Lirik Lagu Pematah Hati - Nabila Razali | apa maksud cumi cumi cumi? - sayidahnapisahdotcom Lirik Lagu Pematah Hati - Nabila Razali | apa maksud cumi cumi cumi?
LightBlog

Lirik Lagu Pematah Hati - Nabila Razali | apa maksud cumi cumi cumi?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaaa~! Lamanya rasa tak mengarang entri (selain Giveaway/segmen) hehe. Okayyy.. lets talk about this catchy song -- lagu Pematah Hati Nabila Razali. Lagu ni #1 trending tau kat YouTube sekarang& views untuk official Music Video (MV) single terbaru Nabila Razali ni sudah pun mencecah hampir 2.5 juta dalam masa tak sampai 10 hari! Sebenarnya saya memang dah suka dan minat dengan lagu ni sejak official lyric video lagu pematah hati - Nabila Razali ni keluar. Walaupun sometimes rentak dalam lagu ni macam familiar tapi sometimes ianya unik. Catchy dan comel. Plus, dengan suara Nabila Razali yang best memang my taste!

Lirik Lagu Pematah Hati - Nabila Razali

Lirik Lagu Pematah Hati - Nabila Razali | apa maksud cumi cumi cumi?
Lirik Lagu Pematah Hati - Nabila Razali | apa maksud cumi cumi cumi?
Kau mencuba lagi
Memanggil kembali
Disaat kau sunyi
Lagi kau cuba lagi ku tak peduli

Aku tak mengerti
Apa kau mahu lagi
Kau pematah hati
Mahu tak mahu, mahu dirimu lagi
Cumi 7x
Cumi 7x

chorus:
Jujurnya aku suka
Masih pada dirinya
Walau pernah berbeza
Langit dan udara
Jujurnya aku suka
Masih pada dirinya
Pasti kau tak tahu aku tahu
Tentang perangaimu

Kau mencuba lagi
memanggil kembali
Disaat kau sunyi
Lagi kau cuba lagi ku tak peduli

Aku tak mengerti
Apa kau mahu lagi
Kau pematah hati
Mahu tak mahu, mahu dirimu lagi
Cumi 7x
Cumi 7x
Woo oooooo

chorus

Mungkin kau suatu hari kah
akan berubah
Mungkin juga saat itu
Kembali cinta kita

Jujurnya aku suka
Masih pada dirinya
Walau pernah berbeza
Langit dan udara

Jujurnya aku suka
Masih pada dirinya
Pasti kau tak tahu

Kadang ku rindu
Kadang tak rindu
Kadang ku cinta
Kadang tak cinta
kamu

Kerna ku cinta
Akhir terluka
Pernah janji untuk setia
Pasti kau tak tahu aku tahu
Tentang perangaimu

Lagu/Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong


p/s: saya suka Nabila Razali tapi tak berapa suka bila beliau terlalu rapat & pegang-pegang tangan dengan Aedy Ashraf dalam MV tersebut. I mean boleh je kot nak elak benda tu hahahaha. Sedikit kecewa sebab beliau bertudung kan. So hope lepas ni moga beliau lebih berjaga jaga dalam batas antara lelaki dan perempuan hehehe.

Lirik Lagu Pematah Hati - Nabila Razali | apa maksud cumi cumi cumi?
Lirik Lagu Pematah Hati - Nabila Razali | apa maksud cumi cumi cumi?

Kalau perasan, ada suara comel nyanyi lirik part "cumi cumi cumi" in between lagu ni kann? Mungkin ada yang ingat cumi cumi cumi tu just macam a kind of expression or just rentak comel untuk memeriahkan lagu tu je.. tapi sebenarnya ada maksud tau cumi tu! Haa apa maksud cumi cumi cumi dalam lagu Pematah Hati ni?


-- Nabila Razali bagitahu makna di sebalik CUMI tu adalah shortform bagi missed call. CU = cuba, MI = missed call. 

Ehhh.. Apa kaitan cuba missed call dengan lagu ni pula? Iyelaa lagu ni kan berkisarkan ex-boyfriend (dalam MV - pelakon Aedy Ashraf) nak try get back balik dengan ex-girlfriend (Nabila Razali) dia. So, ex-bf ni banyak banyak kali call tapi perempuan ni.. macam sayang lagi tapi marah, taknak angkat call. Nak tapi taknak gituuu hahaha.

Nabila Razali juga ada beritahu (SUMBER) yang dia ada cuba masukkan pengalaman beliau sendiri di dalam lagu tu. Kebetulan, recently beliau memang baru je putus cinta (bukan dengan Aedy Ashraf ye), tapi tidak lah sampai ex-bf cari balik kan. Tapi perasaan marah tu semua beliau terapkan dalam lagu heartbreaker tersebut.

Bila saya dengar dan tengok klip MV +  lirik lagu Nabila pematah hati ni, sebenarnya saya teringat kaan lagu New Rules - Dua Lipa. Sebab lagu New Rules pun dia suruh jangan angkat call bila ex-boyfriend call kan. Tu yang macam flashback kejap ke MV New Rules bila tengok MV Pematah Hati hahahaha.

Lirik Lagu Pematah Hati - Nabila Razali | apa maksud cumi cumi cumi?
Lirik Lagu Pematah Hati - Nabila Razali | apa maksud cumi cumi cumi?
Ohhh nak cerita ke juga ke video gimik Nabila Razali yang nangis untuk mempromosikan lagu Pematah Hati ni? hahaha. Alaaa tak payah lahhh hahahaha malas dennn. Tapi yang pasti, sudah ramai tipah tertipu dengan video beliau nangis kata "lelaki memang tak pernah cukup kan?". Kalau nak tengok video nangis putus cinta tu, boleh ushar kat sini: LINK.

Okay itu sahaja. Daaa~ wassalam! :)

Post a Comment

7 Comments

  1. Hahahah cumi2 what a cute short form

    ReplyDelete
  2. ooo..cuba missed call...aah..xbape suka dia berkepit sgt ngn aedy tuu

    ReplyDelete
  3. over betul gimik diorg. im glad i wasnt really into it. dont really care. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahha saya pun tak tengok pun video tu until nak buat entri ni. tgk sikit je hahaha

      Delete
  4. OWHHHH!!! Baru Tahu pe maksudnya...Kalu tak smapi bla2 xtahu maksud "cumi"

    ReplyDelete
  5. Owh dia ni ke rupanya Nabila Razali. Ada dengar nama tapi tak kenal siapa orangnya.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p