#pickupline Sepahtu Reunion Live 2017 semalam - sayidahnapisahdotcom #pickupline Sepahtu Reunion Live 2017 semalam
LightBlog

#pickupline Sepahtu Reunion Live 2017 semalam

Assalamualaikum semua~! Pagi-pagi ni moh le kita exercise mulut dengan senyum atau ketawa kecil membaca pickupline Sepahtu Reunion Live 2017 semalam (17 November 2017) ni hihi. Al-maklumlah semua channel Astro tengah free kan sekarang. Tu yang boleh laa layan Sepahtu Reunion Live channel 132 Astro Warna 10-11 malam.

Episod semalam serious best gilos! Penat gelak. sampai senak perut sebab kelakar sangat hahaha. Ada 3 tetamu undangan semalam. 1 guest utama & 2 lagi tu hanya special guest (special guest means masuk berlakon kejap je). Main guest tu adalah Elizad. Yang lagi dua tetamu istimewa tu adalah A. Galak dan Norlia Ghani. 

Tapi episod sepahtu reunion live semalam patut dipuji sebab lawak-lawak mereka tak memaksa kita untuk gelak pun. Memang kelakar semulajadi dan tidak dibuat-buat. Idea lawak Rahim, Jep, Shuib dan Ilya Buang pun ada yang fresh dan unexpected.

Dan ofcourse lah.. the best part dan juga my favourite part in this show is.. pickupline ! hahaha.


#pickupline Sepahtu Reunion Live 2017 semalam

#pickupline Sepahtu Reunion Live 2017 semalam
#pickupline Sepahtu Reunion Live 2017 semalam | credit image: gempak.com
Elizad: abang nak order air apa?
Shuib: air teh
Jep: air suam
Ilya: cukuplah beri hati Fatimah (nama watak Elizad).

CIACIACIA. Arghh geli! hahahaha.

Shuib: Berapa hutang abang dekat kedai Fatimah ni?
Elizad: Ada la dalam 43 ringgit.
Shuib: Ohhhhh. Hmm. Tolong sekalikan lah 43 ringgit tu dengan duit hantaran nanti.

WAKAKAKA ciaciaaa~!

Jep: Fatimah.. tahu tak apa persamaan Fatimah dengan nyamuk?
Elizad: Apa dia?
Jep: Dua-dua menganggu malam saya.

Ciaciaciaaaaaaaaaaaaa!

Rahim: Apa beza Fatimah dengan formula matematik tambahan?
Elizad: Apa dia?
Rahim: Formula mtematik tambahan susah nak ingat. Fatimah susah nak lupa.

Ceyttt hahaha. Sempat lagi masuk part addmath tu.

Tapiii.. ada juga pickupline yang tak menjadi atau tak mengena langsung hahaha!

Elizad: Apa beza abang dengan belon?
Rahim: Apa dia?
Elizad: Kalau belon, boleh meletop. Kalau abang, tak boleh meletop

Macam tak kena je Elizad haha.

Ilya:  Tahu tak kenapa saya tak suka durian?
Elizad: tak tahu. kenapa?
Ilya: Sebab saya kencing manis.

KRIK KRIK KRIKKK~ hahaha sungguh tak mengena pickupline Pak Ilya ni.

Elizad pun ada buat 'pickupline' yang kejam tau:
"Bestnya dapat kahwin dengan abang. Macam no choice je." 

HAHAHAHAH sooo savage Elizad. Lepastu, kena ketuk dengan Rahim hahaha.

Okay tuu je. Daaa~ wassalam! :)

Post a Comment

3 Comments

  1. Patutlah suami duk gelak kikiki jer nengok sepahtu ni

    ReplyDelete
  2. Tiap jumaat mmg tggu rancangan ni.. pickup line dorg tu buat nk gelak,je..elizad mmg best blakon.. natural..

    ReplyDelete
  3. tak tengok pulak episod smlm..lupa..kdg tak berapa suka sangat tengok sepahtu ni sbb jep suka bahan kawan2 dia bila lawak dorang tak berapa menjadi..kesian dorang... ;)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p