May 2018 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Thursday, May 31, 2018

May 31, 2018

Resepi Agar-Agar Buah Tembikai Special Menawan Hatimu

Resepi Agar-Agar Buah Tembikai | Alkisah... malam semalam sebelum tidur, skrol sekejap timeline Twitter and I found this! Resepi agar-agar buah tembikai by Farihan. Daripada nama makanan tersebut, mungkin kita fikir alaa macam biasa lah agar-agar masuk dalam loyang then sejukkan dalam peti ais bagai. Tapi tak! Ni lain daripada yang lain yang saya pernah tengok. Special sikit. Bukan tergolong dalam agar-agar yang cliche  lah senang cerita haha. Ehh ingat drama je ke yang cliche?

Okay lah.. Nak tahu apa yang unik dan istimewanya menu dessert tersebut? Jom kita ushar resepi nya!


Resepi Agar-Agar Buah Tembikai Special


1. Potong dadu buah-buahan berikut :
✔ Buah Naga
✔ Buah Kiwi
✔ Buah Nenas
✔ Buah Betik
✔ Buah Tembikai 
✔ Buah Anggur 
✔ Buah apa-apalah yang anda suka

2. Masukkan kesemuanya dalam buah tembikai yang dikeluarkan isinya.

3. Panaskan agar-agar seadanya.

4. Tuang agar-agar ke dalam tembikai tadi.
Resepi Agar-Agar Buah Tembikai Special
Resepi Agar-Agar Buah Tembikai Special
5. Biarkan sejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Done! Beberapa jam kemudian sedia untuk dihidang!
Resepi Agar-Agar Buah Tembikai Special
Agar-Agar Buah Tembikai Special siap untuk dipotong
Resepi Agar-Agar Buah Tembikai Special
Hasil Resepi Agar-Agar Buah Tembikai Special yang awesome!
Tapi jangan lah hidang waktu tengah tengah puasa kan. Dan jangan kejam sangat pergi hidang kat depan anak-anak/budak-budak yang sedang berpuasa. Meleleh air liur mereka kang haha.

Hidang pada waktu berbuka la paling best! Mesti sedap kan kalau makan sejuk sejuk ni. Ditambah pula dengan kemanisan buah-buahan di dalam agar agar tu perghhh~!

Aduiii terliur pula den tengok time tengahari ni hahha. Ini resepi dari Cik Farihan ye. Bukan dari saya. Saya tak buat lagi sebab baru jumpa semalam resipi ni. Dalam hati macam teringin nak buat. Maybe nanti lah time berkumpul ramai ramai dengan adik beradik. Baru syok!

Okay selamat mencuba juadah dessert yang awesome ini!

Daa~ wassalam!

BACA JUGA:




Wednesday, May 30, 2018

May 30, 2018

kalau tak suka, buat apa-apa pun tak suka

Kalau kita tak suka orang tu, orang tu buat apa-apa pun kita tak suka.. betul tak? Ataupun kalau memang kita dah mindset "aku tak suka dia", so bila dia buat baik pun kita rasa tak suka. kan kan?

Okayy tapi sebelum kita pergi lebih lanjut, I want to clarify that.. seriously ye entri ni tak ada kaitan dengan siapa-siapa pun hahaha. It was just nowhere popped up in my head yesterday. Just suddenly terfikir.. "kalau suka, dia buat apa pun kita suka je. kalau tak suka? hmph!"

This apply to two kind of category:

1. Pasangan dengan pasangan

Contoh mudah.. masa bercinta indah je. kalau bergaduh boleh manja-manja lagi. kentut pun bau wangi. perangai buruk dia tunjuk pun, kita okay je. tapi selepas dah lama bercinta or berkahwin, bila dah keluar 'belang' yang sebenar.. dia buat apa pun kita tak suka, menyampah. Susah nak bertolak ansur.

2. Insan dengan insan

Contoh mudah.. sebelum tahu jiran buat perangai tak senonoh, kita okay je. kita suka je. tapi bila dapat tahu jiran tu ada buat perangai yang tak baik, terus 360 degree berubah. jadi tak suka gilos.


kalau tak suka, buat apa-apa pun tak suka

Normal lah kan ada beberapa perkara yang kita tak suka orang lain buat. Then, bila ada orang buat perkara yang kita tak suka tu.. "okay i don't like you" or "okay i hate you". Start dari situ, terus dah tak suka. Kalau dia buat baik pun, bila teringat perkara tadi jadi GRRRR sangat.

Kadang-kadang disebabkan satu perangai atau kelakuan dia yang kita tak gemar, kita terus jadi tak suka kat dia. Ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga.


