Total Pageviews

Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah (Bersendirian/Berjemaah)

by - May 16, 2018
Panduan Solat Terawih Di Rumah | Malam ni malam ni! Sabar Sayidah tarik nafass hembuss haha gelojoh! Bukan apa, nervous plus teruja. Mesti ramai yang excited sama macam saya kan for tonight because masuk waktu Maghrib nanti, masuk juga la kita ke 1 Ramadhan 1439H. Marhaban Ya Ramadhan! Malam ni juga malam pertama kita (except for those yang uzur) menunaikan solat terawih. Terawih ye, bukan tawareh haha.

Kebiasaannya 10 malam pertama puasa, ramai yang berpusu pusu ke masjid/surau untuk sembahyang tarawih. Tapi ada juga yang hanya solat tarawih di rumah sahaja atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan contohnya ada anak kecil/ orang tua nak kena jaga, ada kerja penting nak buat dan lain lain. Sebenarnya, kalau perempuan tak ada la digalakkan pun pergi solat di masjid/surau. Yang digalakkan tu untuk para lelaki kaum Adam. Kita yang kaum Hawa gegirls ni sembahyang kat rumah lebih okay. Tapi tak salah pun nak pergi ke masjid/surau.

Saya memang dari dulu lebih selesa solat terawih berjemaah di rumah dengan umi. Kalau adik beradik balik lagi meriah berjemaah. Tapi 8 rakaat jela + solat sunat witir 3 rakaat. Alhamdulillah itu pun bersyukur sebab mampu kan. Kalau kat asrama time degree UPM dulu pula lebih suka turun ke dewan ada solat terawih berjemaah. Sebab kat bilik nak jemaah dengan siapa hahaha. Rindu pula saat saat tu.


Panduan Solat Terawih Di Rumah

Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah (Bersendirian/Berjemaah)
Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah (Bersendirian/Berjemaah)
Solat terawih ni boleh kita lakukan sehingga 20 rakaat tapi paling minimum adalah 8 rakaat. Dan kebiasaannya lepas solat terawih kita buat solat witir 3 rakaat. Tapi ada juga yang tak nak sambung sebab nak buat solat witir lepas solat sunat tahajud or time qiamulail. Up to masing masing. Kalau tahu jenis yang memang liat bebeno nak solat tahajud atau tak pasti bangun ke tidak qiamullail, lebih baik buat je solat witir lepas habis solat terawih.


Panduan Ringkas Solat Terawih di Rumah (Bersendirian/Berjemaah)


1. Niat

LAFAZ NIAT SOLAT TERAWIH:
niat solat terawih
Niat solat terawih bersama terjemahan
NIAT SOLAT TERAWIH DALAM RUMI (baca dalam hati sahaja):
"Sahaja aku solat terawih dua rakaat kerana Allah Taala"

Kalau jadi makmum/ imam:
"Sahaja aku solat terawih dua rakaat makmum/imam kerana Allah Taala"

2. Baca Al-Fatihah

3. Kemudian, baca mana-mana surah (tak kisah surah pendek ataupun panjang. dua dua boleh)

4. Setiap 2 rakaat disudahi dengan salam.

5. Selepas salam, baca doa selepas solat terawih. "Kalau tak baca doa boleh ke?" Bolehhh. Tak wajib pun. Selawat atau apa apa bacaan tak wajib. It means.. kalau buat, dapat pahala. Kalau tak buat, tak berdosa.

DOA DI ANTARA SOLAT TERAWIH 4 RAKAAT:

doa solat terawih
Doa di antara solat terawih 4 rakaat
DOA SETELAH SELESAI SOLAT TERAWIH bersama TERJEMAHAN:

doa selepas solat tarawih
DOA selepas solat terawih
terjemahan doa solat tarawih
Maksud/erti doa selepas solat terawih

6. Selepas selesai solat terawih > solat sunat witir 3 rakaat.

Ada dua pilihan sama ada..
(i) 2 rakaat 1 salam. Kemudian, 1 rakaat 1 salam
ATAU
(ii) 3 rakaat 1 salam.

Pilih mana yang berkenan.

NIAT SOLAT WITIR - 3 rakaat, 2 rakaat & 1 rakaat:
niat solat witir
niat solat witir
Bemula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca doa Qunut sebelum melakukan sujud rakaat terakhir.

DOA QUNUT:

doa qunut
doa qunut dibaca pada solat witir start malam 16 Ramadhan
DOA SELEPAS SOLAT WITIR bersama TERJEMAHAN:

doa solat witir
Doa selepas witir
tatacara solat terawih
Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah (Bersendirian/Berjemaah)
solat terawih
Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah (Bersendirian/Berjemaah)
panduan solat terawih
Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah (Bersendirian/Berjemaah)
cara solat terawih
Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah (Bersendirian/Berjemaah)
solat witir
Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah (Bersendirian/Berjemaah)
fadhilat solat terawih
Kelebihan solat terawih
BACA JUGA:



You May Also Like

3 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p