Total Pageviews

ULANGKAJI BAB PUASA - syarat sah puasa, perkara membatalkan puasa, perkara makruh, etc

by - May 17, 2018
Ulangkaji Bab Puasa | First day berpuasa! Mungkin ada di antara kita yang dah lupa sikit sikit atau nak refresh balik perkara berkaitan dengan puasa ni. What for? To make sure puasa kita lebih sempurna & lebih baik daripada puasa sebelum sebelum ni. Iyelah kan, bila kita lebih faham tentang bab bab puasa, kita akan lebih berhati hati & juga boleh memaksimakan amalan kita di bulan Ramadhan ini.

Kadang kadang orang tanya, "kalau terrrminum air sebab lupa, batal ke puasa?", "kentut dalam air batal tak puasa?", "kalau tiba tiba rasa loya dan muntah, puasa kita still sah ke?", "kalau rasa macam tak sihat boleh tak kalau taknak puasa?", "boleh berbekam tak time puasa?", "boleh pergi jumpa doktor cucuk tak?". So semuaaaa soalan ni kalau kita faham betul betul konsep dan ambil tahu tentang bab puasa, dapat lah jawapannya.


ULANGKAJI BAB PUASA

ULANGKAJI BAB PUASA - syarat sah puasa, perkara membatalkan puasa, perkara makruh, etc
ULANGKAJI BAB PUASA - syarat sah puasa, perkara membatalkan puasa, perkara makruh, etc
Syarat Wajib Puasa

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (tidak musafir)
6. Suci (dari haid & nifas)

Syarat Sah Puasa

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (dari haid & nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Rukun-Rukun Puasa

1. Orang yang puasa
2. Berniat
3. Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa

1. Makan dan minum dengan sengaja
2. Memasukkan dengan sengaja benda ke dalam rongga yang terbuka
3. Muntah dengan sengaja
4. Keluar haid & nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dengan sengaja
8. Bersetubuh di siang hari

Perkara Sunat Ketika Puasa

1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dengan kurma/juadah manis
3. Baca doa
4. Melambatkan sahur
5. Banyakkan baca Al-Quran, zikir, selawat & membuat amal kebajikan
6. Sentiasa bersedekah
7. Jauhkan diri daripada bercakap perkara yang sia-sia & perbuatan yang tidak membawa manfaat
8. Mandi junub lebih awal sebelum masuk waktu Subuh

Makruh Ketika Puasa

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yang berlebihan
6. Rasa makanan di hujung lidah

Mereka Yang Dibenarkan Meninggalkan Puasa

1. Orang yang hilang daya upaya seperti sakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran
2. Orang musafir
3. Orang yang terlalu tua & amat lemah
4. Orang yang tersangat lapar & dahaga
5. Perempuan hamil/ menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri/ anak yang disusui itu

Golongan Yang Wajib Qada' Puasa

1. Orang sakit yang ada harapan untuk sembuh
2. Orang yang musafir (bukan kerana maksiat)
3. Orang yang kedatangan haid & nifas
4. Orang yang meninggalkan niat puasa
5. Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa
6. Orang yang pitam/mabuk
7. Orang yang sangat lapar & dahaga

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan

Orang yang bersetubuh pada siang hari Bulan Ramadhan, maka kedua-dua suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan & suami wajib membayar kifarat (denda) seperti:

1. Memerdekakan seorang hamba mukmin Lelaki/ Perempuan
(sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3. Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin

Walaubagaimanapun, jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa, jahil tentang haramnya/ dipaksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat

Tingkatan Puasa

1. Puasa Umum - sekadar menahan makan, minum & keinginan berjimak
2. Puasa Khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan & kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara di atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus - merangkumi puasa di atas & disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan zahir & batin

Mereka Yang Dikenakan Membayar Fidyah Puasa

1. Mereka yang tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk Ramadhan kali kedua (setahun tertinggal) - fidyahnya : 1 cupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan di samping mengqada'kan puasa.

Kalau tidak diqada' sehingga melampaui DUA tahun maka dikenakan DUA cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)

2. Orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh

3. Orang yang terlalu tua & tidak berdaya untuk berpuasa

4. Orang yang ada qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian - fidyahnya: dibuat oleh kerabat si mati atau diambil daripada harta pusakanya.

5. Perempuan yang mengandung/ yang menyusukan anaknya tidak berpuasa kerana bimbangkan anaknya, perlu mengqada' puasa & membayar fidyah 1 cupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan.

Tetapi sekiranya dia takut memudaratkan pada dirinya, dia hanya wajib mengqada' puasanya.

ULANGKAJI BAB PUASA - syarat sah puasa, perkara membatalkan puasa, perkara makruh, etc
FASTING SHIELD~

You May Also Like

4 comments

  1. Salam Ramadhan Kareem Say..
    Perkongsian yang sangat baik, kadang-kala ada yang terlupa..

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang baik keysee comel. Tq

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum & salam ramadhan dari ibu. Semoga amalan ibadat kita di terima Allah swt. Amin.

    Ibu singgah blogwaking blog sis sayidah. Berpuasa perlukan ilmu supay atak dapat hanya lapar dan dahaga

    ReplyDelete
  4. orang yang tersangat lapar & dahaga tu boleh dibuat point nak berbuka awal :P

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p