RESEPI TAKOYAKI MUDAH DAN SEDAP - Adunan, Inti, Sos, Hiasan Atas - sayidahnapisahdotcom RESEPI TAKOYAKI MUDAH DAN SEDAP - Adunan, Inti, Sos, Hiasan Atas
LightBlog

RESEPI TAKOYAKI MUDAH DAN SEDAP - Adunan, Inti, Sos, Hiasan Atas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa~!  Siapa yang pernah merasa takoyaki? Atau anda memang jenis kaki takoyaki? Hahaa. Saya pun kekadang suka juga makan takoyaki ni cuma tak adalah sampai craving or kena pekena sebulan sekali. Biasa-biasa jelaa. Yang pasti takdelaaa saya nak buat takoyaki ni kat rumah hahaha. Beli je kot kat luar.

But for those yang memang peminat tegar takoyaki or nak try something new or ada yang tengah preggy tiba-tiba mengidam makanan Jepun or anak-anak suka Japanese food, here! this recipe is for you~!

p/s: Resipi takoyaki ni full credit to Resepi Makanan Malaysia yang saya ushar di twitter. Nampak yummy ngat.. tu yang nak share kat sini heehe.


RESEPI TAKOYAKI MUDAH DAN SEDAP - Adunan, Inti, Sos, Hiasan Atas

RESEPI TAKOYAKI MUDAH DAN SEDAP - Adunan, Inti, Sos, Hiasan Atas
RESEPI TAKOYAKI MUDAH DAN SEDAP - Adunan, Inti, Sos, Hiasan Atas

RESIPI ADUNAN TAKOYAKI (26 - 30 biji)

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 1/2 Tbsp tepung jagung
2 biji telur saiz A (120g)
2 cawan air
1 tsp serbuk stok ayam
3 tsp (teaspoon) kicap cair Jepun/ kicap cair biasa

Caranya:
1. Cuma campurkan semua bahan dalam mangkuk yang agak besar
2. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut/tiada gumpalan tepung
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
4. Sediakan bahan lain/inti pula

BAHAN INTI
Octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/belut etc (pelbagai variasi)
Daun bawang - hiris nipis
Kobis bulat yang dicincang/disagat

Cara masak:
1. Panaskan acuan takoyaki dan drizzle minyak masak disetiap lubang
2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh
3. Letakkan inti octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/ belut disetiap lubang
4. Taburkan daun bawang dan kobis.
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)
7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat
8. Drizzle dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan
9. Teruskan sampai nampak garing
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan
11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas

BAHAN HIASAN ATAS
Sos Takoyaki (resipi sos di bawah)
Mayonis Japanese - saya guna Kewpie
Ao-nori (serbuk seaweed) - boleh cari di Jusco juga..
Katsuobushi /bonito flake (kepingan ikan) - beli kat Jusco bahagian makanan Jepun/Korea

Cara hias:
1. Drizzle sos takoyaki
2. Drizzle mayonis
3. Taburkan serbuk seaweed
4. Taburkan bonito flakes/ katsuobushi

sos takoyaki
RESEPI TAKOYAKI MUDAH DAN SEDAP - Adunan, Inti, Sos, Hiasan Atas
RESEPI SOS TAKOYAKI
1 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap cair
1/4 cawan air asam jawa
2 cm halia - tumbuk halus
1 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 cawan gula

Caranya:
1. Campur semua bahan dalam periuk
2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih
3. Kecilkan api dan reneh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki
4. Sejukkan sos
5. Tapiskan ke dalam botol sos untuk  mudah drizzle (guna tapis paling halus/tapis teh sebab nanti lubang botol tersumbat pulak dengan bawang putih/halia)

This takoyaki recipe credit to: Resepi Makanan Malaysia


-- "Dia punya kuali tu boleh dapat kat mana eah?"

Mungkin ada yang tertanya-tanya.. kat mana nak beli takoyaki pan? Sebab yela kan, kalau tak ada tempat masak takoyaki tu, macam mana nak buat? Nak buat takoyaki kena ada alat tu. Kalau takde, tak jadi la bulat-bulat comel & bukan namanya takoyaki lah. Berdasarkan info yang saya dapat, takoyaki pan/ kuali/ acuan takoyaki/ plate takoyaki grill pan cooking ini boleh didapati/dibeli di Lazada dan GM Klang. Harga? Not sure le pula hikhik.

Okay itu sahaja, selamat memasak! Selamat mencuba di rumah! Goodluck! Daaa~ wassalam :)

Post a Comment

8 Comments

  1. pernah cuba tapi tak berapa kena dengan tekak..

    ReplyDelete
  2. Teringin nak buat takoyaki sendiri! selalu main beli je hihih ^^

    ReplyDelete
  3. suka takoyaki tp xpernh buat sdiri...lama xmkn

    ReplyDelete
  4. imma big fan of takoyakiiiiii. nakkkkk

    ReplyDelete
  5. tq sis... tgh cari2 resepi ni , jumpa pun. hehe baru beli alat dia kat lazada.. HAHHA..

    http://byshaz.blogspot.my/2018/02/review-pre-cleanser-by-nutox-makeup.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. whoaaa. mesti minat sungguh ni siap beli alat takoyaki hehhee

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p