Bagi pendapat saya.. semua orang ada sifat ataupun rasa macam tu kan. But what makes us different is.. layan vs tak layan perasaan tu.

Dan betul lah kata hikmah "satu kejahatan boleh membunuh semua kebaikan"Kita tak payah nak tengok atau tunding jari kat orang lain.. cukup lah kita tengok kat diri sendiri. Kita mesti ada kan rasa sebegitu? Saya ada. Saya mengaku saya ada rasa macam tu. (ermm yeke ada sayidah? ada kot hahahhaa)

Tapi... kena tahan. Don't go too deep. Don't go too far. Don't get too serious. Don't go too overboard. Don't judge people too easily. Bila kita ada sifat mazmumah seperti tu, kita kena try very hard untuk avoid it. Think positive. Don't be too judgemental towards people.

Kadang-kadang kena reflect diri sendiri juga kan. Kita pun mungkin tak sedar yang kita ada buat perkara yang orang tak suka kita buat.

Arghhh too complicated! Hahaha.

Conclusionnya, buat baik berpada-pada, buat jahat sekali sekala. Ehh macam tu pula? Haha gurau gurau.

Last but not least.. what we give, we get back. What we do, we get back. Kalau kita rasa kita tak suka orang buat, kita pun jangan buat macam tu kat orang. #doayangbaikbaik

Okay night! Daa~ wassalam!

BACA JUGA:

diam tandanya... setuju? suka? marah? merajuk? annoyed? blur?

sebelum tidur mesti nak ushar phone dulu

May 30, 2018

Wang Sara Hidup ganti BR1M, Bantuan Raya RM400 & RM200, SST menggantikan GST

'Kecoh' tadi apabila diumumkan bahawa kakitangan awam Gred 41 ke bawah mendapat bantuan raya sebanyak RM400 dan pesara kerajaan pula mendapat sebanyak RM200. Kakak dan abang saya syok lah dapat bantuan raya 2018 dari kerajaan sebab mereka adalah penjawat awam bawah gred 41 hehe. Saya pun gembira juga. Kerana bakal dapat duit raya dari mereka! HAHAHA.


Sidang media Pasca Mesyuarat Kabinet bersama Tun Dr Mahathir Mohamad

Wang Sara Hidup ganti BR1M, Bantuan Raya RM400 & RM200, SST menggantikan GST
Wang Sara Hidup ganti BR1M, Bantuan Raya RM400 & RM200, SST menggantikan GST | credit image: Astro Awani
Berikut adalah intipati-intipati daripada Mesyuarat Kabinet YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan Menteri-Menteri pada hari ini, 30 Mei 2018:

- Pemberian khas bantuan raya RM400 kepada kakitangan awam Gred 41 ke bawah

- Pesara kerajaan akan menerima bantuan raya khas sebanyak RM200

- GST (Goods and Service Tax - Cukai Barang dan Perkhidmatan) pada kadar 0% akan bermula 1 Jun 2018

- GST dimansuhkan dan digantikan dengan SST (Sales and Service Tax - Cukai Jualan dan Perkhidmatan). SST akan dikuatkuasakan pada bulan September 2018

- RON 97 diapungkan mengikut harga pasaran (ikut sistem apungan)

- Harga RON 95 dan diesel dikekalkan

- Wang sara hidup akan menggantikan BR1M

- Projek High Speed Rail dibatalkan kerana melibatkan implikasi kewangan yang tinggi

- MRT 3 tidak akan diteruskan

- Diskaun tol 50% akan diberi di semua lebuhraya, dalam tempoh 2 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri

- PERMATA dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri ke bawah Kementerian Pendidikan

- Kementerian Kewangan akan menubuhkan 1 tabung (akaun sumbangan) untuk rakyat menderma kepada kerajaan

- 'Sayangi Malaysiaku' adalah tema Hari Kebangsaan 2018

- Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2018 akan ditayangkan di channel RTM untuk rakyat Malaysia menontonnya.

"Kerajaan akan peruntuk RM40 juta untuk siar 41 perlawanan Piala Dunia 2018.

Kabinet akan memperuntukkan RM40 juta untuk membeli hak penyairan perlawanan Piala Dunia 2018, untuk penyiaran di RTM, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.


RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018. 27 perlawanan yang akan ditayangkan adalah secara langsung, manakala baki 14 lagi perlawanan lain disiarkan melalui siaran tertangguh."


May 30, 2018

Fungsi 'Search' di Dashboard Blogger Posts makin pelik lah

Fungsi 'Search' di Dashboard Blogger Posts | Siapa yang selalu search something di list posts (entri) blog sendiri? --- SAYAAA!

