Wang Sara Hidup ganti BR1M, Bantuan Raya RM400 & RM200, SST menggantikan GST - sayidahnapisahdotcom Wang Sara Hidup ganti BR1M, Bantuan Raya RM400 & RM200, SST menggantikan GST
LightBlog

Wang Sara Hidup ganti BR1M, Bantuan Raya RM400 & RM200, SST menggantikan GST

'Kecoh' tadi apabila diumumkan bahawa kakitangan awam Gred 41 ke bawah mendapat bantuan raya sebanyak RM400 dan pesara kerajaan pula mendapat sebanyak RM200. Kakak dan abang saya syok lah dapat bantuan raya 2018 dari kerajaan sebab mereka adalah penjawat awam bawah gred 41 hehe. Saya pun gembira juga. Kerana bakal dapat duit raya dari mereka! HAHAHA.


Sidang media Pasca Mesyuarat Kabinet bersama Tun Dr Mahathir Mohamad

Wang Sara Hidup ganti BR1M, Bantuan Raya RM400 & RM200, SST menggantikan GST
Wang Sara Hidup ganti BR1M, Bantuan Raya RM400 & RM200, SST menggantikan GST | credit image: Astro Awani
Berikut adalah intipati-intipati daripada Mesyuarat Kabinet YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan Menteri-Menteri pada hari ini, 30 Mei 2018:

- Pemberian khas bantuan raya RM400 kepada kakitangan awam Gred 41 ke bawah

- Pesara kerajaan akan menerima bantuan raya khas sebanyak RM200

- GST (Goods and Service Tax - Cukai Barang dan Perkhidmatan) pada kadar 0% akan bermula 1 Jun 2018

- GST dimansuhkan dan digantikan dengan SST (Sales and Service Tax - Cukai Jualan dan Perkhidmatan). SST akan dikuatkuasakan pada bulan September 2018

- RON 97 diapungkan mengikut harga pasaran (ikut sistem apungan)

- Harga RON 95 dan diesel dikekalkan

- Wang sara hidup akan menggantikan BR1M

- Projek High Speed Rail dibatalkan kerana melibatkan implikasi kewangan yang tinggi

- MRT 3 tidak akan diteruskan

- Diskaun tol 50% akan diberi di semua lebuhraya, dalam tempoh 2 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri

- PERMATA dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri ke bawah Kementerian Pendidikan

- Kementerian Kewangan akan menubuhkan 1 tabung (akaun sumbangan) untuk rakyat menderma kepada kerajaan

- 'Sayangi Malaysiaku' adalah tema Hari Kebangsaan 2018

- Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2018 akan ditayangkan di channel RTM untuk rakyat Malaysia menontonnya.

"Kerajaan akan peruntuk RM40 juta untuk siar 41 perlawanan Piala Dunia 2018.

Kabinet akan memperuntukkan RM40 juta untuk membeli hak penyairan perlawanan Piala Dunia 2018, untuk penyiaran di RTM, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.


RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018. 27 perlawanan yang akan ditayangkan adalah secara langsung, manakala baki 14 lagi perlawanan lain disiarkan melalui siaran tertangguh."


Post a Comment

0 Comments