KEMASUKAN SEGERA KE INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) IPOH SESI JANUARI 2018

by - December 20, 2017
KEMASUKAN SEGERA KE INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) IPOH SESI JANUARI 2018 | Haritu bapa saudara ada viralkan tentang ni di whatsapp. Mungkin ada yang tak tahu lagi tentang pengambilan pelajar di ILP, Ipoh, Perak pada Januari 2018. Mohon war warkan ye, kot-kot ada saudara atau anak kenalan yang berminat. Sebab latihan perindustrian ni memang sesuai untuk pelajar lepasan SPM yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang kursus yang ditawarkan.


KEMASUKAN SEGERA KE ILP IPOH SESI JANUARI 2018


KEMASUKAN SEGERA KE INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) IPOH SESI JANUARI 2018
Sistem Permohonan Kursus Sepenuh Masa INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP), IPOH, Perak : http://emohon.ilpipoh.gov.my/
-- Elaun RM100 /bulan
-- Makan FREE
-- Asrama FREE
-- Yuran Pengajian FREE (tak perlu buat loan belajar)

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) IPOH, Perak menawarkan kursus SKM Tahap 3.

PILIHAN KURSUS

1. Teknologi Seramik (KOD KURSUS - E02) | Bidang Kursus - Pengeluaran
2. Teknologi Foundri (KOD KURSUS - A06) | Bidang Kursus - Pengeluaran
3. Teknologi Penyenggaraan Mekanikal (KOD KURSUS - A01) | Bidang Kursus - Pembuatan
4. Teknologi CADD Mekanikal (KOD KURSUS - A15) | Bidang Kursus - Pengeluaran
5. Teknologi Fabrikasi Logam (KOD KURSUS - A09) | Bidang Kursus - Kimpalan & Fabrikasi Logam
6. Teknologi Kimpalan (KOD KURSUS - A08) | Bidang Kursus - Kimpalan & Fabrikasi Logam
7. Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara (Aircond) (KOD KURSUS - B02) | Bidang Kursus - Elektrikal & Elektronik
8. Teknologi Elektrik (KOD KURSUS - B19) | Bidang Kursus - Elektrikal & Elektronik
9. Teknologi Elektrik 3 Fasa (KOD KURSUS - B08) | Bidang Kursus - Elektrikal & Elektronik

Tempoh pengajian (umum) : 2 tahun

Had umur: 17 hingga 35 tahun

Syarat kemasukan (umum):
Lulus SPM, lulus subjek BM & Sejarah

MACAM MANA CARA MEMOHON ILP 2018?

Permohonan online di emohon.ilpipoh.gov.my


ATAU hadir ke ILP Ipoh untuk mengisi borang

PENGENALAN KURSUS

Seramik

-- Teknologi seramik mempunyai kaitan dengan Kejuruteraan/ Teknologi pembuatan, rekabentuk penggunaan material seramik. mereka bentuk pelbagai jenis produk seramik yang digunakan di  industri, isi rumah, institusi, rumah korporat dan lain-lain. Pengunaan seramik boleh digunakan sebagai hiasan atau functional purpose. Contoh produk termasuk meja, kerusi, alatan dapur, pasu bunga dan lain-lain.

-- Peluang melanjutkan pengajian peringkat Diploma di ADTEC Taiping untuk belajar lebih mendalam mengenai hasil kajian dan perkembangan seramik seperti bio material seramik, rekabentuk komponen elektronik, kaedah pemprosesan, perkembangan dan reka bentuk  pelbagai jenis seramik seperti kaca dan simen.

-- Peluang kerjaya dalam industri seramik dan industri pembuatan komponen elektronik & bio material

Foundri

-- Anda belajar pelbagai aktiviti kerja yang berkaitan dengan pembuatan corak, pasir acuan, peleburan logam, die casting dan inspection. Logam yang telah dileburkan akan dituang ke dalam acuan untuk membuat pelbagai alatan seperti sauh, spanar, hammer, blok enjin kereta, brooch, keychain dll.. Peluang kerja sebagai Foundryman di syarikat berkaitan seperti Panasonic Foundry, Proton dll

Penyenggaraan Mekanikal

-- Anda belajar repair pelbagai jenis mesin serta jentera mekanikal dan elektro mekanikal di industri.

-- Peluang kerjaya sebagai Juruteknik Mekanikal, Pembantu Jurutera di industri berkenaan peralatan mesin dan jentera, industri automasi, industri automotif, perkapalan dan industri oil & gas

Fabrikasi Logam

-- Anda belajar membuat, merekabentuk, memasang dan membaiki barangan atau berangka logam dangan cara mengimpal, merivet, memotong, melipat, menggulung dan lain-lain cara mengikut piawaian industri masa kini. Lepasan kursus ini berkemampuan membentuk struktur rangka bangunan boiler, badan bas, pintu pagar, kabinet dan lain-lain peralatan. Para lepasan kursus ini boleh menceburi bidang pekerjaan di syarikat-syarikat pembinaan dan industri berat seperti oil & gas, perkapalan dan automotif

CADD Mekanikal

-- Anda belajar lukisan teknikal, proses-proses rekabentuk mekanikal untuk menghasilkan produk & inovasi. Contohnya, boleh lukis design kereta, design mesin dan sebagainya. Anda juga belajar asas pembuatan & pemesinan seperti melarik dan asas pemesinan CNC. Boleh bekerja sebagai Mechanical Draughtman, Pembantu Jurutera & Perekabentuk Mekanikal


p/s: ILP Ipoh adalah institusi kerajaan, bukan swasta


Senarai Pegawai ILP untuk dihubungi jika ada sebarang pertanyaan atau makluman lanjut:

HAMYMUHAR NIZA BINTI MOHAMAD 
Emel: ilpipoh@jtm.gov.my
No telefon: 0125320343

LAILATON AZWA BINTI WAID
Email: ilpipoh@jtm.gov.my
Contact: 0194252454

You May Also Like

1 comments

  1. Peluang yang tak perlu di lepaskan

    Selagi boleh manfaatkan

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p