Disebabkan total entri blog saya yang sudah di-published mececah 2,430 entry (2,431 include this entri).. so, ianya sangat susah untuk saya nak skrol page by page kalau saya nakkan link sesuatu entri. Ataupun, apabila saya nak ambil link entri yang ada kaitan dengan topik entri yang saya sedang tulis sekarang (backlink). Dalam situasi-situasi mendesak seperti itu, fungsi 'search' lah yang saya perlukan!

Bila ada fungsi 'search' tersebut, kita hanya perlu masukkan keyword yang kita mahukan dan semua entri yang berkaitan dengan keyword tersebut akan keluar.

Ianya sangat membantu dan memudahkan kerja kita. TAPI...

Kenapa sekarang ni fungsi 'search' tu makin pelik?


Untuk menerangkan kepelikan tersebut, meh saya bagi contoh.

For example, bila saya search 'bank rakyat' di ruangan Search, ada satu entri sahaja yang betul betul berkait dengan 'bank rakyat' yang keluar (results). Walhal saya dah tulis TIGA (or more. i don't remember) entri yang berkaitan dengan bank rakyat di blog. Dalam hati saya dah pelik, mana hilang entri entri bank rakyat saya yang lain? Takkan tiba-tiba hilang kot? Tapi takkan lah hilang sebab saya masih terima email-email yang menyatakan mereka ada baca entri pengalaman saya praktikal di bank rakyat. Tapi bila saya search di dashboard posts, tak ada pula? Dulu ada je. Haih pelik pelik.

Fungsi 'Search' di Dashboard Blogger Posts makin pelik lah
Fungsi 'Search' di Dashboard Blogger Posts makin pelik lah
Sebenarnya saya agak cuak tau selepas kejadian tu haha. Then saya cuba bertenang dan cuba keyword lain pula. Saya letak 'rsm' di bahagian search. And the result is.. Entri yang paling popular di blog saya yang bertajuk RPK dan RSM JPJ: cara mudah ingat dan keterangan lengkap tak ada pun keluar di search results!

I was like "what?! What's wrong with you?"

Fungsi 'Search' di Dashboard Blogger Posts makin pelik lah
Fungsi 'Search' di Dashboard Blogger Posts makin pelik lah
Dalam hati berdouble double pelik sebab bila saya search di Google "bank rakyat latihan industri" & "rsm rpk", ada je keluar entri-entri saya.

search google
Bila search keyword di Google, ada je.
Fungsi 'Search' di Dashboard Blogger Posts makin pelik lah
Bila search keyword di Google, ada je.
But at the same time rasa syukur lah knowing that my articles semua masih wujud di Google dan hanya hilang di search results posts. Tapi susah la lepas ni kalau fungsi 'search' di dashboard tidak berfungsi dengan baik huhuhuuu.

Adakah hanya saya yang mengalaminya?

Korang ada tak jadi macam tu?

May 30, 2018

SKY CAFE KL TOWER ~ Wordless Wednesday

SKY CAFE KL TOWER ~ Wordless Wednesday


SKY CAFE KL TOWER ~ Wordless Wednesday
SKY CAFE KL TOWER ~
SKY CAFE KL TOWER ~ Wordless Wednesday
SKY CAFE KL TOWER ~
SKY CAFE KL TOWER ~ Wordless Wednesday
SKY CAFE KL TOWER ~ 
SKY CAFE KL TOWER ~ Wordless Wednesday
SKY CAFE KL TOWER ~
SKY CAFE KL TOWER ~ Wordless Wednesday
SKY CAFE KL TOWER ~
harga sky deck kl tower
Harga tiket masuk SKY DECK KL TOWER (include Sky Box & Observatory Deck)
menu sky cafe kl tower
Menu makanan di SKY CAFE KL TOWER
menu sky cafe kl tower
Menu makanan dan harga di SKY CAFE KL TOWER ~
harga makanan di sky cafe kl tower
Harga makanan di SKY CAFE KL TOWER ~
mahal menu sky cafe kl tower
Mahal nya harga menu makanan & minuman di Sky Cafe KL Tower!

Tuesday, May 29, 2018

May 29, 2018

Cerita Seram Tatu - Ilmu Hitam dari Siam | TRUE STORY

Cerita Seram Tatu - Ilmu Hitam dari Siam | Eh puasa puasa ni pun nak cerita seram juga ke? Bukan ke setan semua kena ikat dalam bulan Ramadhan? Haa .. yang diikat tu adalah hasutan iblis dan syaitan. Bangsa jin bebas seperti kita manusia. Okayyy. Before we start,  for disclaimer.. tujuan saya nak share cerita seram tattoo yang berkait dengan ilmu hitam dari Siam, Thailand ni bukanlah untuk menakut-nakutkan, tetapi untuk menjadi pengajaran & peringatan untuk kita semua. InshaaAllah.

