Total Pageviews

Lirik Lagu Mimpi Indah - Amira Othman (2018)

by - February 14, 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Tudiaaa. penyanyi cantik comel bertudung, Amira Othman telah meng-release-kan (hebatnya BM kau Sayidah =.=) lagu single terbaru & new music video  "Mimpi Indah" pada 29 Januari 2018 yang lepas. Kalau sesiapa yang ada tengok drama Kekasih Paksa Rela (KPR), pernah lah dengar lagu Mimpi Indah ni. Tapi saya tak layan pun drama tersebut. first time saya dengar adalah di MV lagu ni sendiri di YouTube.

Lirik Lagu Mimpi Indah - Amira Othman (2018)
Lagu Mimpi Indah - Amira Othman (2018)
Dalam ruangan komen MV Mimpi Indah tu, saya ada terjumpa satu komen: "sebelum ni tajuk lagu Amira  Othman hati-hati & jaga-jaga, kenapa kali ni dia tak letak tajuk awas-awas pula" HAHAAHA adoiii. Tapi lagu Mimpi Indah ni memang ada dimasukkan juga rentak muzik Hati-Hati + Jaga-Jaga. Mula-mula saya dengar lagu ni memang ada aura lagu Hati-Hati, sebijik! Tapi lepastu elemen muziknya ala-ala fantasi mimpi indah gituww. I loikee~ Walaupun tempo muzik lagu ni agak perlahan tetapi suara Amira yang masuk dengan jenis/genre muzik ni membuatkan lagu jadi best & tak boring.


Single Terbaru Amira Othman - Mimpi Indah (Official Music Video)


"Engkau..
cuma bayang-bayang
yang tidak bisa aku sentuh
mahupun digapai
atau mungkin kau tidak pernah wujud
dalam realiti.
Cuma ada dalam mimpi
yang menghiasi malam sepiku.

Mimpi yang aku panggil-
mimpi indah"
Lirik Lagu Mimpi Indah - Amira Othman (2018)
Idris Khan dalam Music Video Mimpi Indah - Amira Othman (2018)

Lirik Lagu MIMPI INDAH - AMIRA OTHMAN

Malam terjaga
Terfikirkannya
Sedang apa di mana dia

Siang terkenang
Masih terbayang
Bersemuka dengan si dia

Senyum mulut bicara
Tapi hati tak sama
Mungkin kini jaraknya berbeza
Namun kau tetap ku dambakan

Jagakan dirinya
di saat bila ku tiada
Jikalau rindu
Ingatlah mimpi indah bersamaku
hmm.. hmm.. hmm..

Malam terjaga
Terfikirkannya
Sedang apa di mana dia

Siang terkenang
Masih terbayang
Bersemuka dengan si dia

Senyum mulut bicara
Tapi hati tak sama
Mungkin kini jaraknya berbeza
Namun kau tetap ku dambakan

Jagakan dirinya
di saat bila ku tiada
Jikalau rindu
Ingatlah mimpi indah bersamaku
Jagakan hatinya
Di saat ku tak di sana
Jika tersedar
Ingatlah mimpi indah bersamaku
hmm.. hmm.. hmm..

Lagu/ Lirik: Hael Husaini
Komposer: Hael Husaini
Produced by: Edry Abdul Halim
Lirik Lagu Mimpi Indah - Amira Othman (2018)
Lagu Mimpi Indah - Amira Othman (2018)
Overall, saya memang suka dengan lagu Mimpi Indah ni. Lirik dia pun not bad (reminds me of someone ehem! kbai). Rentak dan elemen muzik pun kena dengan suara merdu Amira Othman. I give this song's rating 9/10!

Okay that's all. Daaa~ wassalam! :)
Lirik Lagu Mimpi Indah - Amira Othman (2018)
Single Lagu Baru Amira Othman - Mimpi Indah (2018)

You May Also Like

3 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p