Total Pageviews

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018

by - April 26, 2018

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018


Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 29 April 2018

"Senaraikan lima aktiviti yang akan anda lakukan dalam bulan Ramadan (macam kira azam la) dalam post tersebut. Kalau boleh aktiviti ini mesti sesuatu yang boleh jadikan anda lebih baik dari Ramadan sebelum ini." - Bro HH

Okayhh! Ini adalah LIMA aktiviti yang saya bertekad dan bercita cita untuk lakukan dalam bulan Ramadhan tahun ni which I hope it will be better than Ramadan past year:

1. Mengaji 3 mukasurat Al-Quran everyday (kecuali time uzur). Kebiasaan hari dalam bulan selain Ramadan, saya melazimi mengaji Quran 1 mukasurat sahaja setiap hari & ketika bulan Ramadan yang lepas 2 mukasurat. So, tahun ni harapnya saya dapat mengaji 3 mukasurat aminn.

2. Bersedekah (makanan) kepada jiran jiran. Sebelum ni kawasan apartment saya agak lengang, tak ramai lagi orang duduk sebab perumahan agak baru dibina. So banyak rumah yang kosong. Depan tepi rumah saya pun kosong tak ada penghuni. Tapi tahun ni makin meriah! Rumah-rumah di blok apartment saya kebanyakannya sudah diduduki orang. So, Ramadan tahun ni saya nak beri makanan dessert atau kuih muih kepada jiran jiran (sama ada beli atau masak sendiri) inshaaAllah~

3. Memperbanyakkan menulis entri/artikel berunsurkan agama/islamik. Kebiasaannya ada je entri-entri sebegitu dalam blog saya ni. Cuma saya mahu memperbanyakkan lagi entri agama (terutama berkaitan dengan puasa) pada bulan yang penuh berkat nanti. Moga diberi semangat dan idea mencurah curah! Aminn~

4. Bangun malam solat tahajud/ qiamullail. Dalam setahun boleh kira berapa kali je saya solat tahajud. Dan kalau solat tahajud pun memang kebiasaannya pada bulan Ramadan. So, saya berazam Ramadan tahun ni menyaksikan saya sembahyang tahajud lebih kerap berbanding Ramadan tahun tahun tahun lepas inshaaAllah~

5. Mengadakan kelas/bengkel percuma mengajar para pelajar tips menjawab soalan peperiksaan Matematik dan Matematik Tambahan UPSR, PT3 & SPM di salah satu dewan Seremban. Saya tak menyuarakan lagi hasrat ni kepada umi abi saya. Sebab saya pun baru terfikir nak lakukan benda ni haha. Saya harap semoga tercapai dan terlaksana lah hasrat untuk saya membuat kelas tambahan percuma ni dengan jayanya pada Ramadan 2018 inshaaAllah! Amin~ Doakan!

You May Also Like

5 comments

  1. Ibu zaid singgah lalu blogwalking di blog sis sayidah. Seronok dah dekat puasa

    ReplyDelete
  2. wahhh bengkel percuma tu...somaga berjaya

    ReplyDelete
  3. Esok hari Jumaat penuh berkat,
    Hari ni khamis hujan gerimis,
    Kunjung mengunjung mengundang rahmat,
    Mama singgah blogwalking blog sis


    Bagus sayidah selalu masuk segmen kawan kawan

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p