Orait! Jom baca thread kisah benar seram yang telah diceritakan oleh @Jebat114 di twitter ini..


Cerita Seram Tatu - Ilmu Hitam dari Siam


Ok ok aku akan start story aku bila mana 10 je la yang retweet. Aku pun bukan femes mana.. dan cerita aku berkenaan tatu ni.. "ilmu hitam dari siam" #thread #seram
Cerita Seram Tatu - Ilmu Hitam dari Siam
Real Story | Cerita Seram Tatu - Ilmu Hitam dari Siam
Disebabkan aku ni tak berapa nak femes.. aku cerita je la.. ok watak dalam story ni ada aku as perawat, along (pesakit yang mengamalkan ilmu hitam dari siam) dan lain-lain watak sampingan yang tak berapa nak penting. Hahaha.

Cerita ni 6 tahun lepas sewaktu aku berkhidmat di sebuah pusat rawatan islam yang tak berapa nak terkenal di Malaysia (walaupun ada nama tapi tak berapa orang tau sangat) aku ingat lagi pukul 10 malam macam waktu sekarang ni aku didatangi pesakit (along la sapa lagi kan).

Aku pun layan la along seperti mana pesakit-pesakit aku yang lain.. interview la sikit.. tanya nama dan apa masalah dia.. sebab aku tengok along ni ok je macam tak ada masalah.. along pun buka cerita......

Along ni waktu umur belasan tahun gilakan ilmu-ilmu persilatan ni.. segala ilmu kebatinan orang kata dia pergi menuntut sehinggalah berlaku satu kes (yang tak boleh disebut) dia lari ke siam.

Di siam dia pun konon-konon nak berubah tetapi disebabkan minat dia terhadap ilmu persilatan dia terjebak dengan belajar ilmu muay thai disana...pada mulanya dia hanya belajar fizikal sahaja sampai satu tahap guru yang mengajar dia muay tanya nak tak dia tingkatkan tenaga dalaman dia.

Dia pun masih jahil ketika itu ikut sahaja apa yang guru dia cakap. Tapi didalam hati dah rasa pelik sebab guru dia bawa ke tokong jumpa dengan tok cha (sami).

Guru dia cakap dengan tok cha tu yang along nak menuntut ilmu kebal, pengasih, dan penunduk. Bila tok cha tu tengok along.. along angguk je.. walhal satu patah apa pun along tak tau waktu tu.

Dipendekkan cerita along dimandikan oleh tok cha tu.. dan suruh along duduk disatu tempat depan patung buddha dan suruh duduk diam tunggu orang lain yang akan sempurna kan ritual utk along.. Tiba-tiba datang seorang tok cha yang lain bawa pahat dan penukul.. guru along suruh along bertahan sahaja. Rupa-rupanya pahat dan penukul tu digunakan untuk melakar tatu dibadan along.. uniknya tok cha yang pahatkan tatu di badan along tu BUTA.

Along redha je la. Dan along ketika itu langsung tidak merasa sakit walaupun badan dia (bahagian belakang dan dada) dipenuhi darah kerana tatu dicecah di badan dia. Siapa sahaja tatu dipasang di badan along.. along terpaksa menjalani ritual terakhir sebelum dirinya kebal.

Ritual terakhir along diberikan 3 colok dan berhadapan dengan 3 orang tok cha.. setiap tok cha memakai topeng yang berbeza. Haa ni contoh topeng yang tok cha tu pakai:
Cerita Seram Tatu - Ilmu Hitam dari Siam
contoh topeng tok cha pakai | Cerita Seram Tatu
Selesai jampi serapah.. along dipakaikan topeng yang tok cha tadi pakai. Rupanya tiga topeng tu membawa semangat (jin khadam) yang berbeza. Ada rupa perempuan, kanak-kanak dan yang terakhir barulah hanuman (dewa perang yang menyerupai monyet putih).

Bila mana along sarung muka dia denga topeng yang terakhir.. along menjadi tak sedar dan orang cerita pada dia.. dia menari sebijik macam hanuman (monyet) yang menanti habuan nya untuk dikorbankan. Sebijik macam gambar ni:
hanuman
Hanuman | Cerita Seram Tatu - Ilmu Hitam dari Siam
Dipendek pendekkan lagi cerita along.. 3 bulan selepas along diturunkan ilmu hanuman (ilmu hitam) along merasa megah dengan kekuatan kebatinan yang dia ada dan dia rasa sudah sampai waktu untuk dia pulang ke ampang.

