Blog Hop! Giveaway By Yasmin Aris

by - December 06, 2017

Blog Hop! Giveaway By Yasmin Aris


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 7 Disember 2017

"Tuliskan tentang apa yang memberi inspirasi dalam hidup korang"

1) doa umi (mak) & abi (ayah) saya

-- mak & ayah memang individu yang sangat penting dalam hidup kita semua kan? Walaupun kekadang sakit telinga atau sakit hati dengar 'nasihat' dan teguran mereka, tapi doa mereka lah yang paling berharga & mujarab. Kalau tiada doa yang baik baik daripada mereka (secara terang terangan ataupun rahsia), lompong lah hidup saya. Saya yakin.. kalau tiada doa daripada mereka buat saya, cacat lah inspirasi dalam hidup saya.

2) kejayaan orang lain

-- Pelik tapi benar. Antara inspirasi terbesar dalam hidup saya adalah bila melihat ataupun membaca kejayaan orang lain. Tak kira lah kejayaan tu dalam bidang atau kerjaya apapun,  tapi jalan cerita & hasil kejayaan tersebut  lah yang memberi saya inspirasi dan semangat untuk saya terus berjuang dalam hidup ni. Saya merasakan "mereka boleh, kenapa saya tidak?", "saya boleh buat seperti mereka!", "saya pun nak berjaya seperti dia!". Berbekalkan perasaan-perasaan seperti tu, I feel very inspired and be able to do things that sometimes I do not like.

3) nasihat/ ceramah & dorongan

-- Hidup kita ni seperti roda kan? Ada ketika kat atas, ada ketika kat bawah. Ada ketika kat tengah-tengah. Nasihat/ ceramah & dorongan dari orang sekeliling ataupun dari orang yang kita tak kenal (ustaz, penceramah) sangat penting bila kita berada di atas, bawah mahupun di tengah tengah. Ketika berada di atas pun, untuk mengelakkan daripada 'lagha', nasihat-nasihat ni lah yang beri inspirasi buat saya. Tika berada di bawah, ceramah & dorongan dari 'mereka' lah yang membantu saya.

4) kata kata hikmah & motivational quotes

-- Dalam dunia ni sangat banyak kata kata hikmah & quotes. Boleh dapat kat internet, buku, radio, televisyen dan hatta novel sekalipun. It is everywhere! bagi saya, saya suka baca dan kekadang kalau saya suka sesuatu quote tersebut, saya akan salin masuk dalam notes phone. So that when I want some inspiration, I can look back at them.

5) pemandangan & nature

-- okay last lasttt hahaha. Pemandangan yang breathtaking (such as sunset or clouds) & nature yang nyaman (udara segar, pokok hijau) beri saya inspirasi & ketenangan dalam hidup saya. Kalau tak tengok even sehari pun, mahu terbantut ispirasi saya hahahaha!

You May Also Like

8 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p