpa memikirkan susah payah untuk menjaga rumput yang asli. Secara langsung, ia juga akan menjadi kawasan rehat yang nyaman, lebih-lebih lagi selepas seharian penat bekerja. Anda juga boleh meletakkan kerusi malas anda untuk duduk dan menikmati suasana nyaman di balkoni. Anda tidak perlu menempah sebarang hotel yang mahal, kerana bukankah ini akan menjadikan balkoni anda kawasan yang amat sesuai bagi anda berehat seorang diri ataupun pasangan anda?

3. Tukarkan balkoni sebagai kawasan makan dan hiburan
Sekiranya anda mempunyai balkoni yang luas, anda boleh meletakkan sebuah meja makan dan menikmati jamuan outdoor di rumah anda sendiri! Anda boleh menikmati sarapan di pagi hari, atau anda juga boleh bermain bersama keluarga di waktu petang yang aman. Anda juga boleh meletakkan radio atau librari mini untuk anda berehat santai sambil membaca buku dan mendengar radio.

5 CARA UNTUK MENUKARKAN BALKONI ANDA MENJADI SEBAHAGIAN RUANG RUMAH
Projek oleh: ZADC Studio
4. Jadikan balkoni sebagai taman flora
Dengan adanya tumbuh-tumbuhan di kawasan rumah anda, udara di rumah anda juga akan menjadi lebih nyaman, segar dan sihat. Anda boleh menanam sayur-sayuran ataupun herba, dan pada akhir hari anda akan memperolehi sayur-sayuran tanaman sendiri. Selain itu, anda juga boleh menanam bunga-bunga untuk menghiaskan lagi balkoni anda. Malah, jika anda mahu menjimatkan ruang, anda boleh menggunakan kreativiti anda dan membina taman vertical pada dinding. Ia akan menjadikan kawasan balkoni anda lebih cantik dengan tumbuhan hijau.

5 CARA UNTUK MENUKARKAN BALKONI ANDA MENJADI SEBAHAGIAN RUANG RUMAH
Unit kondominium di USJ Subang Jaya. Projek oleh: Pocket Square
5. Kawasan permainan kanak-kanak
Jika anda mempunyai anak, anda boleh menukarkan balkoni anda dan menjadikannya sebagai kawasan permainan mini untuk anak anda. Anda boleh menambah gril pada balkoni, ataupun menutup sepenuhnya balkoni anda. Kemudian, letakkan karpet yang lembut ataupun tikar foam, serta memasang rak yang rendah dan sesuai bagi letakkan alat mainan kanak-kanak. Bagi kanak-kanak remaja, anda boleh memasukkan TV ataupun permainan konsol untuk mereka.

Saya berharap idea-idea ini dapat memberi inspirasi kepada anda untuk menghiasi balkoni anda secara kreatif. Jika anda memerlukan seorang kontraktor prengubahsuaian untuk renovate rumah anda, atau  seorang pereka  penghiasan dalaman yang boleh dipercayai, anda boleh melawati Recommend.my. Mereka mempunya beratus-ratus kontraktor berjaya yang sedia untuk bekerja untuk projek anda. Mereka akan memberikan anda insuran projek dan juga moneyback protection, jadi anda tidak perlu risau tentang kerja pembinaan terbengkalai.

You May Also Like

8 comments

  1. Memang best kalau ada balkoni... Tq sharing KC.....

    ReplyDelete
  2. Cantiknyaaa. Hope rumah ena nanti ada balkoni. Taknak kondo, tapi banglo. Pastu nak ikut tip tip ni. ehhhh hehehehe

    ReplyDelete
  3. Rumah akak xde balkoni..porch car yg besar ada la..itupun x tau nak ubah suai cane..hahahaa

    ReplyDelete
  4. wah menariknya, tapi sayangnya rumah takde balkoni. Kalau ada balkoni boleh buat macam ni :)

    ReplyDelete
  5. Cantiknyaa ada balkoni macam ni.. Rasa best je kalau duduk2 sambil minum kopi panas dan baca buku..

    ReplyDelete
  6. Bagus juga hias balkoni cantik2. Seronok je berehat kat situ nanti

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  7. CAntiknya. Tapi rumah miza pun tak de balkoni jelesnya

    ReplyDelete
  8. cantiknya kalau dapat hias balkoni untuk tempat bersantai. Tq share :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p