Setelah beberapa tahun duduk diampang along cuba utk berumah tangga tetapi semuanya gagal.. bilamana dia bekerja semua majikan tidak ngam dengan dia.. berhentikan dia kerja.. rupa rupanya ada juga kes yang takut dengan along.

Ramai kata dorang selalu nampak kelibat along duduk bertapa di bengkel.. ada yang kata nampak along menangis merayu agar dilepaskan.. walhal along tak buat pun benda tu semua..

Sampai la satu ketika.. along ditegur oleh seorang pak cik tua yg agak rapat juga dengan along.. "along, pak cik tengok kamu ni budak baik.. tapi kenapa kamu amalkan ilmu-ilmu siam ni along?". Tersentak along time tu.. sedangkan along ni tak pernah cerita perihal di siam.. Along pula bukannya orang yang kaki pakai singlet.. setiap masa dia pastikan kulit badan dia orang tak nampak.. (dia sorok la tatu dia)

Bermula dari situ along mula bermimpi perempuan muka hodoh menangis-menangis didepan along.. boleh katakan setiap malam.. dan bila dia terjaga.. dia nampak kelibat kanak-kanak yang hampir keseluruhan badan terbakar menangis duduk di kaki along..

Kehidupan along mula terganggu.. mula-mula hanya gangguan waktu malam (waktu tidur) tak lama lepas tu gangguan dah start waktu siang. (Dalam keadaan sedar)

Pernah along order makan di kedai.. elok je muka akak yang ambil order tu berubah jadi perempuan hodoh dalam mimpi along.. ibarat kata along pejam mata or buka mata kelibat jin perempuan dengan kanak-kanak tu sentiasa ada dengan along.. 

Mesti korang pikir mana pergi hanuman kan? Jap.

Semua orang yang nak berurusan dengan along semua lari.. bukan sebab nampak hantu tapi bilamana dorang dekat dengan along dorang tak tahan bau bangkai yang meloyakan tekak.

Along mula pergi mencari ustaz-ustaz untuk membuang.. along rasa ni semua punca dari ilmu hitam yang dia belajar..

Waktu dia berubat ramai ustaz-ustaz yang mengalah sebab bila dirawat benda tu tak datang dan tak boleh nak putuskan hubungan along dengan jin tu.

Reason dia.. along dah buat perjanjian berdarah sehidup semati dengan jin-jin yang along ambil. Sampai la satu ketika along dijumpakan dengan seorang kiai di masjid (dekat ampang). Along mengadu masalah dia dekat pak kiai. Pak kiai setuju nak membantu along tapi dia cakap dia bukan perawat dia hanya hamba ALLAH yang cuba membantu along. 

Sampai je dekat rumah along pak kiai bagi je salam terus yang menyambut salam tu 3 suara yang berbeza keluar dari mulut along.

Bermula la dialog antara jin dalam badan along dengan pak kiai. 

"Kau tak akan mampu pisahkan aku dengan budak ni.. budak ni dah berjanji sehidup semati dengan aku" - jin 3 sekawan.

"Tiada kuasa yang lebih hebat dari kekuasaan ALLAH kau hanya jin iblis lakhnatullah" balas pak kiai.

Mula la pergelutan diantara ruqyah dan jampi serapah siam. Macam-macam bunyi yang keluar sampaikan bunyi pinggan mangkuk pecah dekat dapur macam orang campak-campak.. bunyi cakar dekat atap rumah along. macam-macam bunyi yang ada.. 

Sampai la tahap pak kiai azan 4 penjuru barulah berhenti gangguan.

Relax jap.. rasa ada benda tengok la pula.. jap lagi dah tenang aku sambung lagi kisah ni.. baru 40% thread ni ya..

Ok aku sambung balik walaupun tak ada yang membaca.. kan ku gigihkan juga habiskan kisah ni.

Selesai je kiai azan 4 penjuru.. disusuli dengan pemagaran 4 penjuru.. kiai pergi ke dapur.. dan yang aneh nya tiada satu pun gelas mahupun pinggan atau mangkuk yang pecah.. semua nya elok dekat rak.. kiai ambil segelas air dan letak garam.. lepas syifa diberikan minum pada along.

Tapi gangguan pada along tidak berkurangan malah makin teruk dia diganggu. Dan yang paling ngeri dia tak boleh tahan nafsu untuk makan tulang-tulang saki baki lauk macam tulang ayam ke apa.. dia akan ratah tulang tu tanpa dia sedar.

