Total Pageviews

5 PERSOALAN YANG SELALU ORANG TANYA/ SALAH FAHAM MENGENAI SALAM

by - February 09, 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Pagi tadi saya ada dengar ceramah ikim.fm (okay sebenarnya umi saya yang dengar hahaa. tapi saya tumpang dua telinga) berkenaan dengan topik salam. Salam ni merangkumi berjabat tangan & ucapan assalamualaikum. Banyak laa benda dan persoalan yang dibincangkan. Tapi 5 benda ni je yang paling saya ingat dan yang saya nak point out kan. Sebab bagi saya, ianya sangat penting untuk kita tahu dan bila dah tahu, boleh lah sebarkan pula kepada orang lain.


5 PERSOALAN YANG SELALU ORANG TANYA/ SALAH FAHAM MENGENAI SALAM

5 PERSOALAN YANG SELALU ORANG TANYA/ SALAH FAHAM MENGENAI SALAM
5 PERSOALAN YANG SELALU ORANG TANYA/ SALAH FAHAM MENGENAI SALAM | credit image: thayyiba.com
1. Wajib ke jawab salam di whatsapp/message?

Lisan (percakapan, face to face, call) - wajib jawab salam
Bukan lisan (tulisan message, whatsap, email) - tak wajib jawab salam

TAPI.. yang kes bukan lisan tu, kalau kita tahu orang tu sebut "assalamualaikum" ketika taip salam, wajib kita jawab salam tu. kalau tak tahu, takpelah. tak wajib untuk kita jawab salam tersebut.

2. Boleh ke beri salam kepada lelaki/perempuan yang bukan mahram?

Kalau memberi salam sesama jantina - hukumnya sunat muakkad. Bagaimana pula dengan berlainan jantina yang bukan mahram? Okay konsepnya Ustaz tu kata.. jika dengan memberi salam kepada berlainan jantina yang bukan mahram boleh menimbulkan fitnah - haram hukumnya. Sebaliknya, jika tidak mengundang fitnah - harus.

Lepastu ada tanya lagi.. apa maksudnya dengan mengundang fitnah? Depends on situation masa tu. Contohnya beri salam kepada isteri/ suami orang ke. Kan tu macam dah menimbulkan fitnah. Kang tak pasal-pasal skandal pula haha.

3. Bagaimanakah cara yang betul untuk kirim salam?

Kebiasaan masyarakat kita.. "kirim salam eh kat dia". Salah sebenarnya macam tu. Sepatutnya.. cara yang betul untuk mengirimkan salam kepada orang lain adalah : "kirim salam assalamualaikum ye kepada (nama si polan)". Kalau tak buat cara yang betul seperti itu, kita tak wajib sampaikan salam tersebut. Because the request is like.. not complete. Kirim salam apa? Kirim salam ASSALAMUALAIKUM. Haa baru betul. Jangan kirim salam maut pula ye haha.

4. Boleh ke kita tulis short form; contohnya: assalam/salam untuk menggantikan assalamualaikum?

Kalau kita faham perkataan "assalam"/"salam" tu adalah maksudnya assalamualaikum, takpe. Lepastu Ustaz tu kata lagi "moga kita mendapat pahala dengan memberi salam dengan shortform."

5. Kirim salam kepada isteri/ suami orang?

Jangan suruh kirim salam dekat isteri/suami orang! Contohnya: "kirim salam eh kat isteri kau". Walaupun sebenarnya kita tak ada niat pun nak mengorat ataupun in fact isteri/suami orang tu adalah kawan sekolah kita sekalipun, tak boleh! Kalau orang Arab, kirim salam kepada suami/isteri (malah bertanya khabar pun) haram bagi mereka.

Sebaliknya, the right way to say it is.. contohnya: "kirim salam pada KELUARGA ye".  kirim salam secara umum. Jangan specific kan. Ataupun, bagi pendapat saya, mungkin orang sekarang ni guna word keluarga tu = orang rumah. Tu pun boleh kan. Sebab orang rumah merangkumi suami/isteri dan anak-anak. Gitchuw.
5 PERSOALAN YANG SELALU ORANG TANYA/ SALAH FAHAM MENGENAI SALAM
credit image: gethashtags.com
Okay itu sahajaaa. Semoga bermanfaat. Daaa~ wassalam :)

You May Also Like

2 comments

  1. good info , sebab kadang-kadang kita main bagi salam je..tapi tak tahu sama ada boleh ke tak boleh..terutama no 5 tu ,

    ReplyDelete
  2. wah bagus info terutama nombor 5 tu
    bagus2

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p