Total Pageviews

Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool) - Apa Yang Menariknya?

by - May 02, 2018
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool) | Baru baru ni saya ada terjumpa satu gambar kolam yang sangat menawan. Dilimpahi dengan cahaya biru dan pancutan air yang terletak elok di tengah-tengah menambahkan lagi seri kolam tersebut dan sekitarnya. Sekali imbas saya tengok, terdetik dalam hati, "cantiknya! First time tengok. Kat mana ni? Mesti kat luar negara niii". Walhal.. sebenarnya bukan kat luar negara pun! Rupanya di dalam Negara Malaysia tanah tumpahnya darahku sendiri! Diberi nama - kolam biru a.k.a blue pool yang lokasinya terletak berdekatan dengan Masjid Jamek, Kuala Lumpur (KL).

Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool) - Apa Yang Menariknya?
Kolam Biru (Blue Pool)


Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool) - Apa Yang Menariknya?

Pada bulan Ogos 2017 yang lepas, Datuk Seri Najib Razak telah merasmikan Fasa 1 Pengindahan Sungai Projek River of Life (RoL) dan juga Projek Kolam Biru (Blue Pool).


PROJEK RIVER OF LIFE (ROL)

Project River of Life ini adalah salah satu Projek Permulaan di bawah Program Transformasi Ekonomi bagi Greater Kuala Lumpur/ Klang Valley, bertujuan menghidupkan semula Sungai Gombak dan Sungai Klang dalam bandar, mengubahnya menjadi satu ikon 'waterfont' yang dinamik melalui tiga komponen utama iaitu pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah.

Melalui projek ROL, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif membersihkan semula sungai seperti menaiktaraf sistem pembetungan dan menambah perangkap sampah di sepanjang sungai. Di samping itu, ROL menggunakan kaedah pembersihan sungai dikenali 'Interceptor System P7' yang berfungsi meningkatkan kualiti air dengan cara menyekat dan merawat air longkang yang kotor.

Progress pembersihan sungai ini telah mencapai 81% dan dijangkan bakal siap sepenuhnya menjelang tahun 2020 inshaaAllah.

Fasa 1 projek Pengindahan Sungai Presint 7 ini melibatkan beberapa bangunan warisan yang bersejarah bagi Kuala Lumpur, seperti Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Bangunan Sultan Abdul Samad. Sebagai contoh, menaiktaraf Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dengan penggabungan elemen dan motif Islam dalam rekabentuk serta pengindahan tamannya. Plus, penambahan ruang solat seluas 4,400 kaki persegi untuk keselesaan lebih 1,000 orang jemaah. Daebak!

Accessibility kepada Masjid Jamek Sultan Abdul Samad juga dipertingkatkan dengan pembinaan jambatan pejalan kaki yang menghubungkan masjid dengan Bangunan Sultan Abdul Samad & Dataran Merdeka yang dapat memendekkan tempoh masa perjalanan daripada laluan sedia ada sehingga 50%. Amazing right?


KOLAM BIRU (BLUE POOL)

kolam biru
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool) - Apa Yang Menariknya?
Projek Kolam Biru adalah salah satu pelan utama Projek ROL menaik taraf keseluruhan Sungai Klang. Inisiatif kerajaan yang ditunjangi Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini telah menelan belanja sebanyak RM3.4 bilion untuk kerja-kerja pembersihan sungai sepanjang 110 km yang meliputi LAPAN sungai;

1. Sungai Gombak,
2. Sungai Batu,
3. Sungai Jinjang,
4. Sungai Keroh,
5. Sungai Bunus,
6. Sungai Ampang,
7. Sungai Klang
8. Sungai Keroyong.

Apa yang menarik tentang kolam biru ini?

1. Air sungai seperti kopi susu pada siangnya bertukar biru se­belah malam itu dilengkapi platform pejalan kaki di kedua tebing sungai sebelum dihubungkan melalui jambatan konkrit berhampiran Panggung Bandaraya DBKL di Jalan Raja.

kolam biru masjid jamek
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru Masjid Jamek
kolam biru kl
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru Kuala Lumpur
river of life masjid jamek opening hours
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool) KL
2. Menjadi ikon baharu kepada bandaraya Kuala Lumpur dalam memeriahkan lagi industri pelancongan di negara ini dengan tarikan pantulan cahaya lampu berwarna-warni dan pancaran neon biru ditemani pancutan air di tengah-tengah.

kolam biru
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool)
3. Irama muzikal berkumandang di udara membangkitkan suasana malam lebih indah.

4. Ba­ngunan-bangunan bersejarah sekitar­nya disimbahi neon menjadikan suasana lebih mengasyikkan.

kolam biru kuala lumpur
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru Pejalan Kaki
Berdasarkan review beberapa orang yang saya telah baca, they excitedly express their feeling dan juga memberi pendapat & suggestion kepada mereka yang belum datang ke sana:

"In my opinion, the best time to visit the River of Life is around 7.30pm, during the changing of lights from day to night. When I was there at 11pm, it was too dark and my photos did not turn out well. Do walk along the River of Life as it is now part of the Cultural Heritage Walking trail."



