Total Pageviews

6 Resepi Masker Wajah Daripada Bahan Semulajadi (Sleeping Pack)

by - February 26, 2018
Masker wajah merupakan salah satu jenis perawatan terbaik unuk kulit wajah yang memerlukan nutrisi segera atau pemulihan dalam waktu singkat. Lebih baik lagi jika yang dipakai semalaman atau yang juga dikenal dengan istilah sleeping pack. Masker wajah yang dibiarkan semalaman akan merawat kulit secara perlahan-lahan. Dalam masa yang sama juga ia akan membuarkan kelembapan terkunci dan menyerap dengan lebih baik. Masker ini sangat sesuai untuk kulit yang terdedah pada sinaran matahari atau kulit kusam. Dengan amalan yang konsisten maka hasilnya pasti menakjubkan.


6 RESEPI MASKER WAJAH DARIPADA BAHAN SEMULAJADI DENGAN NURTISI TINGGI! 

6 Resepi Masker Wajah Daripada Bahan Semulajadi (Sleeping Pack)

1. MINYAK VITAMIN E

Vitamin E sangat berkesan untuk memperbaiki keadaan kulit yang terdedah dengan sinar ultra violet. Selain itu, vitamin E juga menjadi sumber pelembap semula jadi yang baik untuk membekalkan nutrisi pada kulit sepanjang malam. Sebelum tidur, cukup ratakan minyak yang diambil daripada kapsul vitamin E pada wajah dan leher. Pastikan wajah sudah dibersihkan terlebih dahulu sebelumnya.

2. MASKER EPAL DAN MADU

Epal merupakan sumber vitamin A, vitamin B dan vitamin C yang diperlukan kulit untuk proses pemulihan. Begitu juga dengan madu yang kaya dengan khasiat semula jadi. Kombinasikan keduanya untuk mendapatkan masker yang terbaik. Parut setengah biji epal saiz sederhana bersama kulitnya. Campur dengan satu sudu besar madu. Sapukan pada wajah yang sudah dibersihkan.

3. MASKER TOMATO DAN YOGURT

Tomato yang dicampurkan dengan yogurt sangat berkesan untuk menyembuhkan kulit yang sedang mengalami alahan selain menjadi penyelesaianmasalah pigmentasi. Tomato kaya dengan vitamin C, vitamin A dan likopen yang diperlukan untuk pemulihan sel kulit. Yogurt pula merupakan sumber lactic acid yang membantu peremajaan kulit.

Hancurkan setengah biji tomato ukutan sederhana. Campurkan dengan satu sudu besar yogurt tawar. Sapukan pada wajah yang sudah dibersihkan dan disapukan penyegar wajah. Jika ramuan ini terlalu lembek untuk dipakai tidur, boleh dicampurkan dengan sedikit tepung beras untuk memekatkannya.

4. MASKER TIMUN DAN TEPUNG BERAS

Timun kaya dengan cairan yang boleh mendinginkan kulit. Selain itu ia juga mengandungi vitamin A dan vitamin C yang cukup untuk keperluan kulit. Parut setengah biji timun. Campurkan dengan sedikit tepung beras untuk memekatkannya. Sapukan pada kulit wajah yang sudah dibersihkan dan biarkan semalaman.

5. KRIM SUSU

Krim susu sangat baik untuk melembapkan kembali kulit yang sangat kering dan kusam. Ia juga mampu mencerahkan kulit sepanjang malam. Ambil satu sudu besar krim segar, campurkan dengan setengah sudu besar madu, satu sudu teh jus limau nipis. Sapukan pada kulit yang sudah dibersihkan.

6. MASKER STRAWBERI DAN TEPUNG BERAS

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam strawberi dapat membantu memulihkan kulit yang kusam, kering dan gelap. Hancurkan lima biji strawberi. Campurkan dengan setengah sudu besar tepung beras. Sapukan pada kulit wajah yang sudah bersih. Masker-masker ini akan membuatkan wajah yang terasa lebih lembap dan bercahaya di pagi hari. Bilas wajah dengan air dingin setelah bangun tidur dan anda akan merasakan perbezaannya!

sumber: SINAR HARIAN


Saya tak pernah lagi buat face mask sendiri. Pernah beli mask yang tinggal nak tempek kat muka je haha. So bila terjumpa resepi ramuan masker wajah di atas ni rasa teringin pula nak try. Paling rasa nak cuba - masker tomato & yogurt dan masker timun & tepung beras. Boleh la nanti buat hehe.

Okay daa~ wassalam! :)

You May Also Like

2 comments

  1. Lama rasanya muka ni x kena mask ni...

    ReplyDelete
  2. kalau ada kelapangan masa tu boleh la nak buat. hahaa

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p