Bentuk-bentuk hukuman yang dilarang terhadap pelajar di sekolah - sayidahnapisahdotcom Bentuk-bentuk hukuman yang dilarang terhadap pelajar di sekolah
LightBlog

Bentuk-bentuk hukuman yang dilarang terhadap pelajar di sekolah

Bentuk-bentuk hukuman yang dilarang terhadap pelajar di sekolah | Tudiaaa.. dulu dulu pelajar kat sekolah boleh ditegur, dimarah, dileter oleh cikgu cikgi. Tapi sekarang? Siap ada guideline "bentuk-bentuk hukuman yang dilarang" dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk para guru. Ada yang saya boleh faham lagi kenapa dilarang tapi ada yang saya rasa tak logik langsung pun untuk dilarang hahaha.


Bentuk-bentuk hukuman yang dilarang - Garis Panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Bentuk-bentuk hukuman yang dilarang terhadap pelajar di sekolah
Hukuman terhadap fizikal
1. Berdiri lama di tengah panas
2. Lari keliling padang
3. Berdiri lama dalam atau luar bilik darjah
4. Memukul diri sendiri atau sesama sendiri
5. Berdiri di atas kerusi atau meja
6. Menarik rambut atau telinga
7. Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
8. Junjung kerusi atau buku
9. Cubit/ enjut/ ketuk ketampi/ mendada/ ketuk/ sekel kepala


Hukuman terhadap mental dan emosi
1. Gunting rambut
2. Berdiri membuat latihan
3. Berleter
4. Gantung tulisan di badan
5. Memalukan di khalayak ramai
6. Kelas tahanan pada waktu rehat
7. Memaki hamun
8. Conteng muka dengan kapur
9. Koyak buku latihan
10. Mengugut atau mengertak murid
11. Tidak menghiraukan murid
12. Tidak menanda buku latihan

--UNIT DISIPLIN KPM

Bentuk-bentuk hukuman yang dilarang terhadap pelajar di sekolah
Bentuk-bentuk hukuman yang dilarang terhadap pelajar di sekolah - KPM
Ada sesetengah hukuman yang okayyy kita boleh terima lah kan ianya dilarang. Tapi ada kebanyakannya yang saya rasa alahaiiii.. bukannya teruk pun. Contohnya berleter tu.. ADOOOIIII cikgu nak berleter pun tak boleh ke sekarang ni? Habis tu kalau pelajar tak siap kerja sekolah atau buat benda tak baik, nak denda apa? Hanya tutup mata, telinga dan mulut sahaja? Biarkan je pelajar buat apa yang dia suka? Cubit pun tak boleh. Berdiri membuat latihan pun tak boleh. Adehhh serius tak faham lahaii kenapa 'hukuman' tersebut dilarang hahaha.

Saya kutip beberapa komen sarkastik/ pendapat mereka yang respond info di atas:


"Lepas ni cikgu masuk kelas, ajar lepastu keluar terus. Tak boleh buat apalah.. pengajaran tidak sama dengan didikan. Murid akan jadi terpelajar tapi tidak terdidik. Itu pun kalau sungguh-sungguh belajar lah."

"Dulu ini kerja-kerja yang dibuat oleh pengawas.. Catit nama hantar laporan ke guru disiplin. Lepas ni dah tak ada jawatan pengawaslah"

"Berdiri atas meja tak boleh? =.= Nak kerja jadi cikgu sekolah la. Masuk, ajar, balik. Tak payah marah-marah. Senang kerja"


Hahahaha. Adehh. Takpelah. Kita doa moga pelajar, para guru dan ibu bapa berjaya mengharungi liku-liku dugaan hidup ini aminnn. tetibe haha.

Okay itu sahaja. Daaa~wassalam :)

Post a Comment

5 Comments

  1. Makin teruklah masalah disiplin pelajar kalau macam tu T_T

    ReplyDelete
  2. semalam tertengok 1 video viral yang perli ibu bapa tak boleh di sentuh anak ni.

    as for me, sekali tidak keterlaluan, tak ada masalah pun hukuman ni dijalankan. yang penting, hukuman tu tak dijalankan berserta emosi. mesti dengan rasional

    ReplyDelete
  3. ntah la...
    sebab zaman nieyl sekolah dulu hukuman yg dilarang tu dah biasa kami kena..so far,ayah xpernah pun mempertikaikan..

    ReplyDelete
  4. Hukuman tu semua ada je masa zaman mama. haha kitaorg gelak2 aje kalau teringat balik kisah kena denda. Peliknya zaman skrg tak boleh dah hukuman mcm ni

    ReplyDelete
  5. Hmm apa akan jadi pada budak-budak tu lepas ni agaknya ya. Terlalu dimanjakan.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p