Total Pageviews

A SFRNFZL Giveaway

by - March 18, 2018

A SFRNFZL Giveaway


A SFRNFZL Giveaway
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 18 Mac 2018 @ 11:59 P.M.


Saya suka berblogging kerana 5 sebab (selepas dah ditolak tambah bahagi dan darab kekeke). That 5 reasons why I love blogging are:

1. dapat share ilmu/info yang bermanfaat.

Walaupun ada entri yang kurang bermanfaat dalam blog ni hahahahahahaha tapi I always try my best to share ilmu/info yang dapat beri benefit pada orang ramai (including me). This is the main reason why my passion is blogging.

2. get to know rakan blogger

Walaupun kebanyakan blogger di alam maya saya tak pernah berjumpa, tapi saya seronok. Lagi-lagi blogger yang selalu datang singgah ke blog saya, atau yang sering keep in touch di social media. Walaupun tak pernah bersua, tapi melalui blog, the feeling bila komen & blogwalking tu macam dah pernah bersua hehee. Moga ukhuwah di dalam dunia blogging ni kekal utuh aminnn :D

3. pendapatan sampingan

Siapa kata blog ni hanya just for fun semata-mata? Buang masa menghadap laptop update blog? Meh saya nak cepuk sikit hahaha. Mungkin ada yang tak tahu melalui blog, kita boleh jana income tau. Macam-macam medium and platform ada. Tapi kalau saya - Adsense, innity, paid review, paid article, sewa iklan di blog & Sushivid. Nuffnang dulu ada juga tapi sekarang dah bercerai talak satu haha. Paid event pula pernah la sekali haritu tapi tak boleh nak selalu sebab saya stay Seremban. Event pula kebiasaannya di KL. Susah nak hadir. So, I just forget about it ehee.

4. suka menulis

Orang kata kalau kat tapak tangan ada tahi lalat, maksudnya suka menulis. Betul la tu kot hahahaa. Kat tapak tangan saya ada dua bijik tahi lalat. Comel je terletak kat tepi tapak tangan, secomel tuannya. ehh hahah. Blogging adalah salah satu cara untuk saya melempiaskan nafsu menulis yang membara di dalam jiwa dan raga. eh menulis pun ada nafsu? Propa Sayidah ni hahaha.

5. beri kepuasan

Bila orang share entri blog saya kat Facebook, bila orang puji blog saya best, bila orang tinggalkan komen di ruangan comment entri blog saya, bila UV PV blog meningkat, bila ada orang support saya berblogging, bila orang keep on reading what I wrote in blog, bila ukhuwah saya dan people in blogging network makin meluas, bila ada orang jadikan saya idola/ contoh dalam dunia blogging.. semuaaaa itu memberi kepuasan yang saya tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. The satisfaction is real! Alhamdulillah :)

Okay itu sahaja hehe. Daa~ wassalam!

You May Also Like

3 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p