Total Pageviews

Niat Puasa Ramadhan, Niat Puasa Sebulan Ramadhan & Doa Berbuka Puasa

by - May 16, 2018
Niat Puasa Ramadhan, Niat Puasa Sebulan Ramadhan & Doa Berbuka Puasa | Esok start umat Islam berpuasa, so.. dah niat puasa? Saya belum sebab ehemmm tak boleh. Hehe.

Tapi jangan tak tahu tau selain dari niat puasa sehari sehari, kita boleh niat puasa sebulan terus. Dengan tujuan kalau kita terlupa nak niat puasa esok hari, sah juga puasa kita sebab kita dah niat puasa untuk sebulan Ramadhan sekaligus. Tapi kalau untuk perempuan yang ada hari tak boleh puasa macam saya ni, tak dikira kot niat puasa sebulan sebab bukan full sebulan pun kita puasa. Betul tak?

And then saya pernah dengar ceramah.. kalau tak nak lafaz niat puasa pun takpe sebenarnya. Sebanya bangun sahur tu pun dah dikira niat puasa. Yelahh kan bangun sahur nak buat apa? Mesti lah sebab nak puasa. Puasa sebab apa? Mesti lah kerana Allah Ta'ala. So, in case kalau kita terlupa nak LAFAZ niat puasa tapi dah sahur, jangan panik. Don't worry. Puasa anda sah.


Lafaz Niat Puasa

"Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala"

Niat Puasa Ramadhan
Niat Puasa Ramadhan

Niat Puasa Sebulan Ramadhan

"Sahaja aku berpuasa sebulan penuh untuk menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala"

niat puasa sebulan ramadhan
Niat Puasa Sebulan Ramadhan
Doa Berbuka Puasa

"Ya Allah, bagi Engkau aku berpuasa, dan dengan engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"

doa berbuka puasa
doa berbuka puasa
Niat puasa dan doa berbuka puasa ni nak baca dalam bahasa Arab boleh, dalam rumi boleh. Mana yang senang hafal, senang ingat, ikut lah yang tu.

Okay selamat berpuasa semua~! Alhamdulillah kita diberi peluang untuk menambah amal kebaikan pada bulan Ramadhan yang penuh berkat ini inshaaAllah.

Daa~ wassalam!

BACA JUGA:




You May Also Like

1 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p