Along tak putus harapan.. dia pergi ikhtiar ke beberapa tempat sebelum dia sampai ke tempat aku.. dan setiap cerita di atas diceritakan sendiri pada aku.. ok sekarang bermula kisah dia berubat dengan aku..

Macam biasa.. sebelum aku mulakan ruqyah aku akan buat air syifa terlebih dahulu untuk detect benda-benda kotor dalam badan pesakit. Mula je aku baca ayat syifa pada air.. riak muka along dah berubah.. seperti marah pada aku.. dan mulut along terkumat kamit baca sesuatu.

Aku pun buat-buat la tak tau.. buat je kerja aku. Habis je ayat syifa aku tepuk bahu along.. "haa bang (panggilan biasa aku pada pesakit lelaki) datang sini kena kuatkan semangat bang.. abang nak sihat kan.. kuatkan semangat yakin pada kekuasaan ALLAH".

Reaksi along macam ok. Dah mula nampak waras. Tak ada terjegil-jegil mata lagi.. aku minta dia selawat dia boleh selawat.. so aku suruh dia pasang niat untuk membuang semua ilmu dan kekotoran dalam badan dia.. lepas je niat aku suruh minum air syifa yang aku buat.

Tak sampai setengah gelas dia minum.. dia muntah balik.. terbelalak biji mata.. "Panasssss!! Ko semua nak bunuh aku ke apa.. panasss la bodohh!" sambil dia koyak kan baju yg dia pakai.. badan along merah habis macam udang kena panggang merah dia..

Dengan suara garau dia.. tetiba along gelak (faham-faham la yang ni bukan along dah ya) "hehehe kau ingat kau dapat pisah kan aku dengan dia.. jangan harap dalam badan dia dah aku siap beranak pinak dalam ni! Kau buang aku. Esok lusa aku masuk balik"



Aku pun apa lagi.. dah alang-alang baju along pun dah koyak.. aku buat tak tau je la apa yang jin tu merepek. Aku mulakan ruqyah dan aku tujukan dekat setiap tempat dekat badan along yang ada tatu..

Setiap kali aku ubahkan telapak tangan aku ke arah tatu along yang lain.. along akan berubah karakter menjadi orang yang lain.. sekejap jadi macam budak kecik yang menangis nak kan mainan.. sekejap jadi perempuan yang cuba menggoda (oii kunyit oii..)

Tapi setiap kali dia berubah menjadi hanuman.. setiap kali tu juga orang-orang dekat sekeliling yang cuba memegang dia makan buah pukul. 

Aku pun apa lagi.. pasakkan setiap sendi along di 7 lapisan tanah. Alhamdulilah along dah tak merontan dan tak menyerang orang lain.

Lebih kurang 30 minit sesi ruqyah.. last-last aku terdetik hati.. apa sebenarnya punca yang jin ni susah sangat nak lepaskan along.. 

Aku sedarkan along.. aku terus tanya "sewaktu abang menuntut ilmu dulu.. ada tak tok cha tu bagi apa-apa barang dekat abang?"

Hmm rupanya memang ada along ni ambil barang tu.. dan syaratnya along kena perasap barang tu setiap khamis malam jumaat (malam keliwon). aku suruh along balik dan bawa balik barang tu jumpa aku..

Keesokkan harinya.. haa along datang jumpa aku bawa 3 barang yang dia dapat.. aku buka je bungkusan tu amik kau.. satu klinik aku bau bangkai. 

Ada macam janin dalam balang, gumpalan rambut dan yang paling real sekali ada tokong kecik dalam bungkusan tu.

Aku direct tanya.. "bang kau ni memang tak pernah buka ke bungkusan ni? Main ambil macam tu je ke?"

Dia jawab pantang larang dia memang dia tak boleh buka.. dan kalau dia mati pun jangan dibuka. Cis teruk brader ni kena cong dengan tok cha.

So time tu juga aku mulakan sesi neutralkan balik barang tu.. haa dan-dan time tu juga la.. 3 suara muncul serentak merayu jangan pisahkan dorang dengan along.. ciet ingat aku nak heran..

Sambil-sambil aku baca beberapa ayat dalam surah al jin.. aku tanya jin-jin tu.. kenapa nak sangat duduk dalam badan manusia.. tak rasa bosan ke.. dorang kata badan manusia ibarat istana bagi golongan bangsa jin.. apa yang manusia makan mereka dapat rasa benda yang sama.

Dorang lebih selesa menetap dalam badan manusia dari menetap di tempat-tempat kotor dan makan tulang belulang semata-mata. Aku pun terkeluar la soalan tak takut pada hukuman ALLAH? Dorang boleh jawab tiada siapa yang menceritakan tentang ALLAH.

