Total Pageviews

Rumah Transit vs Rumah Idaman Cik Pisah

by - May 07, 2018
Rumah Transit vs Rumah Idaman Cik Pisah | Baru-baru ni ada seorang kawan baik saya, namanya cik Pisah datang mengadu tentang dilema rumah idamannya. Setelah lama dia pendam, akhirnya terluah juga sebab tak tahan. Nasib baik ada barang baikkk punya untuk pujuk dia; iaitu Rumah Transit.

Al kisah.. Cik Pisah ni berumur 25 tahun. Tinggal di Kuala Lumpur dan berkerja di KLCC sudah tiga tahun. Nampak gah KLCC, namun cik Pisah hanya kerani biasa. Tapi cik Pisah tak kisah sebab ada buah hati, Abang Mat, yang menyokong cik Pisah selama ini. Abang Mat pun kerja biasa-biasa sahaja, bukannya kaya raya seperti hero-hero drama Melayu sekarang.

Abang Mat ada ajak kahwin tapi cik Pisah susah hati, masih keliru lagi nak setuju ataupun tidak. Bukannya tak sayang, bukan tak cinta tapi maklumlah hidup kat Kuala Lumpur mencabar sangat. Rumah sewa kat KL pun paling murah dah cecah RM1,000. Takkan cik Pisah nak tinggal dengan Abang Mat menyewa bilik saja. Cik Pisah pun ada rumah idaman sendiri. Rumah idaman yang memerlukan duit beratus ribu ringgit. Mampukah cik Pisah?


Rumah Transit vs Rumah Idaman Cik Pisah

Rumah Transit vs Rumah Idaman Cik Pisah
Rumah Transit vs Rumah Idaman Cik Pisah
Saya memberi cadangan. Sementara kumpul duit hingga cukup untuk beli rumah idaman sendiri, apa kata duduk dulu di rumah transit belia? Lagipun fasa pertama Pembangunan Perumahan Transit Belia (MyTransit) sudah mula dibina pada bulan Februari dan dijangka siap pada tahun 2022. Rumah transit ini memang bertujuan untuk membantu golongan muda mempunyai rumah sendiri; terutama di bandar utama.

Nampak macam cik Pisah berminat, saya pun teruskan lagi. Sebab saya tahu cik Pisah sangat memerlukan idea dan cadangan saya untuk membantu cik Pisah buat keputusan. Lagipun cik Pisah layak untuk memohon. Syarat kelayakannya:

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia;
  • Pemohon berumur 18 hingga 30 tahun;
  • Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah yang dipohon;
  • Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit yang dipohon;
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; dan
  • Tiada rekod jenayah.


Sebenarnya, pembangunan unit MyTransit terbahagi kepada dua. 60% unit studio berkeluasan 37.16 meter persegi yang sesuai untuk golongan bujang seperti saya. Selebihnya adalah unit 2 bilik berkeluasan 51.09 meter persegi, 2 bilik air, ruang tamu dan ruang dapur yang disediakan untuk golongan muda yang baru mendirikan rumah tangga seperti cik Pisah dan Abang Mat kelak.

Rumah Transit vs Rumah Idaman Cik Pisah
Rumah Transit vs Rumah Idaman Cik Pisah | credit image: www.zaidira.blogspot.my
Tambahan lagi, unit kediaman juga dilengkapi dengan perabot asas, kipas dan lampu. Dan secara tidak langsung ianya dapat membantu mereka menyimpan wang tanpa perlu membeli perabot. Kemudahan di Rumah Transit? Tak perlu risau. Ada dewan serbaguna, taska, kedai, pejabat pengurusan, tempat parking kereta & motosikal, pagar kawasan, kawalan keselamatan (security), surau, lif dan landksap.

Rumah Transit vs Rumah Idaman Cik Pisah
Rumah Transit vs Rumah Idaman Cik Pisah | credit image: najibrazak.com
Cik Pisah terkejut. Wow. Seriously? Macam mana pula dengan bayaran sewa? Adakah mahal mencecah RM1K?

Nope. RM400 sebulan bagi unit studio & RM550 sebulan bagi unit 2 bilik. Okay sangat la tuu! Kadar sewa tu 30% lebih rendah jika nak dibandingkan dengan harga pasaran sekarang tau. Tapi tak adalah menetap di rumah transit tu sampai bila-bila. Konsepnya adalah golongan belia menyewa sehingga mampu membeli kediaman sendiri. Tempoh sewaan yang ditetapkan adalah 5 tahun dan selepas cukup tempoh itu, penyewa perlu lah keluar dari rumah transit tersebut.

Dalam kadar sewa yang dibayar tu pula, kementerian akan memulangkan semula kepada penyewa selepas tamat tempoh sewaan. Elemen force saving (simpanan secara paksa) ini bertujuan membantu penyewa menyediakan sebahagian deposit bagi pembelian rumah kelak.
Rumah Transit vs Rumah Idaman Cik Pisah
Rumah Transit vs Rumah Idaman Cik Pisah | credit image: ninamirza.com
Contoh la kan.. Cik Pisah dan Bang Mat menyewa pada kadar RM600. RM300 kementerian akan simpan manakala RM300 lagi digunakan untuk membiayai penyelenggaraan. Kerajaan tidak ambil untung. Baki RM300 yang disimpan secara paksa itu akan dikembalikan selepas cukup lima tahun. Dengan cara itu, mereka sudah mempunyai sedikit simpanan untuk menyediakan deposit membeli rumah idaman.

Rumah Transit vs Rumah Idaman Cik Pisah
 Nasib baik ada barang baikkk punya untuk pujuk dia; iaitu Rumah Transit.
Mata cik Pisah bercahaya. Kini segala permasalahan dan kekusutan telah terungkai. Cik Pisah sudah nampak jalannya. Jalan mana yang harus diambil. Jalan ke rumah idaman bersama buah hati yang terchenta!

Terima kasih Rumah Transit!

CARA MEMOHON RUMAH TRANSIT BELIA

Borang permohonan boleh didapati di alamat seperti di bawah. Borang permohonan lengkap boleh dihantar secara pos atau serahan tangan ke alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Perancangan dan Pembangunan Projek PPR
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 33, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya

Sebarang pertanyaan dan info lanjut, boleh menghubungi Kementerian Kesejahteraan Bandar di 03-8891 4052/ 4061.

You May Also Like

12 comments

  1. Ibu singgah blog walking di petang isnin. Semoga sis pisah dapat rumah idaman

    ReplyDelete
  2. bestnyer muda2 dah boleh dapat rumah idaman kan...

    ReplyDelete
  3. Best rumah transit ni siap ada perabot. Kira sapa dpt ni, untung sgt.. Cuci kaki masuk rumah...

    ReplyDelete
  4. harap cik Pisah mohon rumah transit ni cepat2 :))

    ReplyDelete
  5. Bagus untuk golongan muda yang baru kahwin. Sangat membantu!

    ReplyDelete
  6. Bagus program ni, membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  7. Duduk dulu rumah transit sementara nak saving untuk beli rumah idaman

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dapat tarik nafas lega

    ReplyDelete
  9. bestnya dpt bantuan cenggini

    ReplyDelete
  10. Complete dalam tu. Senang lah tak yah pening-pening nak beli perabot.

    ReplyDelete
  11. bagus juga di tengah bandaraya ada kemudahan ini

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p