Panadol boleh buat bunga hidup tahan lama?

by - December 19, 2017
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Waduh waduhhh. Mood nak update blog menghilang entah mana. Ni pun ku paksa gagahkan juaaa jariku untuk menaip hahaa. Tapi memang betul laa, kalau mood malas tengah melanda, nak buat satu entri (story sendiri) pun payah. Apatah lagi nak buat banyak-banyak entri kan haha. Okay lah.. lets g to the real topic of this entry. sebenarnya dah lama nak cerita pasal ni kat dalam blog...


Panadol boleh buat bunga hidup tahan lama?

Uishhh fakta ke auta ni? Saya pun tak tahu haha.
Panadol boleh buat bunga hidup tahan lama?
Panadol boleh buat bunga hidup tahan lama? | sumber image: Google
Alkisahhh.. satu hari tu ada jiran datang rumah sebab ada makan-makan sikit. Kebetulan haritu adalah hari jadi umi yang ke-54 tahun. So, tersergam indah laa bunga hidup dalam jag cantik kat atas meja rumah. Kakngah & abangngah yang hadiahkan bunga hidup tu kat umi.

Then, berbual-bual la macam biasa kat meja makan yang ada bunga hidup tu..

Then, suddenly someone (jiran - kak su).. "wahhh cantik bungaa".

Umi pun cerita laa bunga tu kakngah bagi as a birthday present. Then, kak su tu cakap lagi.. "ada orang kata kalau nak bagi bunga hidup tahan lama, isi panadol dalam air (jag berisi bunga) ni."

I was like "yekee?! betul ni? tak pernah dengar pun". hahaha. Serius la kan? Saya tak pernah baca or terjumpa orang beri tips macam tu. First time ever dengar 'cara nak bagi bunga hidup tahan lama dengan menggunakan panadol'.

Punya tak percaya tu saya tanya lah lagi "dah pernah cuba ke?"Kak Su cakap beliau tak pernah laa cuba, just pernah dengar je orang kata. 

Malam tu, saya dengan umi cerita la kat abi pasal 'tip' tersebut. Saya suruh "beli la abi panadol. Letak dalam jag ni. Boleh bunga tahan lama".

Abi kata "tak payah lah. nanti ketagih pula (bunga tu)". I was like abi =.= #lawakhambar sungguh hahaha.

Last-last tak buat pun. Memang niat di hati macam nak buat eksperimen kan betul ke 'fakta' tu atau sekadar omong kosong yang dibuat-buat? Tapi tu lah. Panadol nya siapa nak beli? hahaha. Saya memang jarang keluar rumah. So, memang harapan tinggal kenangan jelah niat nak melakukan experiment tindakbalas panadol terhadap bunga hidup. End up, bunga hidup saya tu bertahan tak sampai seminggu pun. I mean tak sampai seminggu pun dah tak lawa. Ada yang dah layu, hitam lebam. Sobsob.

So, korang pernah dengar ke 'petua' yang saya beritahu ni? Pernah cuba? Atau first time baru dengar ni macam saya? hahaha.


Okay itu sahajaaa. Kalau sesiapa yang dah buat eksperimen and indeed it is true, tell me naa haha. Daaa~ wassalam! :)

You May Also Like

5 comments

  1. Hahaha tak pernah dgar pun. Nak cuba xde panadol dah dkat rumah.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah dengar hmm tapi tak berani la nak cuba

    ReplyDelete
  3. pernah dengar sebelum ni coz tuan rumah tempat mrs pip menyewa dulu pernah bgtau. dia kalau bunga dia layu semacam kan, dia tuang air panadol ... lepas tu mekar la bunga tu. satu lagi dia guna air basuhan kain utk siram semua bunga dia ... tuan rumah mrs pip dulu mmg hantu bunga, penuh laman rumah sampai ke tangga dan balkoni dgn bunga ...

    ReplyDelete
  4. cubalah buat eksperimen,kalau menjadi nak jugak buat...hehe

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p