"It is situated near to Central Market, Merdeka Square, Dayabumi, Agrobank and LRT Masjid Jamek. I would suggest people to come either early in the morning or later in the afternoon. Preference afternoon as there will be fountain, lights"

kolam biru overview
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool) view
"Really a magic place! I would suggest to go there at night because there are the fountains shows: water, lights and music and behind the Mosque. Really beautiful! The place is just outside the monorail station at Masjid Jamek station."

"At the end of the day, this is a mosque, or at least a historical territory. But they managed to integrate this show in a surprisingly respectful way. Well integrated modern tourist attraction meets religious sight. Nice to see this approach of modernism in this usually strict muslimic country. If you manage to overlook the trash floating in the river and of course... the smoke is gonna help."

kolam biru masjid jamek
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool)
Saya tak pernah lagi jejakkan kaki ke sana because I live in Seremban tapi memang teringin laa nak merasai sendiri keindahan kolam biru Kuala Lumpur yang orang ramai duk puji tu.. Lebih lebih lagi bila lepas ushar gambar kolam biru KL tu, whoaa it is sooo beautiful!

Alamat river of life Masjid Jamek: Jalan Raja, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur 50050, Malaysia

You May Also Like

35 comments

  1. Cantik betul.. Sian nampak plain je.. Bila malam baru terserlah kecantikannya..

    ReplyDelete
  2. saya belum pergi waktu malam
    yang siang pernah
    dan harapan semoga kualiti air sungai yang terlibat semakin bersih :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah DBKL dah semakin cantik sungai ne. Lama betul miza tak turun KL

    ReplyDelete
  4. cantiknya kc....kalau kc tak bgtau tak tahu pun kat KL ada tempat best dan cantik untuk dilawati..

    ReplyDelete
  5. Perghhh cantikkkk tu... lawanya

    ReplyDelete
  6. Cantiknya ! Tak sangka dah banyak berubah kan?

    ReplyDelete
  7. Memang teruja tengok gambar ni.

    ReplyDelete
  8. Nampak bersih dah sungai ni kan..elok terjaga..xde la org nak buang sampah merata je nanti..

    ReplyDelete
  9. Elok sangat projek river of life ni Say, sis setuju sangat.
    Kalau boleh upgrade semua sungai yang ada di Malaysia..

    ReplyDelete
  10. amboi ada blue river, bolehlah dating dgn incik suami kat sini nextime dtg keyel :)

    ReplyDelete
  11. Tahniah kerajaan WP atas usaha dan inisiatif yang memang dapat mengurangkan beban rakyat! - Mak Lin, Blog #CeritaMak

    ReplyDelete
  12. ctk viewnya skg kan..mcm ada dkt2 oversea ja haha..bolehla feeling gtuuu

    ReplyDelete
  13. tak sangka cantik sungai dan view dekat kuala lumpur, dulu banyak sampahkan sekarang dah bersih

    ReplyDelete
  14. Cantiknya....sebelum ni tak tau pun kewujudan kolam biru ni...

    ReplyDelete
  15. Cantiknya..tering nak pergi sana

    ReplyDelete
  16. Cantiknyaaa! Nak terjah jugaklah nanti. Heheh :)

    ReplyDelete
  17. Rasa macam betul2 hidup sungai ni. Memang sesuai dengan nama dia River Of Life.

    ReplyDelete
  18. satu tarikan yg menarik..wajib singgah nti

    ReplyDelete
  19. 1 word - kagum...cantiknya...

    ReplyDelete
  20. dulu sungai ni biasa je, takde apa yang menarik pun. bila dah dijadikan ROL cantik sangat. kagum. well done DBKL

    ReplyDelete
  21. luqman pernah la nampak sebelum nih tapi x pernah lak singgah.

    ReplyDelete
  22. Indahnya tak terkata.. Bagaikan di luar negara... Hebat KL :)

    ReplyDelete
  23. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  24. cantik gila kan? mmg bagus naik taraf sungai yang dipandnag sepi oleh warga KL
    #hebatkannegaraku

    ReplyDelete
  25. Moga makin bersih sungai ni nanti. Apapun memang cantik pantulan biru tu.

    ReplyDelete
  26. cantik sekarang ni, sungai dibandar lagi menarik waktu malam sebab ada neon yang sedap mata memandang.

    ReplyDelete
  27. At least nampaklah kan pemandangan yang cantik macam sungai-sungai ni kan

    ReplyDelete
  28. Mmg ikonik sgt. Xperlu p overseas. Msia pon dah banyak tmpt yg menarik kan.. bukan makanan saje, malah landskap n budaya kita,menjadi tarikan pelancong.

    ReplyDelete
  29. Duduk je Kl tapi tak pernah sampai.. Kena pi tgk gak ni malam2

    ReplyDelete
  30. Banyak dah berubah KL nih.. nampak sangat Airinaa lama sangat tidak kesana huhuhu...

    ReplyDelete
  31. Cantik river of life ini. tak pernah sampai...insyaallah bila ke KL nanti nak juga singgah

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p