Aku pun macam terlebih rajin pula time tu tanya dia.. nak tak aku tunjukkan apa itu islam. Buka kan hijab tunjukkan keberadaan islam. Alhamdulilah bangsa jin dalam badan along menerima islam. Dan mereka aku pandukan keluar dan aku mohon agar mereka pergi mencari bangsa mereka yang beragama islam untuk belajar tentang islam. 

Tapi lepas je keluar muncul pula sekor jin yang bengis marah dekat aku..

Aku baca kan satu ayat yang alquran yang mahsyur yang selalu digunakan perawat untuk menundukkan para jin dan digabungkan pula dengan kaf 40. Alhamdulilah tak sampai dua minit keluar jin yang mengaku jin ifrit tu.

Ingat ya semua.. bangsa jin boleh mengaku siapa pun dia.. jin ifrit la apa la.. tapi dia tidak akan mampu menipu ayat quran.

Jadi berbalik pada pesakit, aku pulihkan semangat along. Lepas tu aku sedarkan dia. Selesai rawatan seperti biasa sesi tarbiah bermula.. dan aku masih ingat pesan aku pada along.. "bang, tatu tu kalau dibuang menyeksakan.. bertaubat la sebenar-benar taubat.. dan jangan ulangi kesilapan lama. Dan abang kena ingat badan abang dah ada ruang untuk kaum jin masuk"

"Cara-cara nak tutup lubang-lubang tu.. perbanyakkan amal ibadah.. rapatkan hubungan abang dengan ALLAH. Perbaiki solat.. in sha ALLAH.. dengan izin ALLAH.. hilang gangguan tu bang."

Lepas sesi rawatan ke dua tu.. along datang buat 3-5 kali lagi untuk rawatan susulan. dan dia sendiri ambil amalan untuk rawatan diri dia sendiri. Alhamdulilah sekarang along banyak khidmat di madrasah atau di seri petaling. Dan Alhamdulilah dengar dia dah berkahwin.

Satu je nak cakap. Nak hebat nak jadi handal kita semua akan mati dan akan dipertanggungjawabkan apa yang kita lakukan dihadapan ALLAH kelak. Jadi berfikir la dengan otak bonak yang ALLAH kurniakan.. jangan menyesal di kemudian hari nanti (dalam kubur baru nak nyesal tak guna).

Ok tamat kisah ilmu hitam tatu hidup dari siam. In sha ALLAH jika ada sambutan.. akan saya sambung kisah SAKA 9 KETURUNAN NANTI. #thread #seramshit

BACA JUGA:




May 29, 2018

Duit BR1M Fasa 2 diagihkan pada Jun 2018, sebelum Raya Aidilfitri

Agihan duit BR1M Fasa 2 pada Jun 2018 | Duit brim bujang saya, RM450 haritu dah habis digunakan dah hahaha. Berkaitan dengan pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) fasa kedua, Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng telah membuat statement di media sosial (twitter) pada 26 Mei 2018. Beliau menyatakan bahawa duit BR1M akan dibayar pada bulan Jun ini sebelum Raya Aidilfitri. Hoyeahh! Gembira lah ye siapa siapa yang dapat 'duit raya' sebelum hari raya menjelang tiba.

Duit BR1M Fasa 2 dibayar pada Jun 2018

Duit BR1M Fasa 2 diagihkan pada Jun 2018, sebelum Raya Aidilfitri
Duit BR1M Fasa 2 diagihkan pada Jun 2018, sebelum Raya Aidilfitri | credit image: Astro Awani
"Sepertimana yang diarahkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.. BR1M (yang akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri. Maklumat lanjut akan diumumkan pada minggu depan." - Lim Guan Eng.

duit brim jun 2018
Duit BR1M Fasa 2 diagihkan pada Jun 2018, sebelum Raya Aidilfitri
Dan semalam, viral di media sosial & whatsapp.. nama BR1M telah ditukarkan kepada nama baru iaitu BAHAM (Bantuan Harapan Malaysia). Ada yang percaya, ada yang tak percaya. Ada yang "eh betul ke ni? Atau propaganda semata?"

Walaupun ada bukti gambar tweet Lim Guan Eng menyatakan "Hasil perbincangan dengan pimpinan tertinggi DAP. Kami setuju nama BR1M ditukar kepada - Bantuan Harapan Malaysia. Singkatannya BAHAM. Keputusan ini saya sudah maklum kepada Perdana Menteri @chedetofficial melalui Whatsapp", tetapi ramai yang macam gusar nak percaya. Yela sebab macam tak logik. 'melalui Whatsapp'?

Benarkah?

Dan terbukti lah memang tak benar sama sekali bila Astro Awani mengeluarkan berita bahawa nama brim tukar kepada BAHAM adalah PALSU!
brim baham palsu
Nama BRIM ditukarkan kepada BAHAM - PALSU!
Conclusionnya, sekarang ni jangan lah kita terlalu mudah mempercayai 'berita-berita' viral di whatsapp atau media sosial. Jangan percaya bulat bulat, lagi lagi berita yang tiada sumber yang sahih. Check dulu betul ke tidak sebelum sebarkan kepada orang lain. Semak dulu kebenarannya. Kalau tak pasti, jangan tular kan kepada pihak lain. Abaikan sahaja.

Sekiann. Semoga bermanfaaat. Daa~ wassalam!

BACA JUGA:



Monday, May 28, 2018

May 28, 2018

Resepi Rendang Tok Sedap dan umphhh!

Resepi Rendang Tok Sedap | Salah satu menu berbuka puasa semalam adalah rendang tok kuala kangsar. Bukan beli kat RnR ye.. tapi umi saya buat sendiri rendang daging tersebut. Saya menyumbang juga lah dalam menghasilkan rendang daging tok yang mengancam tu. Saya tolong tengok, tolong masukkan bahan, tolong kacau dan tolong basuh pinggan kuali haha. #lawakhambar

Rendang tok ni kalau kena dengan cara buat nya, memang perghhh terangkat! Makan dengan apa apa pun confirm licin pinggan. Nasi, lempeng, roti, lemang, ketupat, capati, roti canai, pulut dan bihun. Nak ratah macam tu pun sodapp!


RESEPI RENDANG TOK | ORIGINAL RESIPI DARI KUALA KANGSAR, PERAK

resepi rendang daging
Original Resepi Rendang Tok Sedap dari Kuala Kangsar, Perak
Bahan-bahan:
- 1 1/2 kg daging (dipotong dadu mengikut saiz yang dikehendaki) | jenis daging: daging kuib batang pinang atau biasa
- 3 liter santan
- 1 biji kelapa parut (sangai, dijadikan kerisik)
- sedikit isi kelapa (dihiris kecil, jadikan kepingan dan disangai)
- 2 helai daun kunyit, beberapa helai daun salam
- 3 batang serai (dititik)
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 biji bunga lawang
- 10 biji bunga cengkih
- 1 1/2 keping gula nipah/ kabung/ melaka
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis
resepi mudah rendang daging
Resepi Mudah dan Sedap Rendang Tok
Bahan disangai (goreng tanpa minyak):
- 1 1/2 sm (sudu makan) jintan manis
- 1/2 sm jintan putih
- 2 sm biji ketumbar

Bahan kisar:
- 20 biji cili kering (rendam dulu)
- 1 sudu teh lada hitam
- 10-15 biji bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 3 sm lengkuas
- 5 batang serai
- 5 sm halia
- 3 sm kunyit hidup
- Bahan yang disangai tadi

Cara memasak:
1. Mula mula perapkan daging dengan sedikit bahan kisar
2. Panaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bahan kisar. Masakkan rempah itu dahulu.
3. Masukkan daging yang diperap beberapa jam tadi. Kacau.
4. Masukkan santan, gula melaka/ kabung, garam, separuh dari kerisik, daun salam dan daun kunyit yang telah dicarik. Kacau sedikit, biarkan ia masak. 'tambah air jika perlu'.
5. Bila daging nampak empuk, masukkan semua baki kerisik dan kelapa  kepingan kecil yang telah disangai tadi, kacaukan. Masakkan rendang tok ini biar betul-betul kering.

TIP
1. Rendang Tok ini mesti kering dan ia akan bertukar warna kehitaman.
2. Daun salam adalah bahan kesenian rendang tok.

sumber resipi: Rock Bro
cara memasak rendang daging tok
Cara Memasak Rendang Tok Sedap dan umphhh!
Umi saya dah try masak semalam menggunakan resepi Rock Bro di atas ni (tapi ada satu bahan takde iaitu isi kelapa) dan hasilnya agak memuaskan. Bila dah panaskan lagi sekali untuk sahur pagi tadi, rasanya bertambah tambah sedap umi abi kata. Kang nanti berbuka puasa harini, nak panaskan lagi sekali. Haa mesti double triple delicious lah!
rendang daging
Rendang Tok Sedap dah siap! Percubaan pertama.
Yang minat rendang daging atau teringin nak buat rendang tok yang lazat ni.. Selamat mencuba!

Daa~ wassalam!

BACA JUGA: